Travel

Travel

Mengira detik

Monday, November 03, 2008

Friends Are Forever


Seperti yang aku maklumkan melalui blog aku sebelum ini, buat mereka yang terpilih dan dijemput (melalui sms, telefon dan Friendster), satu Reunion bertajuk " Friends Are Forever" akan diadakan.

Butiran reunion:

Tarikh: 21 November 2008 hingga 23 November 2008.
Masa pendaftaran: 8.30pm (21 Nov 2008)

Destinasi: Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Tempat pendaftaran: Larkin, Jb.

Objektif:

1. Mengeratkan silaturahim.
2. Bergembira sambil berkongsi cerita-cerita panas.
3. Melupakan segala masalah berkaitan kerja, belajar dan sebagainya.

Tema reunion: Friends are forever (persahabatan kekal selamanya!)

Aktiviti: Jumaat (21 November 2008):

1. Cool Down (8.30pm-11pm)

Apabila anda tiba di Larkin, inilah masa untuk anda 'cool down'. Anda akan disambut oleh keramahan warga JB. Sementara menanti kawan-kawan anda tiba, anda boleh check in bilik, mandi, dan mungkin mengambil makan malam di sekitar Larkin.

2. Chit chat (11pm-upwards)

Jangan tido lagi kerana sesi Chit Chat amat penting bagi anda. Menikmat secawan teh tarik, kopi ataupu milo bersama-sama dengan kerepek atau kacang, sesi chit chat pasti membuatkan anda terjaga. Luangkan masa berkongsi kisah suka duka kehidupan dan mintalah pandangan kawan-kawan anda, mana tahu mereka boleh membantu anda untuk menjadi seseorang yang lebih baik lagi.

Sabtu (22 November 2008)

1. Pagi taknak Emo (9 am-12pm)

Menikmati sarapan dengan suasan tenang tanpa sebarang keterpaksaan. Tanpa moody atau emosi, anda juga boleh enjoy berenang di kolam renang hotel dan bermain pillow sebelum bersiap ke destinasi seterusnya. Bagi yang rajin, anda boleh ke gymnasium ataupun berjogging sekitar kawasan hotel. Apa yang penting, pagi-pagi kita tak mahu emo!!

2. Destinasi Cinta (1pm-3pm)

Masa ke destinasi cinta di Bandar Sri Alam. Hayatilah majlis perkahwinan Johor dan Melaka di Bandar Sri Alam JB. HArus diingat!! Anda wajib memakai pakaian yang menarik, meletop, dan hebat, mana tahu anda bertemu jodoh di sana.
3. Bukan Ungkit sejarah (3pm-7pm)

Bukan masa nak ungkit sejarah, tapi mengimbau kenangan dan warisan bandaraya JB. Anda akan dibawa melawat ke beberapa tempat yang mampu mengimbas kembali kenangan anda ketika berada di Johor Bahru. Jangan lupa, kamera diperlukan untuk menyisipkan segala kenangan ketika berada di sana. Antara tempat yang bakal dilawati ialah Danga Bay, Bangunan Batman, Muzium dan Zoo.
4. Hangat dan pedas!! (8.30pm-11pm)

Inilah masa anda bersama-sama menikmati malam yang panas di bandaraya JB. Raikan persahabatan anda dengan perlawanan boling, makan Laksa Johor dan minum ABC. Saat-saat indah ini anda tidak akan lupakan sehingga anda akan katakan "Hangat" selepas itu! Hehehe...

5. Saturday Nite Fever (11pm and Upwards)

Walaupun bukan di Las Vegas, tapi JB akan menjanjikan kehangatan yang pasti membuatkan anda teruja!! Malam masih muda, dan pastikan tekak anda mampu bersuara agar alunan malam sabtu terus panas dibuatnya!! Setelah itu, menikmati secawan kopi dan roti canai mampu memberikan tenaga, supaya malam anda terus indah!!


Ahad (23 Nov 2008)

1. Unbreakable (9am-12pm)

Sebelum anda check out, masa sarapan bersama-sama, sambil menghirup kesegaran udara Johor Bahru. Jangan lupa menghadiahkan senyuman pada setiap orang yang lalu lalang, mana tahu anda bertemu jodoh dengan orang seberang tambak! Hehehe..inilah sarapan terakhir sebelum kita semua berangkat pulang. Bersalaman dan bermaafan ler..dan selepas ini reunion akan bersambung di destinasi lain yang lebih hebat lagi!!

Itulah serba sedikit informasi mengenai reunion yang aku ingin lakukan khas untuk anda semua. Bagi yang dijemput, anda diberi masa sehingga 15 Nov 2008 untuk mengesahkan kehadiran. Ingat, ini peluang untuk anda bertemu dengan teman-teman lama!! Huhuhu..sila sediakan duit yang cukup (tuk penginapan, makanan, entertaiment, dan pengangkutan). Jangan lupa bawa baju anda yang meletop dan lawan semua orang kat JB!!! Hahaha...

