Travel

Travel

Mengira detik

Monday, January 19, 2009

Sang putera berbicara lagi...(part 2)


Assalamualaikum dan salam semua…

Agak lewat aku mengemaskini blog ini. Agak sibuk dengan beberapa urusan disamping dengan kekangan internet. Hurm…dalam entry kali ini aku nak cerita beberapa perkara dengan kalian semua, pembaca budiman.

Aku dan papa:-


Membaca blog teman-teman yang sibuk dengan ayat-ayat pondok buruk, tak ubah seperti menyesali dengan apa yang terjadi. Bagi aku, persahabatan memang kompleks, dan apabila terlalu memikirkannya, ia boleh menjadi duri dalam daging.

Kalau nak diceritakan melankolik ataupun kesedihan, aku juga mempunyai perasaan demikian. Pada 23 Januari 2009, genaplah 10 tahun aku hidup tanpa belaian seorang ayah…ayahandaku tercinta YM Raja Adnan YM Raja Adam,

Aku tidak seperti orang lain, mempunyai keluarga yang cukup sempurna. Ayah, ibu, abang, kakak, adik dan sebagainya. Tapi aku sedar ini adalah ujian dari Allah S.W.T. Papa pergi meninggalkan aku ketika aku berumur 15 tahun dan adikku yang bongsu seusia 2 tahun.

Papa pergi ketika aku masih muda, baru ingin mengenali kehidupan. Papa pergi dalam keadaan yang tiada kusangka. Siapa sangka tarikh 5 syawal merupakan nokhtar akhir buat papa. Papa meninggalkan kami bertujuh di Hospital Tanjung Malim akibat serangan jantung.

10 tahun aku hidup tanpa papa. Aku lalui dengan tabah, mungkin disebalik keceriaan aku, hidup aku penuh dengan kesusahan. Membesar sebagai anak yatim, dan aku bertanggungjawab sebagai anak sulung. Memang berat dan payah sekali.

Tapi..aku bersyukur, mungkin aku antara orang yang bernasib baik jika dibandingkan dengan mangsa serangan Zionis, Amerika dan Tsunami. Mereka lebih trauma berbanding dengan aku. Apatah lagi melihat ada antara kita yang tak pernah lihat siapa bapa atau ibunya sendiri…


Kembali bertaut


Siapa sangka cempedak jadi nangka? Huhuhu…aku sebenarnya amat tak menyangka tarikh 16 Jan 2008 merupakan tarikh keramat buat aku. Kenapa? Tarikh ini merupakan tarikh aku melaporkan diri sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Jika tahun lepas, aku hanya kerja sebagai guru ganti, tapi kali ini aku kerja sebagai GSTT. Bezanya GSTT dengan guru biasa ialah GSTT tidak terlatih, dan tugas GSTT sama juga dengan guru biasa.

Memang sukar menjadi guru ini. Banyak kerja harus dilakukan. Bukan terhad mengajar semata-mata…tetapi lambakan kerja tambahan harus diselesaikan dalam tempoh diberikan. Tapi aku sahut sebagai cabaran.

Oh yer, aku mengajar di sekolah menengah aku semasa aku form 1-3, iatu Sekolah Menengah Kebangsaan Karak. Gembira kerana aku pulang kembali ke sekolah asal. Tak sangka banyak perubahan berlaku, tapi mentaliti pelajar masih sama.

Mengajar sekolah menengah memang lagi mencabar kerana banyak perkara harus diberi perhatian. Disamping mengawal pelajar yang nakal dan juga talkative ni…hehehe..memang menguji kesabaran. Nampak gaya terpaksa lah aku menjadi garang dan sedikit kurang ajar, ajar pelajar-pelajar ini mendengar kata. Huhuhu…semoga semuanya berjalan dengan lancar.


Terima kasih…


Pertamanya aku sangka, blog ini hanyalah untuk bacaan orang tertentu sahaja. Maksud aku, hanya untuk mereka yang kenal aku terutama bekas pelajar UMP. Tapi tak sangka, semasa aku melapor diri di SMK Karak, GPK 1 aku mengenali aku melalui blog ini. Kata beliau, blog ini ada ditulis perkataan SMK Karak.

Dan ada juga cikgu yang rajin menyinggah dan membaca blog ini. Huhu..tak sangka pulak aku yer…tapi tak mengapa. Ribuan terima kasih diucapkan atas semuanya. Sama-sama lah kita berkongsi pendapat dan segalanya. Jangan gaduh dah lah..hahaha.

Erm..blog ini memang khas buat rakan-rakan,cikgu-cikgu, penggiat teater, seni muzik, budaya, media (Kak Ros-TV3) dan juga pendebat….Terima kasih buat semua…


Jumpa lagi....!!

9 comments:

wiwita said...

cikgu raja!.. tahniah eik..
Jadilah guru yg berdedikasi dan cemerlang.. biarpun "tidak terlatih"
buktikan pada masyarakat.. khususnya.. guru² lama di situ yg cikgu boleh!!...

Jgn kerja kerana gaji.. ok?

pastikan... "berkesan" + "ternganga" student²...

hehee....

-cikgu adawiyah =)

- j o h a r i - said...

btul tu cikgu..jgn asyik mengajar budak berlakon je plak..ni skool, bkn akademi fantasia ok

::.chocolate ice.:: said...

lol..

apsal x mengaja kt skul sy dulu..
smk seri bentong..

huhu~

lintah said...

semoga menjadi guru yang baik untuk anak bangsa...
selamat datang ke smk karak...

Otit said...

pekerjaan yang saya paling nak buat even once before mati ialah jadi cikgu.

best tau jadi cikgu..

patungcendana said...

good morning cikgu...hehehe...ajar sejarah mesapotamia ke

FendyHekka said...

weh jd cikgu mesti tegas... br dak2 tu takut. jgn ko men tembak2 laser dgn dorg plak... ha3. nnt xpasal2 kene cop

Raja Azrul said...

wiwit:-
-thanks wiwit..aku kena belajar dari kau, sebab kau ada pengalaman mengendalikan budak2 sek men.

johari:-
-takde makna nak ajar berlakon...


bob:-
-susah ler..sri bentong untuk selected teacher je

lintah:-
-sama-sama...

tito:-
-silakan..tapi harus diingat..kerja cikgu bukan semudah disangka..

madam:-
-tak tahu lagi ajar subjek apa..tunggu je lepas raya cina.

fendy:-
-insyallah...

law said...

hai,ckgu raja..pe khabar?
chat ka??jadi ckgu kna sentiasa sihat la..bru mampu nk layan kerenah bdak2..haha

eh,mcmne leh dpt jd ckgu GSTT nie??