Posts

Showing posts from August, 2008

Pra Konvokesyen

Image
Salam... Kalau ada masa dan internet, sempat jugalah aku mengemaskini blog ini. Memandang ada beberapa masa terluang..jadi, aku berkesempatan menaip beberapa artikel. Kali ini tentang pra konvekesyen... Pra konvo..atau nama lain, hari sebelum konvokesyen... Hehehe..apa yang aku buat ialah melepak bersama kawan-kawan. (Azwan yang baru sampai terus mencuba pelembap Loreal Daoz agar wajah sentiasa berseri) Pagi Jumaat (22 Ogos) aku ke blok W bersama Madam Mala, Fendy dan Zamrie. Kami bertiga mengambil jubah. Pada masa aku menelefon Azwan yang dikatakan dalam perjalanan ke UMP, tetapi tidak diangkat..tak tahulah apa puncanya... Akhirnya, jam 11.00 pagi, dengan perut kelaparan..kami ke Gambang menikmati hidangan Nasi Lemak Ayam. Pada masa sama Azwan baru tiba dari KL ditemani Azril Nizam (presiden KKK). Bergambar di Teluk Chempedak Azwan sibuk mengambil jubah, kami pula sibuk menghabiskan hidangan yang tersedia. J

aku kat UMP

Assalamualaikum... Aku sekarang berada di UMP.... Hehehe..untuk konvokesyen... Selain konvo, semestinya aku nak jumpa junior-junior tersayang terutama Daoz, Tito, Jumain dan Yusri. Yang pasti banyak gak cerita nak dikongsi ngan Madam Mala yang sentiasa boink!! Tak dilupakan...masa inilah aku nak berchit-chat mesra dengan teman-teman, Azwan, Fendy dan Zamrie.... Hehehe....juga kawan-kawan BEN ... Insyallah..ada masa aku akan update lagi... salam

Terjerat

Image
Assalamualaikum.. Pertama sekali, aku nak minta maaf atas komen pasal MIS lepas. Tujuan aku menulis komen adalah untuk tatapan Melody, Zamrie, Bakiss, Hafiz, Nida dan Fatimah yang tidak hadir pada malam tersebut. Bukanlah aku bertujuan mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya memberikan komen jujur pada pandangan aku. Ya, aku akui semasa aku memimpin kelab, tidak banyak perkara yag aku telah lakukan. Mungkin aku tak dapat membawa kelab ke Sarawak, berjalan ke Gua tempurung mahupun ke Citrawarna Malaysia. Aku hanya mampu membawa kelab ke UKM, dan UM (Festival Teater) sahaja. Tapi sokongan aku pada kelab tetap membukit. Aku tetap sanggup menjadi penaja sekiranya aku berduit dan membantu kelab dari sudut apa sekalip un. Dalam kisah kali ini, aku nak maklumkan pasal kehadiran aku ke MIS. Sebenarnya, aku memang malas nak pergi UMP. Tetapi, pada petang Khamis (7/8/08) aku menerima SMS dari Azril, merayu untuk aku hadir. Jadi, aku pun sms kepada Azwan dan berbincang sama ada mahu datang at

Malam Inspirasi Seni 2008

Image
Salam: Bertemu lagi, untuk entri ini aku ingin menceritakan pengalaman aku berada di Malam Inspirasi Seni 2008. Ini adalah komen rasmi aku, dan ia adalah pandangan peribadi. Terpulang kepada anda (terutama mereka yang terbabit) sama ada ingin menerima atau tidak. Tujuan komentar ini bukanlah mengaibkan sesiapa tetapi sekadar pendapat bagi membetulkan apa yang silap agar ia tidak berulang masa akan datang. Terima kasih Pengenalan: Malam Inspirasi Seni merupakan aktiviti tahunan kelab. Atas beberapa masalah yang berlaku pada tahun lepas, MIS ke-3 terpaksa dianjak pada tahun ini. Ia merupakan idea asal saya (selaku presiden kelab pertama). MIS pertama diadakan Kolej Matrikulasi Pahang pada Ogos 2005. Secara kasarnya MIS diadakan satu malam himpunan semua kumpulan dalam kelab kebudayaan dan Kesenian. MIS juga merupakan medan bagi bakal penggiat seni UMP menghasilkan idea kreatif dan dipersembahkan dalam satu bentuk persembahan artistik dan teratur. Nama Inspirasi Seni merujuk bahawa mahasi

Kalau aku mencoret

Assalamualaikum, Untuk beberapa entri lepas aku sekadar mencoret buat tatapan pembaca sebagai satu bentuk gurauan semata-mata. Nak kata aku ini bosan, takdelah..Cuma aku nak menghidupkan blog aku ini dengan pelbagai elemen. Yalah, sinonim kita membaca blog, biasanya akan dikaitkan dengan luahan rasa, hati, dan perasaan penulis blog. Tetapi dalam blog ini, aku cuba menambah pelbagai “perisa” bagi menarik perhatian kalian semua untuk terus membaca. Mungkin ada entri aku yang meninggalkan teka-teki, tetapi secara kasarnya aku sekadar meluahkan apa yang patut melalui pandangan aku semata-mata. Dalam entri “dengar khabar” lepas, memang sengaja aku meletakkan nama-nama kawan aku, pensyarah dan junior sebagai satu cara penghargaan kepada mereka. Iyalah, jika anda membaca blog mereka, ada ke mereka meletakkan nama aku di sana ?(sedih lah pulak) hehehe..tak mengapalah, yang penting aku ikhlas. Menghargai semua teman yang banyak memberi sokongan (walaupun banyak sifat pelik yang mereka miliki) A

Dengar Khabar...

Dengar khabar…. Adi, wartawan bebas telah e-mail pada aku beberapa berita yang dia dengar. Sejauh mana kesahihannya, aku pun tak pasti. Apa-apapun mari kita baca apa cerita menarik yang telah diberitahu…. Madam Mala nak kahwin?? Sentap…betul ke madam Mala nak kahwin? Ini memang berita sentap. Dengar khabar, madam mala sedang menunggu pinangan dari seorang kerabat diraja dari seberang laut. Tak tahulah kebenarannya. Jika benar, dimaklumkan bahawa perkahwinan mereka akan diadakan di Bukit Fraser, dan mereka akan terus tinggal di sana. Huh, tak sangka yer..hebat juga penangan madam mala ini ya!! Rajaazrul: Inilah jodoh namanya.. Azwan dapat anugerah?? Jangan terkejut, pendebat hebat UMP, Azwan Ismail telah dapat anugerah Pegawai Pemasaran Terbaik IPTS pada Julai 2008. Ini disebabkan prestasi Azwan menaikkan nama kolej tersebut sebagai kolej popular 2008.Dalam satu majalah Business, pertambahan pelajar di Kolej Taylor meningkat sebanyak 35 % berbanding MMU dan UNITEN hanya sekadar 15 % s