Posts

Showing posts from May, 2008

Hari ini hari Sabtu

Image
Assalamulaikum... Hari ini hari Sabtu...seperti juga sabtu-sabtu yang lain, hari Sabtu bagi sesetengah orang adalah hari cuti. Hari ini juga adalah hari terakhir di bulan Mei 2008 dan kalau di Sabah, hari ini adalah hari penutup bagi Pesta Keamatan. Hari ini...aku agak sunyi. Berada di bilik Yusri seharian. Zamrie sibuk tidur di bilik Abbas, Daoz danK pulak tidur di biliknya. Jumain, telah pergi menyertai Surveying Camp di Lumut seawal tujuh pagi lagi. Azwan? Keluar bersama Madam Mala, dan Amir. Yusri, tuan punya bilik pergi melawat kawan-kawan dia di Kuantan. Pendek kata, aku agak bosan hari ini walaupun ada yang mengatakan hari Sabtu ini begitu istimewa. Sambil jari aku menari menaip bait-bait blog ini, lagu yang betul terngiang di telinga aku ialah "Biarlah Rahsia" dan "Melukut di Tepian Gantang" Apabila mendengar lagu alunan Aisyah dan Siti Nurhaliza ini, lagu ini benar-benar melekat dan sesuai dengan perasaan aku sekarang. Setelah selesai menghayati lagu-lagu

Harus ku teruskan...

Image
Assalamualaikum.. 28 Mei 2008 : Aku kembali ke UMP. Universiti yang pada aku meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis di sini. Hampir seminggu aku meninggalkan bumi Istana Budaya, yang juga banyak kenangannya pada aku. Tatkala itu, aku bertanya pada diri aku, apakah matlamat aku selepas ini? Aku masih tercari-cari jawapannya. Terus terang, aku sudah bosan hidup terperangkap dalam bidang yang bukan aku minat. Jadi, dek kerana aku tak minat, sikap dan tingkahlaku sering disalah tafsir sehingga aku dilabel pemalas, lembap dan sebagainya. Aku tahu, ini sudah ketentuan dari Yang Maha Esa..aku bukanlah menyalahkan takdir, atau menidakkan kuasa Dia. Aku tahu segala yang berlaku pasti ada hikmahNya..dan aku kena bersabar dan menidakkan ego aku bagi melepasi tahap kini. Kini, masa untuk aku bertindak, aku perlu buktikan, bebasnya aku dari kepompong ini bermakna aku perlu mencari ruang untuk aku kembangkan bakat diri aku sebenarnya...inilah masanya. Aku masih muda, perjalanan aku masih panjan

Detik terakhir di Pentas Bertaraf Dunia

Image
23 Mei 2008: Inilah detik-detik yang aku nantikan! Banyak sangat desas desus, masalah melanda, ombak badai, kini 23 Mei 2008 jawapan bagi segala-galanya. 6 bulan cabaran aku galas bagi mengakhiri latihan industri, kini tarikh keramat itu sudah muncul. Bagi aku, 6 bulan itu lama. Benar, aku akui aku suka Istana Budaya, malah aku sendiri memilih IB ini untuk aku menjalani pratikal. Tetapi, tempoh masa yang agak lama di"ikat" oleh fakulti menyebabkan aku sendiri tidak boleh bergerak. Beberapa tawaran "emas" yang datang pun terpaksa aku tolak. Pratikal disini lebih kepada pengurusan, mungkin disebabkan itu, banyak masa aku terluang menghadap komputer saban hari. Walaupun IB tak berikan aku elaun, tetapi banyak faedah aku dapat selama aku berada di sini selama 6 bulan. Dari segi aspek pementasan, teknikal, power supply, kaedah komunikasi, tarian dan banyak lagi. Mungkin ilmu ini akan lebih jitu dan mantap bagi aku jika aku terus bekerja dan berkhidmat disini. Pembelajar

Segalanya ada di sini..

Image
Bertemu lagi.. Pada 18 Mei dulu, sepupu aku (Kak Long) telah ajak aku bersama adiknya, Afiq berjalan-jalan ke One Utama, shopping mall yang terhebat di Lembah Kelang. Aku nie agak excitedlah sebab aku memang tak pernah ke OU, dan ramai jugak teman2, yang cakap OU nie best dan mantap!! Jadi, kami bertiga bertolak ke Terminal Putra, untuk mengambil Kak Jijah, kawan Kak Long dan seterusnya menaiki kereta MyVii hitamnya terus ke OU, melalui MRR2 dan LDP. Kami bertolak dah masuk tengahari, dalam sekitar jam 1pm, dan pastinya akan berlaku kesesekan dek kerana OU nie famous dan ramai warga kota suka lepak kat sana. (Bangunan OU dari arah Old Wing) Aku tak tahu sangat jalan ke OU nie, just hentam jer melalui LDP, lalu Plaza Tol dan akhirnya nampaklah OU nie, bersebelahan Ikea dan Sri Pentas. Memang besar shopping mall nie, macam Mid Valley. Kami pun menuju ke tempat parking dimana terletak di Old Wing, bahagian berhampiran Jusco. Aras 1 dan 2 dia memang sesak, jadi kami letakkan kereta di a

