Posts

Showing posts from March, 2008

Apabila aku tewas....

Image
Tahniah buat diriku... akhirnya baru aku sedar, tidak semua perkara yang kita inginkan akan tercapai. Kita hanya merancang, tetapi tuhan jua akan menentukan. Ya...hujan kini sudah menjadi liar... Ya..mutiara kini sudah dirampas.... Ya..si comel hanya perasan dirinya comel... Aku harus bangun, membina semula apa yang telah musnah, dan mencari semula apa yang telah hilang. Kesilapan aku:- 1. Terlalu taksub dalam mengejar bintang di langit. 2. Terlalu kabur dalam menentukan hati dan perasaan orang. 3. Silap kerana bertepuk sebelah tangan. 4. Ego dan rasa diriku sahaja terbaik dalam menjaga hati orang. 5. Terlalu mengejar orang di hadapan tetapi meninggalkan perkara yang lebih penting. Sudah..... aku harap perasaan aku akan pulih dan terubat dengan sesuatu yang manis. Walaupun pintuku sudah tertutup tetapi jauh dari sudut hati, aku masih mengharap ada sesuatu yang berjaya membuka ia kembali....mana tahu keajaiban akan berlaku..!! Kau Kekasih Ku (Siti Nurhaliza) Indah di mata... indah dijiw

Topeng Siantra-Prelude

Image
Prelude Topeng Siantra. Aku dalam proses mengumpul bahan, plot dan kemaskini cerita. Insyallah, skrip ini akan siap tidak lama lagi dan akan dipentaskan (jika ada peluang). Si topeng: “Wahai sekalian manusia…datanglah kamu wahai si dara, pergilah kamu wahai teruna.. Aku idamkan tujuh petala nafsu, kebinatangan aku menguasai jasadku… Aku takkan mati selagi penutup ini masih terlekat pada wajahku Tangan aku akan terus bermain Telinga ku akan terus mendengar Mataku akan terus memerhati Apa yang pasti, aku akan terus bernafas.. Aku akan bernafas dalam jiwa si dia, jiwa si dara.. Siantra punya wasiat aku turunkan. Siantra punya warisan aku lebarkan Siantra,oh siantra…!! Aku kembali kerana siantra kembali.. Aku akan terus memburu hatta dendam siantra lekat dihati!! Jangan kau curang wahai manusia! Kerana aku tetap memburu dari kejauhan dan sayup mata memandang…” Min: “Aku tak sangka kamu bernafsu binatang! Kamu pengkhianat!! Kamu merasuk dan membunuh tanpa belas!! Kenapa?? Kenapa aku?? Kena

10 kenangan terindah di UMP

Image
Salam...Bertemu semula. Setiap insan pasti ada kenangan manis, tak kiralah bersama keluarga, sahabat handai, kawan-kawan ataupun si dia..hehehe. Begitu juga dengan aku, sepanjang aku berada di UMP, banyak sebenarnya kenangan yang sukar untuk dilupakan. Oh ya, dimaklumkan ada beberapa perubahan kecil dalam blog ini, biasalah nak upgrade sket..mungkin menganggu kosentrasi anda dalam pembacaan. Baiklah, disini aku ceritakan satu per satu kenangan aku untuk dikongsi bersama dengan pembaca budiman. 10 kenangan terbaik di UMP (2003-2008) 1.Hang Out bersama Drama Team: Dulu SENANDIKA dikenali sebagai drama team . Kami pernah plan satu hang out (keluar jalan-jalan) selepas sahaja program Minggu Peradaban Budaya dan Perpaduan 2006 iatu pada 18 Mac 2006. Best giler kerana program ini turut disertai oleh ahli-ahli drama bertauliah seperti mel, namo, azwan,Zamrie, azril, pidut, nida, noni, dewi dan Rafiq. Kami bermain boling di Kuantan Plaza sebab di boling Megamall penuh. Dan kami dibahagikan ke

Permata Tibet

Image
Assalamualaikum.. Akibat terlalu bosan, menjadikan aku seorang yang rajin menulis blog.Apa yang pasti, sesi pratikal aku tinggal lagi 10 minggu, lama jugak tue... Dan, kerana kebos anan ini, semalam (11 Mac-Birthday Yusrie) aku menonton secara percuma Rehersal penuh teater "Jewel Of Tibet" atau dalam bahasa Melayunya, "Permata Tibet". Teater ini ditayangkan mulai 1 Mac sehinggalah 15 Mac 2008. Aku tak begitu teruja nak menonton dan nak mengajak kawan-kawan lain menonton dek kerana tiketnya terlalu mahal , paling murah pun RM53. Lagipun, teater ini dipersembahkan dalam bahasa mandarin, dan ada english subtitle. Aku menonton pun disebabkan tiada kerja yang perlu aku lakukan, jadi aku pun ke Upper Circle, dan menonton persembahan mereka secara percuma . Aku melihat dari atas (tempat aku menonton Aladdin dengan mak aku dulu), jadi pemandangan sangat nice. Kebetulan pula, ada sesi rakaman untuk teater ini divideokan, jadi teater ini tidak mempamerkan subtitl

Sekadar ngomelan...

