Travel

Travel

Mengira detik

Friday, January 02, 2009

Cerita sebelum tidur

Salam...

Pernahkan anda semua semasa anda kecil, ibu atau bapa anda menceritakan cerita dongeng? Ataupun kisah-kisah teladan? Hehehe..mungkin ini bukanlah budaya Malaysia kerana rata-rata kanak-kanak Malaysia akan didodoi oleh ibu/bapa mereka.


Bagi aku, aku teringat bahawa datukku suka bercerita kepada cucunya sebelum tidur. Tapi bukanlah kisah Snow White, Beauty and The Beast atau Hansel and Gretel. Kisah yang aku ingat ialah hantu paku dan cerita pak pandir. Memang tergelak dan seram jugak dibuatnya. Huhuhu...yang aku nak cerita bukanlah pasal kenangan dulu-dulu, tapi komentar dan review aku tentang filem terbaru aku tonton iatu

Bedtimes Story terbitan Walt Disney dan dilakonkan oleh pelakon komedi hebat iatu Adam Sandler.

Jalan Cerita:-


Filem ini bukanlah idea cedokan dari Filem lama bedtime story yang diterbitkan pada tahun 1964 oleh Pennebaker Production. Ia adalah idea baru yang mengisahkan Sketeer seorang juruteknik di hotel diasaskan oleh bapanya, telah bercerita ketika anak saudaranya sebelum tidur. Tetapi kisah yang pada awalnya hanya rekaan tapi menjadi benar dan realiti seiring dengan kehidupannya yang sering ditimpa malang.

Jalan cerita ia agak kemas, cukup dengan elemen komedi dari pelbagai karekter. Kaedah jalan ceritanya disulam dengan baik membuatkan penonton terbuai dengan setiap cerita yang dibawa oleh Skeeter, Bobbi dan Patrick. Ia juga cukup kuat menyelitkan nilai-nilai moral yang sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Teknikal:-

Kalau melihat gaya pengarahnya, Adam Shankman yang pernah mengarahkan Bringing down to the house dan The Pacifier, kita sudah boleh membaca kaedah penceritaannya. Ia mudah, kemas dan berkualiti.

Elemen komedi ditonjolkan bukanlah lawak bodoh tapi ia mempunyai nilai tersirat yang cukup kuat. Elemen grafik dan CGI digunakan bagi mencantikkan cerita dan ia digunakan bersesuaian dengan jalan cerita. Sudah menjadi trend filem hollywood, sudah pasti ada elemen aksi yang tidak masuk akal seperti adegan Skeeter melompat keretapi dan membawa motor berkuasa tinggi.

Lakonan:-

Siapa tak kenal Adam Sandler, pelakon komedi yang terkenal dengan filem Anger Management dan 50 first date. Dalam filem ini, gaya dan rentaknya sama sesuai dengan watak Skeeter yang suka berimaginasi dan bermain-main.

Komedi dibawa oleh Adam sangat segar, dan beliau bijak mencuri tumpuan penonton dengan gayanya yang selamba. Watak lain seperti Keri Russell,Lucy Lawless, dan Guy Pearce memang menghidupkan suasana. Pendek kata pemilihan pelakon tepat bagi mewujudkan elemen komedi dalam setiap babak. Yang pasti mereka profesional bagi menghidupkan jalan cerita.

Watak Buggsy antara karektor menarik bagi saya. Sejenis hamster bermata besar, cukup comel walaupun kita sedia maklum ia hanyalah jelmaan komputer semata-mata. Buggsy mampu membuatkan kita ketawa dan tersenyum dengan gelagat yang comel, manja terutama ketika babak dia ketawa terhadap kenyataan Mickey.


Kelemahan:-


Seperti lazim, filem hollywood kadang-kadang terlebih "rencah" sehingga menganggu proses penceritaan. Ada babak-babak tak perlu dan ada babak yang boleh ditambah bagi menjadikan filem ini cantik seperti babak akhir filem ini.

Namun, sesuai dengan temanya adalah komedi, maka elemen-elemen tak masuk akal boleh dimaafkan, dan filem ini memang khusus untuk kanak-kanak, kerana ia terselit dengan nila moral, kasih sayang dan imaginasi.

Kesimpulan:-

Sama seperti filem Night at the museum, dan Enchanted, elemen fantasi diwujudkan bagi mengajar manusia menghargai kebolehan diri sendiri dan berusaha melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Bagi mereka yang ingin menonton filem ini, amatlah dialukan. Tapi janganlah anda harap filem ini seperti Lord Of the rings, Narnia ataupun Harry Potter kerana filem ini adalah filem komedi dan memang dicipta untuk kanak-kanak. Dan ia bukanlah filem epik walaupun wujud elemen fantasi dan imaginasi dalam karya Adam Shankman ini.

Kisah hantu paku?? hurm mungkin sesuai untuk difilemkan..terima kasih Almarhum Nendaku Raja Adam.

8 comments:

azwan bamadhaj said...

baru tengok gak...

menarik jugak....

patungcendana said...

belum tengok lagi...so x leh komen...

Raja Azrul said...

azwan:-
-huhuhu..menarik.

madam:-
-ada masa u boleh tgk..

Melody said...

aku plak teringin nak tau kisah hantu paku tu..

FendyHekka said...

erm mmg besh cite dier.. wlpn...

budak_ORGANIK said...

raja..tima kasih coz menjadi tour guide tak berbayar aritu.....

Raja Azrul said...

mel:-
-nanti ada masa aku cerita kat ko..

fendy:-
-thanks jadi partner tgk wayang..

yusrie:-
-yup..no hal!!

Melody said...

okeh..ujung bulan ni la citer? lalala...