Berjumpa teman-teman lama

Image
Salam semua!! Pada hari jumaat lepas (16 Mei 2008), kawan aku yang bernama Rashidi Ibrahim telah datang KL. Buat mereka yang tak kenal, Shidi ini merupakan bekas pelajar UMP dan merupakan senior aku semasa di UMP. Dia datang ke KL untuk shopping dan bertemu teman-teman lama. Maklumlah, Shidi ini antara member rapat aku masa kat UMP dulu. Shidi datang jam 7 pm dan bermalam di rumah Fendy di Subang. (aku dan Shidi di Petaling Street) Aku malas nak cerita kisah hari pertama dia datang ke KL, just aku nak cerita kami pada hari kedua iatu 17 Mei 2008. Kami berdua pergi ke Sogo dan bertemu dengan Pidut disana. Pada awalnya nak ajak Azwan sekali, tetapi Azwan pulak ke UiTM dungun kerana urusan debat di sana. Jadi, takdapatlah nak melengkapi teman-teman lama di sana. (aku, Pidut dan Shidi di K LCC) Selain pidut, Fendy juga turut join tapi dia datang lewat sikit sebab dia kerja half day pada hari itu. Jadi, kami bertiga melilau sekitar Jalan TAR, dan SOGO. Selepas itu, dalam jam 2.30pm, kami b

Erti persahabatan

Image
Bukan mudah untuk kita memiliki persahabata n di dunia ini. Sahabat adalah insan yang paling rapat, setia, memahami dan sentiasa mem iliki kepercayaan walau apa sahaja terjadi. Manusia memang pelbagai ragamnya. Tak mungkin manusia ini akan sama..Allah dah jadikan manusia ini pelbagai, bertujuan untuk mewujudkan variasi dalam kehidupan. Kita tak mungkin akan sama dengan orang lain.. Jadi, dikalangan manusia yang pelbagai ragam, pasti ada insan yang layak bergelar sahabat kita. Ingat, sahabat ialah orang yang se"kepala" dengan kita...dibawah ini ada beberapa ciri seseorang yang bergelar "TEMAN" atau "SAHABAT" ini (Sumber: Dr. Fadzillah Kamsah): Berkongsi apa sahaja: Apabila nama sahabat, bermakna kita boleh berkongsi apa sahaja. Masalah peribadi, kerjaya, perhubungan dan macam2 lagi! Dia adalah seorang yang mudah untuk kita dekati, sanggup luangkan masa dan saat bersama dengan kita. Tetapi, kita janganlah mengambil kesempatan diatas kebaikan dirinya ini

Mesti Tonton..!!

Image
Setiap minggu rutin aku adalah sama. Pagi, bangun seawal jam 6.00 pagi, solat subuh, then breakfast ringkas, tunggu bas dan terperangkap dalam kesesakan Kuala Lumpur yang tiada akhirnya... Lepas tu aku akan pulang ke rumah pada jam 5pm, dan sekali lagi..terperangkap dalam jam, dan tiba di rumah sekitar 6.30 pm. Huh..penat jugak nasib baik aku naik bas. Tapi nak buat camner..inilah rutin hidup di bandaraya Kuala Lumpur, tanah kelahiran aku sendiri. Jadi, alah bisa tegal biasa (kata Azwan). Then..masa untuk aku lepaskan kepenatan. Tentu kalian semua ada rancangan2 tv yang menarik setiap minggu. Sama lah macam aku, cara aku melepaskan kepenatan ialah menonton rancangan2 kegemaran aku setiap minggu..berikut adalah "Rancangan TV mesti Tonton setiap minggu" 1. Bella (Tv3:isnin -khamis6.30pm) Huhuhu.hari ini (15 Mei) adalah episod last drama siri ini dalam slot akasia. Drama Bella ini lakonan ELly Mazlein, Iqram Dinzly, Azhar Sulaiman dan ramai lagi. Aku sebenarnya pada awal kurang

