Posts

Showing posts from January, 2008

Sayang..sayang..sayang...

Image
Nasihat aku, jika kita sayang seseorang..tunjukkanlah dengan hati yang ikhlas. Apa-apapun, keluarga adalah perkara pertama yang aku letakkan sebagai orang yang paling aku sayang. Kini, fokus aku adalah untuk keluarga aku..yang mana merekalah membesarkan aku sehingga aku berumur 23 tahun 1 bulan 3 hari ini. Jadi, entry kali ini memang aku tujukan pada semua ahli keluarga aku sayangi !! Ayahanda : Almarhum YM Raja Adnan B. Raja Adam Bonda : Puan Anikah Rusida Bt Yusof Adinda-adinda ku: 1. YM Raja Azriq Suhaimi B. Raja Adnan 2. YM Raja Azhar Syahriman B. Raja Adnan 3. YM Raja Intan Sofia Bt. Raja Adnan 4. YM Raja Intan Suhana Bt. Raja Adnan 5. YM Raja Akmal Fitri B. Raja Adnan Along sangat sayang kalian semua. Dikaulah inspirasi dan tulang belakang along! Semoga Allah kuatkan semangat kita semua mengharungi hidup yang penuh cabaran dan ranjau ini! Ingatlah, sejauh mana kita mencari erti hidup, keluarga jugalah tempat kita berlindung. Sejauh mana atau sehabat mana cinta kita, keluarga

Magiknya hidup aku!

Image
Debat + Magik! Sepanjang aku masuk debat, ia memang terkenal dengan magik. Kadang-kadang tidak semua perkara yang kita alami akan kekal, dan kadang-kadang akan berlaku banyak perkara yang tak dijangka akan wujud dalam kita ingin mencapainya. Itulah kelainan dan uniknya debat! Melalui debat, aku kenal pelbagai karenah manusia..melalui debat, aku menjalinkan persahabatan dan melalui debat aku mengenal makna kasih sayang. Itulah magiknya debat yang mungkin tiada dalam entiti lain. Rasa kelainan?! Apabila kita dihambat emosi , sudah tentu semua perkara dilakukan akan tidak kena. Ini juga boleh berlaku dalam debat. Aku sendiri tidak mengerti kerana kadang-kadang debat juga dijadikan medan untuk mengeluarkan emosi. Sedangkan emosi adalah suatu perkara yang perlu dikawal. Maaf, mungkin ia adalah suatu tempelan..tetapi kepada adik-adik, jangan jadikan debat ini suatu medan emosi. Debat akan hilang magiknya jika emosi menguasai diri dan akhirnya kita sendiri akan terjerat dalam perasaan itu.

Kembali ke UMP

Image
Assalamualaikum dan salam buat semua.. Kini aku kembali dalam mood biasa penulisan. Terima kasih kepada semua yang telah memberi komen untuk post Ungu, dan juga SENANDIKA. Insyallah, segala nasihat kalian serta sokongan akan aku ambil sebagai kunci mendapatkan apa yang aku hajati. Baiklah next story, hari Sabtu lepas (26hb Jan) aku telah ke UMP, menyertai bengkel debat dan juga berjumpa kembali adik-adik Debat Kelab Orator UMP. Memang seronok, nak pula sudah lama aku tak bertemu mereka semua. Aku sampai di UMP pada hari Jumaat (25hb) jam 8.30 pm dan terus join latihan malam itu. Hari sabtu, bengkel debat bersama pasukan UiTM (bersama abang bad). Thanks sebab hadir!! Memang seronok dan ditambah seronok kerana kali ini aku dapat mengembalikan puzzle-puzzle sebagaimana diharapkan oleh Hafizul. Hanya jauhari mengenal manikam!! Aku juga turut lepak ngan Tito,Daoz dan Yusrie. Seronok sangat! Thanks pada mereka yang sudi menaja penginapan aku..hehehe!! Pada Adam, Amir dan Jumain, thanks dat

ungu-tercipta untukku

Untuk hujan, Biar apa saja tanggapan orang, Aku tetap akan menyokong dia, Biar apa saja jelikan orang, aku tetap bersama dia, Biar si dia bukan milikku, tapi hatinya adalah milikku. Aku ingin membantu dia! Akan ku berikan dia sinar dalam gelap, akan ku berikan jalan jika dia sesat, akan ku hulurkan tangan andai dia jatuh. Kenapa kau begitu? Bukan kah dia bukan milik kau, AZRUL! Jawapan aku mudah! Kerana dia tercipta untukku ~sesuatu istimewa darinya untuk diriku~

Pusaka Sari dan Bonang??

