Posts

Showing posts from June, 2008

Dapat offer

Salam... Dalam kesibukan aku kerja (macam nak mampus), aku kini mencari peluang untuk beralih arah. Bukan kerana aku jenis memilih kerja, cuma nak cari peluang dan nafas baru di tempat lain pula. Masa terluang, aku gunakan untuk menulis blog dan menyiapkan beberapa kerja tergendala. Ramai juga bertanya, apa kerja aku sebenarnya. Aku bagi hint sikit, kerja aku lebih berkait rapat dengan public..dan aku belajar banyak perkara dalam management dan business. Tetapi, kerja ini agak memenatkan. Tempoh 12 jam, 8.00 pagi sampai 8 malam. Malah, ini belum termasuk kalau aku terpaksa kerja bahagian warehouse atau ada apa2 internal meeting. Jadi..masa umtuk berehat aku akan gunakan sebaiknya sehingga tiada masa untuk menjengah junior aku berdebat di UITM. Sepanjang aku kerja aku ditawarkan beberapa offer. Antaranya kerja berkaitan pengiklanan, motivasi, direct selling, loan adviser dan loan officer. Paling best, aku juga dioffer oleh satu syarikat dari PJ sebagai Customer Service Engineer. Buat m

Konvo bakal menjelma

Konvo bakal menjelma...!! Ya..kali ini aku bukan lagi menjadi AJK, ataupun pemerhati..tetapi sebaliknya!! Aku kini antara mereka yang menerima scroll dari UMP. Aku bangga sebab aku berjaya tamatkan degree aku setelah bersusah payah mempelajarinya. Walaupun result tak seberapa, tapi aku puas kerana selepas ini aku dah takde hubungkait dengan UMP lagi. Apapun konvo aku pada 23 Ogos nanti. Tak sabar pula rasanya nak ke Kuantan, berjumpa teman-teman lama dan share macam-macam cerita. Tunggu jerlah...

Azwan Dapat keja...

Assalamualaikum.... Ada lah beberapa desas desus mengatakan aku dah berhenti kerja. So far belum lagi kerana aku masih dalam training. Cuma kerja ini agak penat, iatu 12 jam sehari dan gaji pula taklah banyak mana. Entahlah..aku hanya tunggu masa untuk quit, itupun setelah masa dan keadaan sesuai. Isnin lepas, aku berkesempatan membuka blog aku ini, dan pada masa yang sama aku membaca blog Azwan, member baik aku di UMP. Tak sangka, rupanya mamat arab ini telah dapat kerja di Taylor Kolej. Jawatannya pula ialah Executive Marketing. Geram gak aku pasal aku tak dimaklumkan akan berita baik ini. Jadi, aku pun sms lah dia bertanyakan kebenaran yang sebenarnya. Dia pun mengaku. Aku yang dalam mood geram nie (hehehe) pun menghantar sms to all kepada beberapa teman UMP aku termasuklah madam mala, mengatakan khabar ini. Hehehe..akhirnya satu malaya dah tahu bahawa Azwan dah dapat keja...hehehee!!! Apa2pun aku nak ucapkan tahniah ler buat dia kerana dapat kerja bukan dalam line engineering, Mana

Hati ditenun sulaman cinta

Benar kata orang, jangan bercinta jika hati belum bersedia.. Dan apabila cinta hadir, segala yang pahit akan jadi manis..segala kenangan akan jadi yang terindah. Hati, seberat mana atau sekebal mana pun ia, ia pasti akan tewas dengan perkataan LOVE. LOVE bukanlah semudah dan semurah yang kita mampu ucapkan. Ia adalah perkataan yang cukup istimewa, nada "I LOVE YOU", merupakan nada yang cukup indah, dan istmewa sekali. Apa yang pasti, berhati-hatilah tika bercinta. cukup sudah kenangan lalu mengajar kita menjadi matang dalam meneliti erti cinta. Kali ini, pastikan jangan tersilap langkah, dan frasa paling sesuai, jangan mudah perasan..... Yang pasti pabila hati sudah ditenun dengan sulaman cinta, mampukah segala-galanya akan berubah... There can be miracle when you believe! Juice buddy!!

Kerja Gila

Assalamualaikum... Agak lama aku tidak mengemaskini blog kesayangan aku ini. Jika dahulu, selang 2 hari pasti blog ini akan dikemaskini, tetapi kali ini tidak. Mungkin disebabkan aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan akhirnya blog ini agak lambat untuk dikemaskini. Baiklah, apa yang aku buat sekarang ini? Setelah aku pulang dari Kuantan (UMP) pada 2 Jun lepas, aku terus ke KL, menghadiri temuduga yang cukup kritikal bagi aku. Terdapat 2 temuduga, pertama di Bangsar, kedua di Bukit Bintang. Yang pasti jawatan yang aku pohon bukanlah engineer... Alhamdulillah, aku lulus temuduga di Bangsar. Aku ditawarkan bekerja di sebuah syarikat iklan, dimana syarikat ini merupakan salah sebuah syarikat iklan terkemuka di Singapura. Aku dikehendaki menghadiri orientasi pada hari Rabu (5 Jun) dan seterusnya di tawarkan bekerja di sini pada hari Jumaat (7 Jun). Perjalanan yang begitu pantas, membuatkan aku terumbang-ambing pada minggu tersebut. Banyak perkara terpaksa diuruskan termasuklah menghanta

Tatkala 1 Jun 2008

Image
1 Jun 2008, sedar tak sedar, bulan Mei dah berlalu begitu pantas, dan kita sudah menjengah pertengahan tahun. 1 Jun aku disambut dengan satu aktiviti yang dirancang bersama dengan teman-teman ku di UMP. Kebetulan aku, Azwan dan Zamrie masih ada di UMP, jadi kami semua sepakat pada 1 Jun untuk menghabiskan masa di Kuantan sebelum Zamrie pulang ke Sabah pada 9 Jun ini. Sebelum memulakan perjalanan, Azwan selaku ketua (ces..) telah mengatur dan membuat pembahagian tugas. Backup plan juga turut diselitkan andai kata program yang sebenar itu tak jadi. Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Perjalanan ke Panching: Air terjun Sg. Pandan atau nama popularnya ialah Air terjun Panching terletak di pinggir bandar Kuantan. Aku ingat air terjun ini sehebat air terjun Bekelah atau Air terjun Chamang, tetapi sangkaan aku meleset sama sekali. Kedalaman air hanyalah separas pinggang, dan terlalu ramai keluarga yang bercuti dan berkelah di sana. Tak banyak aktiviti yang kami buat. Semasa m