Mengira detik

Monday, December 15, 2008

Definisi Sahabat dan semangat kekitaan

* Baca dengan teliti dan hati-hati. Segala komen anda amat saya hargai. Terima kasih.


Apabila menyentuh mengenai persahabatan, ia adalah satu definisi yang cukup kompleks. Setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza.

Tapi secara akar, sahabat ialah insan yang boleh memahami kita sewaktu susah dan senang. Dia sentiasa dekat dengan kita walaupun dia berada beribu batu dengan kita (definisi Pakar motivasi Dr. Fadzillah Kamsah).

Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai perangai dan tabiat. Ada antaranya kita boleh terima, dan ada juga kita anggap sebagai menjengkelkan. Sebagai sahabat, kita boleh terima kelemahan orang lain. Contohnya, jika sahabat kita tu jenis 'bad temper', kita boleh terima seadannya.

Aku tak tahulah, ada beberapa pihak sibuk memperdebatkan definisi persahabatan. Bukan apa, aku bosan bila terlampau menyebut sahabat, seolah-olah aku dituduh tak pernah menjalankan tanggunjawab aku sebagai sahabat! Adakah aku ini teruk sangat? Adakah aku jenis suka tikam dari belakang? Aku tak boleh beri jawapan itu secara kulumatif kepada kalian semua.

Aku pernah bertanya pada seseorang yang aku anggap sahabat (jejaka kereta merah), dia berkata definisi sahabat baginya ialah "give and take!". Maknannya, terlebih kurang dan boleh terima seadanya. Aku setuju, memang diakui kita tak mampu nak puaskan hati sahabat kita 100%. Kita bukannya malaikat, jadi sebolehnya kita jalankan juga tanggungjawab sebagai seorang sahabat.

Nukilan di atas memang aku tujukan kepada seorang yang aku dah anggap sahabat! Aku cuba faham dan mengerti perasaan dia. Aku tahu aku pernah buat salah semasa hujung bulan lepas (tragedi friendship katanya-semangat kekitaan/kebersamaan!), jadi apa lagi yang harus aku lakukan? Nak berlutut depan dia dan menangis mintak maaf? Bodoh pula kalau aku buat begitu! Bukannya aku mencederakannya atau menipu dia. Aku cuba mengubah jadual sedia ada kerana ada sedikit kekangan pada waktu itu.

Kepada sahabat aku itu, tolonglah fahami aku. Dulu semasa dia berduka, aku jugalah yang berada di sisinya, dan aku pernah melihat dia menangis di hadapanku. Aku amat sayangkan persahabatan ini, tapi egonya membuatkan aku malas nak bersemuka dengannya. Aku agak terasa tertekan dengan emosinya yang selalu menguasai diri.

Gara-gara tragedi itu, aku pun tak tahu ia adalah sesuatu yang amat besar baginya. Aku dah cuba untuk menjernihkan keadaan sedia ada. Aku sms dia, aku ajak dia makan bersama...tapi apa yang aku dapat? Muka masam mencuka, dan jelingan mata yang amat memeritkan dan memedihkan. Aku hanya tersenyum walaupun dalam hati aku amat berduka! Aku tak pernah ingin melawan kata-kata dengan dia, kerana aku amat menghormati dia.

Kawan-kawan pembaca blog budiman....

aku tulis perkara ini, bukan untuk membuatkan individu terasa, tapi inilah yang terima pada hari ini. Kadang-kadang aku pelik, apakah kesalahan aku ini besar sehingga aku terpaksa dihukum dengan kata-kata yang memedihkan dan muka yang masam mencuka?

aku kenal dia sudah dua tahun...banyak perkara kami lalui bersama...jika dahulu, dia selalu berkongsi cerita gembira, menelefon aku ketika aku di Istana Budaya, tapi kini...semuanya sepi......!

aku sedar dia kini sudah 'bahagia' dengan teman baru. Aku tak kisah kerana setiap manusia ada hak memilih siapa yang nak jadikan sahabat ataupun teman..tapi apa-apapun berlaku, aku tetap mengingatinya sebagai seorang teman/sahabat yang tidak dapat aku lupakan.....sampai bila-bila

aku tahu persahabatan aku dengan dia mungkin sudah terkubur, tapi aku yakin apa yang berlaku pada hari ini ada hikmahnya!
***

Semangat kekitaan-ia juga mempunyai maksud yang sangat kompleks. Aku benci istilah ini, kerana ada waktunya kita tak boleh menjalankan semangat kekitaan (kerana komitmen dan tanggungjawab). Ya tuhan, kenapa ada manusia yang tak faham mengenai maksud ini? kenapa???