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baiklah, dalam penulisan kali ini, saya akan gunakan ayat yang lebih rasmi untuk memberi komentar mengenai teater “Pusaka Sari” yang telah dipentaskan pada 17 Januari 2008 sempena Festival Teater MAKUM 2008. Kita tinggalkan sejenak isu Debat, Orator dan Kelab Penukir Ilmu. Saya ingin beralih pada hala tuju SENANDIKA, iatu kumpulan teater yang paling saya sayang! Pengenalan: Teater ini merupakan sebuah naskhah adaptasi dari karya asalnya BONANG. Ia merupakan idea tunjang saya sendiri dimana BONANG merupakan teater pertama UMP yang dipentaskan semasa Festival Teater MAKUM 2006. Semasa BONANG dipentaskan, ramai hakim termasuk En.Mior Hashim Manaf memuji idea BONANG dalam mengangkat alat muzik tradisi Jawa ini. Namun, BO NANG memerlukan baik pulih dan penambahan dari sudut plot, teknikal dan skrip bagi memastikan ia sebuah karya menarik. Hasil usaha pengarah, Syikin termasuk kerabat SENANDIKA, maka lahirlah PUSAKA SARI. Plot cerita digarap sendiri oleh
Image
Assalamualaikum.. Buat peminat teater, berikut adalah senarai pasukan serta tajuk teater yang bertanding di Festival Teater MAKUM 2008 pada 13 Januari 2008 hingga 20 Januari 2008. Bertempat di Panggung Bandaraya DBKL, dan terbahagi kepada 2 sesi iatu petang (2.30pm) dan malam (9.00pm). 13 Januari -“ SAWO” dari UPSI 14 Januari -Tikar Mengkuang Hamparan Bulu (USIM) -Ara (UKM) 15 Januari -Trem bernama Desire (UM) -Seseorang yang terkenal (UPM) 16 Januari -Revolusi Syaitan (UTHM)-->sesi pagi -Ke mana itik terbang (UTM) -Penunggu Pusaka (UMT) 17 Januari -Misi (UiTM) -Pusaka Sari (UMP) 18 Januari -Ayu si Putih (USM) -22(mereka datang dari langit) : (UIAM) 19 Januari -Dunia bukan kupinta (UTEM) -Syajar (UMS) 20 Januari -Kehendaknya jua (UDM) -Bulan (UUM) Buat adik-adik SENANDIKA, Good Luck… Abang dah tonton persembahan dari USIM..Insyallah, kalian ada harapan. Jumpa nanti di Festival Teater MAKUM IPTA 2008.

Macam-macam cerita!!

Image
Assalamualaikum… Setelah aku berkias melalui rahsia hati..kali ini we back to other post. Lama jugak aku tak tulis blog, seminggu lebih..iyalah..sibuk sedikit dengan teknikal di Istana Budaya dan hujung bulan ini ada bump-in untuk monodrama dan Konsert Diraja. Hehehe… Tajuk post aku kali ini ialah macam-macam cerita. Aku nak komen apa saja cerita yang aku dengar dari UMP … Nama Baru Kelab Debat? Kelab ORATOR (formelly known as Kelab Penukir Ilmu )..itulah nama kelab debat terbaru UMP. Nampak agak pelik sebab Orator ini bermaksud pengucapan tetapi tidak mengapa kerana setidak-tidaknya akan membawa perubahan kepada imej debat UMP. Cuma yang aku geram tiada sebar ang makluman sampai kepada aku..huhuhu, tup-tup nama dah ditukar, kemudian baru aku sedar bahawa Kelab ini juga mempunyai blog… Adoi..tak mengapalah..setidak-tidaknya, kelab ini bergerak lah jugak. Tapi nasihat aku, jangan politikan debat ! Berdebat seperti biasa, jangan terlalu taksub dan paling penting keep practice to improve

Rahsia hati

Image
Rahsia Hati: Kadang kala aku merasa pelik, Mengapa manusia bercinta Sedangkan cinta hanya suatu nama, dan hanya penuh penipuan. Tapi kini. Tatkala perasaan itu beraja di hati Aku sedar ia bukan satu penipuan, Wujudnya perasaan sayang seindah pelangi di taman. Aku perlukan masa, Bukan mudah menjadi seperti angin , Tatkala hujan yang begitu setia menuruni , Aku tidak dapat menghalang, Akan kukuhnya pokok dan daun , Walaupun angin sedar, Daun bukanlah setia seperti sang pokok, Apabila luruh tiba, ia akan gugur.. Rahsia Hati… Biarlah orang kata aku kali ini gila atau mabuk cendana, Tetapi tak salah apabila kadang-kadang aku ingin berkias, Pada Dia yang Maha Esa, Ku panjatkan doa.. Agar senja di hati ini berlalu.. Kuharap sinar mentari di hati. Mutiara yang kucari bukanlah mudah, Lautan dalam perlu ku redah, Semangat juangku perlulah tinggi, Aku tidak mahu kapalku karam dek kerana badai sejengkal Aku juga tidak mahu putus hati dek kerana seorang teman, Aku tidak mahu lemas dek kerana