Image
Assalamualaikum.. Ngomelan benar: Kecoh, 2-3 hari ini dengan tsunami politik melanda tanah air kita, Malaysia. Inilah dinamakan rezeki..(buat pembangkang) dek kerana berjaya menawan 5 buah negeri termasuklah daerah yang aku tinggal sekarang iatu Gombak. Aku sentiasa mengikuti perkembangan pilihan raya ini, maklum ar pendebat. Mengetahui juga banyak perkara, tetapi yang pasti gelombang pembangkang di Selangor dan KL sangat-sangat kuat. Mereka melakukan banyak perkara termasuklah mengedarkan risalah dan cd bagi menyakinkan manifesto mereka. Apa2 pun, usaha kecil mereka berjaya membuahkan hasil. Kini, aku hanya menunggu apakah perubahan yang bakal dibuat oleh kedua-dua belah pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang. Yang pasti, gelombang politik malaysia kini menarik. Cuma aku takut jangan dek kerana 2 gajah bertarung, yang tersempit rakyat di tengah-tengah. Insyallah... Berbalik pada topik yang aku nak bawa kalian berfikir, kekalahan BN di banyak kawasan ada banyak puncanya. Tak perlu

Bermulanya budaya dan seni di UMP

Image
Assalamualaikum: Untuk post kali ini aku nak share pengalaman sebagai Presiden Kelab Kebudayaan dan Kesenian (KKK) UMP. Maklumlah, teringat balik kisah semasa jadi pres, macam2 pengalaman dan ilmu dikutip terutama semasa menghadapi pelbagai cabaran…! Bermula seni di UMP: Sebelum wujudnya KKK…aktviti pelajar lebih tertumpu kepada sukan, debat dan teknikal . Namun, terdapat beberapa kumpulan seni yang wujud sekitar tahun 2003 iatu silat cekak, drama, dikir barat dan nasyid . Namun, kumpulan-kumpulan ini tidak boleh bergerak jauh kerana terikat di dalam AUKU dimana sesuatu pertubuhan mestilah dianggotai pelbagai kaum. (Tenaga kerja MPBP 2006: Merah semuanya..unikkan?) Jadi, aku (mewakili drama) dan Hafiz Sahri (mewakili silat cekak) telah berbincang pada Februari 2005 bersama dengan abang Dolah untuk menubuhkan satu kelab iatu Kelab Kebudayaan dan Kesenian UMP. Malah, kami bertiga turut berjumpa dengan pihak HEP (diwakili oleh En.Ishak) untuk menubuhkan Kelab kebudayaan ini, menurut en.

hujan..!!

Babak dimana pencinta hujan bersama dengan perosak mood. Sketsa ini diinspirasi dari teater "SYAJAR"..... HUJAN karya RJ AZRUL Pencinta hujan: Hujan…hujan..arghhhhh……….!! Perosak mood: Apa sudah jadi? Pencinta hujan: Hujan…………..!! Perosak mood: Jadi? Kau nak lari ke? Pencinta hujan: Tak, aku bergembira..hujan datang pada aku! Perosak mood: (ketawa).. kau yakin dia datang pada kau? Pencinta hujan: Ya..hujan kan turun..seperti mutiara di lautan! Sudah lama aku berhasrat dan ingin merasai nyamannya hujan! Perosak mood: (ketawa lagi besar) Kau mudah berangan! Hujan bukan datang untuk kau! Hujan datang sekadar di pinggiran..dia turun kemudia dia berhenti, hilang dari muka bumi ini!Hujan hanya mempermainkan perasaan kau, ataupun kau sahaja yang perasan lebih! (ketawa menyindir) Pencinta hujan: Apa yang kau merepek hah? Kau tak memahami aku! Aku adalah pencinta hujan! Biarlah hujan datang bukan untuk aku, tapi kedatanganya cukup membawa seri yang indah bagi diriku! Perosak mood: Ak