See you!!

18 comments:

azwan bamadhaj said...

hahahahahahhaahahah...
lawak varia.... aku tergelak gelak baca...


pertamanya: friends are forever maksudnya kawan adalah selamnya.. kalau persahabatan kekal selamnya.. ialah friendship are forever (sekadar membetulkan sebelum ko kene marah ngan adibah noor)

kedua: pagi taknak emo? kaedahnya sapa yang emo2 di pagi hari nie....??

ketiga: bukan ungkit sejarah? hanj... perli aku ler tu...

keempat: mana tentatif pergi MASJID SULTAN ABU BAKAR? solat? mengaji dan sebagainya?? mana mana?????

isk isk isk....

yang penting next reunion....




LAS VEGASSSSS !!!!

ayie said...

Wow bestnya tentatif ni. Sedih gak sebab aku x leh join. Sob2...
Hope u All happy.

jumapx said...

gituw tentatifnya~ tentatif bt sendiri ke? he3

Raja Azrul said...

azwan:-
-1. Frens are forever, saja jer aku nak rosakkan bahasa...

2. pagi2 taknak emo?? huhuhu..sapalah suka emo pagi2 yer?

3. Perli? Terasa ke?

4. Ada jer..kan aku cakap example..


suhazrie:-
-tue ler.. kan aku dah ajak

jumain:-
-memang ler..jumain kena join tahu!!

Daoz said...

tumpang tanya,ada subsidi atau pembiayaan dari mana2 pihak tak? sbb skg ni tgh kemelesetan ekonomi.

satu lg time pendaftaran tu dpt tag ke?

Otit said...

setuju dengan cadangan Daoz.
Tgh kering dowh.
kalo ade yg nak spedo aku,sila tinggalkan nombor phone anda di sini.
ttibe.

patungcendana said...

Errr....masih tak sure...huhuhu

IRAMAHATI said...

wah wah wah...mcm seronok saja anda semua..mau aku tak jeles nih..hehehe..yg penting tahun depan kite punye planning ko mesti wat lagi gempak lagi vogue dpd ini tau...

FendyHekka said...
This comment has been removed by the author.
Pjoyz Zul said...

Erm... berapakah anggaran bajet yg diperlukan tuh?? maklumla, bagi golongan seperti kami (tito,daoz, jumain,saya) yang masih belum bekerja nih, perlu untuk kami bajet. hehehehehe... pengangkutan camne nih?

Raja Azrul said...

tito.daoz.Hafizul:-
-Hurm, so far bajet dalam lingkungan rm250 ke bawah. Kalau ada apa masalah, nanti kita akan bincang time aku datang UMP, 15 Nov nie.

madam mala:-
-mengata orang, dia yang lebih..hehehe...

melody:-
-tahun depan sure lagi gempak! Jadi, ko kena tunggu, tau!!

fendy:-
-hehehe..terima kasih lah atas komen ko tu. Jangan lupa support this program..!!

FendyHekka said...

er ko wat lawak ke raja? kalo x maksudnyer aku rasa azwan tu kompius apa yg patut digelak.

1. ala raja xkisah la salah pn. lain la org yg speaking london ala2 magnetic train. tp jgn pandai ckp je tp x amalkan.

2. Hanjing ngata aku. budget ko x emo la... kan aku dah kata aku br bgun tdo n aku xcukup tdo.

3. no komen

4. ada kesempatan bleh la kita jln2 lebih skit.

wlpn wat sendiri aku SOKONG!!!!!!!!!

p/s: madam jgn nk propa tetibe xjd. Bz bebenor ke?

WanHidayat said...

Salam Raja...good effort...try my best to make it???...why Johor??? curios nih???....

Ko ngn Azwan mmg tak abis2...sudehhh

Pjoyz Zul said...

Sebab nak pegi kenduri kawen abg azwan.. sebab tu kat johor.. hehehe ni mesti x baca tentatif nih...

Rm250??? banyaknya... huhuhu.. dah la kami ni dihujung semester. cut to 100 takleh ke? huhuhuhu

FendyHekka said...

pjoyz tu raja budget tu kalo xsilap campur dgn duit tiket ler... tu yg nmpak mahal tuh.

Raja Azrul said...

dayat:-
-Johor? Actually senang sebab abang azwan kahwin time tue..lagipun cuti sekolah dah stat, dan shidi pun memang ada kat sana.

Hafizul:-
-Bajet termasuk makan, minum, entertaiment, penginapan dan pengangkutan. Kalau nak cut cos, kita bawak megi jer..hehehe..

Fendy:
-Betul apa kata ko tu, nway pjoyz jangan risau, nanti abang bincang lagi ngan korang.

Daoz said...

rasanya mdm kata die mcm xpergi.so,aku,tito,yus n juma xpegi la.plus,mane nk ade duit rm250,gilo ko?

law said...

pegi johor??dok umh abg azwan ka??
hahaha...