Sikap Manusia

Image
Dalam artikel lepas..aku ada ceritakan sikap manusia yang berbeza terutama apabila sayang dan benci seseorang itu. Apa yang pasti disin i, artike l aku di dalam blog ini bukan bertujuan menyindir mana-mana pihak. Artikel ini ditulis adalah sekadar peringatan dan ditulis secara umum dari sudut pandangan aku sebagai penulis. Aku bukannya MALA IKAT atau ORAN G SEMPURNA untuk menghakimi manusia. Jadi, aku hanya bertindak sebagai penulis bebas memberikan pendapat aku sebagai hamba ALLAH yang hidup selama 23 tahun ini. Dalam artikel kali ini, aku tak berniat untuk menyakiti hati mana-mana pihak termasuklah teman-teman rapat denganku. Hanya sekadar berkongsi dan pandangan. Jadi, jika anda ingin berikan pandangan peribadi, digalakkan anda membalas di ruangan komen di bawah ini. TAK SUKA: Adakah anda menghadapi situasi tak suka sesuatu perkara? Contohnya, "saya tak suka minum Milo". Bukan bermakna kita membenci air milo. Kita boleh terima lagi air milo dan boleh minum air tersebu

Bertuahnya dia

Image
Assalamualaikum... Aku tengah menghitung hari untuk menamatkan sesi pratikal yang akan berakhir pada 23 Mei 2008. Sehaya dengan itu, aku telah sibuk menyiapkan laporan dan buku log untuk dihantar pada penyelia tersayang. Untuk entry kali ini, aku nak share ngan pembaca budiman akan perasaan manusia yang memang tak dapat elakkan..... BERTUAHNYA JADI ANAK SULUNG: Yang bertuah: "Seronok lah, sebab anak sulung sebagai ketua keluarga, boleh suruh adik2 buat keja. Semua benda dalam rumah dikuasai oleh dia. Bila bab pembahagian harta, anak sulung ler kena menjadi pengurus harta. Waktu kecil, semua yang anak sulung akan dapat dulu...baju baru, babywalker baru, mainan baru...bertuahnya!" Hakikatnya: Sebagai anak sulung, dia lah berperanan sebagai ketua . Apa saja keputusan, kita kena buat dengan adil dan saksama.Anak sulung juga perlu berkorban, apa saja yang dimiliki bagi memberi kebahagiaan kepada adik-adiknya. Anak sulung berat tanggungjawabnya, dia kena buktikan pada adik2 bahawa

Suka dan Benci

Image
Salam: Entah, kenapa aku tiba2 nak tukar template blog aku nie. Lama gak nak cari template yang sesuai..akhirnya aku ketemu satu template yang lebih bercirikan kesenian dan artistik! Cewah... Baiklah..anda tengok AF? Dan terbaru, Gangstarz akan muncul. Aku bukan nak ceritakan sangat pasal AF, tetapi aku rasa kelakar bila melihat mereka yang terlalu fanatik dengan rancangan realiti ini. Kalau di astro@15, berduyun mesej kutuk mengutuk siapa yang hebat..hish..manusia-manusia. Cuba anda baca kenyataan aku di bawah: Untuk peserta yang kita suka: Kalau bagus: "Wah, aku dah agak..mesti dia boleh buat punya" "suara dia best..mantap, seksi, meletup" " Hebat..aku dah kata, dia boleh jadi juara" "Tak sia-sia dia datang dari jauh! Bagus!!" Kalau teruk: " Hmm..kasilah dia peluang, banyak masa lagi" " Alah..dia sakit tekak, kesian dia" " Lagu tu tak famous, memang lah nampak tak sedap" " Dia nyanyi ok, cuma pentas tak

Kenangan masa lalu

Image
Assalamualaikum... Tengok AF konsert ke-7 tak? Bagaimana?Disitulah tempat aku menjalani pratikal..hehehe. Oklah, aku taknak criter dan komen mengenai AF, sebab rasanya dah banyak komen mengenai AF nie. Baiklah, dah lama gak aku tak menyentuh blog nie..bukan malas, cuma sibuk sikit dengan beberapa perkara. Ok, pada hari Sabtu lepas (3 Mei) aku pulang ke rumah aku di Karak, Pahang. Kebetulan pula, tangan aku nie rajin pula membelek beberapa album gambar lama dan baru. Hehehe..semuanya buat aku tersenyum sendirian. Jadi, untuk kali ini aku nak share beberapa foto (maaf, mungkin gambar tak berapa jelas)..... Gambar pada tahun 1985-86: Aku lahir pada penghujung tahun 1984, jadi aku banyak membesar pada tahun 1985. Pada umur aku 1 tahun tepat, aku sudah mempunyai adik iatu RAJA AZRIQ SUHAIMI. Jadi, kami berdua adalah hero papa dan mama. Seronok juga jadi anak sulung, terlalu banyak gambar diambil oleh papa. Jadi, bila aku membelek balik album lama, terlalu banyak foto aku..dari mula lahir s