Travel

Travel

Mengira detik

Monday, November 10, 2008

Tegeleng-geleng

Assalamualaikum semua..

Minggu ini merupakan minggu terakhir sesi persekolahan 2008. Tugas aku sebagai guru ganti telah tamat pada 6 Nov lepas, tapi disebabkan permintaan pihak sekolah yang inginkan aku membantu dari segi persembahan untuk hari anugerah, maka aku terpaksa gagahkan diri ke sekolah.. (ikhlas tahu!)

Pastinya minggu ini agak sibuk bagi aku. Hari Anugerah dijadualkan pada 13 November ini, dan 14 hb pula aku berhajat ke UMP. Sesi latihan persembahan sudah dimulakan 2 minggu lalu, dan untuk saat-saat akhir ini, latihan dibuat pada waktu pagi dan petang.

Aku diamanahkan mengendalikan 3 jenis persembahan. 2 dari tahun 6 dan satu lagi dari tahun 3. Huhuhu..susah gak, jika di UMP, aku hanya melatih mereka yang sudah matang dan boleh berfikir, tapi di sini senarionya lain. Latihan bukan sahaja perlu dimulakan dari latihan asas, malah perlu kuat semangat untuk mengajar mereka memahami erti seni persembahan.

Untuk darjah 6, aku melatih tarian dan drama. Untuk persembahan itu, aku bekerjasama dengan Kak Rosmee, salah seorang guru yang memang mempunyai Ijazah dalam seni persembahan. Tapi yang aku nak ceritakan disini, bagaimana mencabarnya mengajar murid-murid tahun 3 untuk persembahan.

Persembahan tahun 3 aku namakan TEGELENG-GELENG. Diinspirasikan dari lagu rakyat sarawak, aku menulis skrip, membuat koregrafi dan juga mengajar budak-budak ini menyanyi. Huhuhu...memang mencabar. Iyalah, perkara pertama harus ditekan ialah mengawal budak-budak supaya tak bising dan bagi perhatian ketika kita mengajar.


Yang unik dan bagusnya tahun 3 ialah mereka betul-betul komitment terhadap persembahan. Jika kita kata latihan bermula jam 9 am, pukul 8.45 am mereka sudah terpacak di dalam dewan. Jika kita kata hafal skrip, tak sampai 2 hari mereka sudah hafal skrip. Bakat mereka memang aku puji terutama dari sudut tarian. Tak hairanlah nak melatih mereka tak sampai 5 hari, semua flow cerita sudah khatam.

Untuk membuatkan mereka berasa seronok ketika latihan, aku menyelitkan pelbagai jenis games bersesuaian dengan usia mereka. Games yang paling mereka minat ialah games "TOUCH" dan "GHOST". Siap minta dibuat lagi...hehehe. Selain itu, aku juga menyelitkan games improvisasi, ekspresi, intonasi dan juga cermin. Seronok juga melihat mereka bermain games ini, teringat masa aku darjah 3 dulu...hehehe.

Oklah..aku hanya menghitung hari menanti persembahan mereka. Risau juga, maklumlah takut mereka tak dapat buat seperti latihan biasa. Takut juga ada antara mereka yang sakit. Diharap persembahan yang aku lakukan ini, adalah hadiah bermakna buat mereka semua.

Sinopsis TEGELENG-TEGELENG:

Diinspirasikan dari lagu rakyat Sarawak, Tegeleng-geleng mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Mamat yang tidak suka bermain permainan tradisional. Baginya, permainan tradisional adalah permainan kolot dan tidak sesuai pada zaman sekarang.

Namun, tanggapan Mamat berubah setelah dia tertidur dan dibawa oleh 5 orang pari-pari ke sebuah negara kayangan bernama " TEGELENG-GELENG". Di alam itulah, Mamat bertemu dengan Raja Tegeleng-geleng dan membawanya bermain permainan traidisional seperti Batu Seremban, Congkak, Ketinting dan Konda-kondi.

Apa yang pasti, Tegeleng-geleng telah mengubah persepsi Mamat dan mengajar kita bahawa amat penting kita menghargai warisan melayu supaya ia tidak lekang ditelan zaman.


10 comments:

FendyHekka said...

Erm... ko tergeleng2 x masa ngajor tu? ha3. all the best bro.

nyda said...

mahu tengok..
huhuhu~

Raja Azrul said...

fendy:-
-memang aku dah tegeleng pun..

nyda:-
-datang lah sini..

::.chocolate ice.:: said...

uish..sperti latihan berlakon yg abg raja ajar kt saya..huhu..

terer tul bdk drjh 3 tu ek..respek2..

patungcendana said...

:-)

ayie said...

Raja Rakaman Nanti send kat aku. Hehehehe ~

IRAMAHATI said...

all the best zerul! sori kurang membantu kali ini. but u know i always support u! ;)

Raja Azrul said...

bob:-
-huhuhu, lebih kurang jer macam abang ajar, tapi ada sket kelainan..

ayie:-
-yup..tapi rakaman tu tak janji ler

madam:-
-er..??

mel:-
-its ok..as long u support me from far...

FirmaseLa said...

boleh saya tahu mna awak dpt sejarah lagu Tergeleng-geleng tu ?

Raja Azrul said...

Firmasela - ia bukan sejarah, tegeleng-geleng adalah lagu rakyat Sarawak. Saya buat cerita rekaan bagi menepati tarian dalam lagu ini. Harap membantu