Adi..tolong aku!! beri aku nasihat!!!
Adi: Raja, ko kena sabar!! Adatlah..dia tu kan ada masa angin tak elok! Berdesir gak!! Ingat tak masa korang pegi Penang dulu? Teruk juga angin dia kan? Tapi lepas tu, ko dan dia dah jadi sahabat baik..

Tapi itu dulu...dulu dia bengang ngan orang lain, bukan aku!!

Adi: Takpelah Raja, kalau dia anggap kau sebagai teman/sahabat! Dia akan mesej kau! Kau tunggu jer birthday kau nanti! Dia ada wish tak? kalau tak, maknanya dia benar terasa dengan kau..dan kau harus mintak maaf dengan dia!
Tapi..apa salah aku? Aku ke yang kena mintak maaf??

Adi: Tak salah kita minta maaf kan? Bukankan itu amalan nabi! Lagipun ia berkaitan dengan hati dan perasaan...dia kan lebih tua, harusnya kamu kena hormat pada dia..

Tapi kalau dia taknak mintak maaf...

Adi:
Berdoa pada tuhan maha kuasa, moga hatinya dicairkan dan dilembutkan....
ingat, sedangkan nabi maafkan umat, inikan kita manusia biasa..

Thanks Adi.....


* Sori yer pada mereka yang tak faham..aku ada selitkan beberapa sindiran di sini. Jumpa nanti!!Mungkin anda boleh berikan komentar mengenai maksud sahabat dan semangat kekitaan...

10 comments:

wiwita said...

err... gtau dulu!!

azwan bamadhaj said...

langit x selalu cerah...

ini asam garam kehidupan.....

usah mengharap dengan sesuatu yang x pasti.... kelak merana diri....

usai awan mendung nescaya sinar mentari kembali menerangi.....

adat hujung tahun, tengkujuh datang bersama lara....

patungcendana said...

jejaka kereta merah tu tahu ke erti give and take?
setahu i dia cuma tahu take je...
sekadar pendapat.

nyda said...

abg raja
apapun yg kamu lalui dan hadapi
kuatkan semangat yer!!

redzuwan said...

salam..

sapa la jejaka kereta merah tu eh...?

||errrr||

neway,

riang di saat kematian,
terbang tinggi di daratan gersang,
bahagia tatkala menghuni neraka,
pilu melangkah ke syurga,
tenang di tengah perang dunia,
sakit bila bahagia melanda,
kejam diri dipuja,
bangga bila diri dihina,
pengemis bahagia di banglo mewah,
sikaya berteduh dipondok rebah,

FendyHekka said...

adoi ni pos pasal jejaka kete merah ke pasal sahabat n kekitaan? ala raja bukan mudah nk puaskn hati semua pihak. mmg la dlu dia mugkn segalanyer tapi sekarang kn dah berubah... aku penah dapat msg dr org begini bunyinyer.. sahabat bukan yg sentiasa disisi tetapi sentiasa dihati dan setiap harinyer tidak akn lupe sahabat2 nyer... manusia x lari dari kesilapan n kesilapan itu sendiri yg membuat manusia itu manusia...

Melody said...

Zrul, apa pun yang sedang berlaku, kuatkan hati dan semangat, percayalah ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Aku doakan segalanya pulih seperti biasa buat ko..

wiwita said...

~ well... jiwa mesti perkasa.. tidak lemah.. harus gagah!!

WanHidayat said...

Salam Raja...masing2 cerita tentang sahabat dan kawan...walau apapun jua, hanya kita yang tahu definisi sebenar ttng nya.....

Kita pula jgn cepat melatah....nnti huru hara jadinya....

Sahabat tu sentiasa ada...walau di mana kita berada....byk perkara yang perlu kita pertimbangkan....cuma terkadang kita yang terlepas pandang....

Mari kita bermuhasabah!!!

Raja Azrul said...

wiwit:-
-sibuk jer dia nie..hehehe

azwan:-
-mengharap?? aku tak pernah mengharap...

madam:-
-erm..tu aku no komen, yer madam..hehehe

nyda:-
-Thanks nida..love you!!

dekwan:-
-adoi..puitisnya sajak..pening aku nak mentafsir..apa2pun..thanks!!

fendy:-
-betul kata kau fendy...

melody:-
-Thanks mel..love you too!!

wiwit:-
-betul..kita kan dewasa, mana boleh cepat melatah!!

dayat:-
-betul..sahabat sentiasa ada...!! thanks for your concern...