Sang Putera bicara..

Assalamualaikum..

1. Tuan Puteri Kembali

Inilah masa yang aku nantikan. Puteri Gunung Ledang kembali untuk musim yang ketiga. Seperti biasa, aku telah membeli tiket dan akan menonton bersama Azwan, Azril dan Peedot..

PGL memang tidak mengecewakan. Semasa musim kedua, aku berpeluang menonton di Istana Budaya pada tahun 2006 bersama Azwan dan Fendy. Ia memang menarik, teruja dan mengkagumkan. Elemen brodway diterapkan supaya teater ini nampak lebih antarabangsa. Aku tak nafikan, andai kata Tiara membawa teater ini ke luar negara dan dipertontonkan pada khalayak, ia mampu membawa ikon pada teater malaysia.

Teater ini mampu mengangkat semula keagungan Melayu Melaka, Kisah masyarakat Nusantara, budaya Keraton Jawa dan tulah raja!! Hebat!! Ia mampu membuktikan bahawa Malaysia memang boleh.

Bagi karyawan teater yang baru nak bertatih..tak mengapa!! Anda boleh lakukan yang terbaik..insyallah!! Teater kita akan dikenali suatu hari nanti.

Yang pasti aku sekarang tak sabar nak menyaksikan kemistikan Gustri Putri, kagagahan Hang Tuah dan keunikan Istana Melaka!! Nantikan..12 Feb 2008.

2. Siti Situ Sana Sini

Kecoh pasal album baru Siti ..Lantera Timur. Huhuhu, aku tak beli lagi,walaupun aku adalah peminat siti. Entahlah, album kali ini macam kurang menyengat seperti album Sahmura, Cindai dan Sanggar Mustika. Mungkin sebab penggiat seni kita kurang kreatif agaknya. Nasib baik Siti pandai untuk mencantikkan lagu dia. Cuma aku kurang berkenan album siti lebih nampak muzik arab walaupun ada elemen asli seperti bunyi seruling dalamnya.

Entahlah..lenggok arab siti masih kurang jika dibandingkan dengan Waheeda dan Bienda. Tapi ia cubaan yang baik kerana sekarang amat kurang artis nak buat album tardisional. Mungkin album ini boleh menang dalam AIM kerana saingan album tradisional agak kurang. Huhuhu...tapi track pertama lagu Kayangan kita masih belum boleh mengalahkan kekuatan Nirmala, Balqis dan Cindai.

Tapi aku puji cover album..unik dan cantik!! MAcam tuan puteri. Tapi aku harap kalau boleh siti berubah lah betul-betul. Kalau nak pakai tudung, pakailah elok-elok. Kalau taknak pakai, janganlah pakai. Tak elok..buat macam tu. Rasanya banyak artis kita dah mula pakai tudung dengan kemas dan comel, macam Sheila Rusly, Aishah dan Noraniza Idris. Harap SIti jangan ikut mcm Kak Pah pula...pakai tudung sekejap jer, masa nyanyi lagu Yayadan..lepas tu bukak balik. So...Siti dan Kak Pah sama je...

Sorilah pada peminat siti yang fanatik!! Aku pun minat Siti jugak..so tak salah kalau aku nak bagi pendapat pada dia. Teringat masa aku sekolah menengah dulu, sanggup kumpul duit nak beli album Siti. First album aku beli ialah Cindai, kemudian Adiwarna sampailah Trankripsi. Lepas tu, aku agak kurang beli album dia..entahlah mungkin dia dah dimiliki dan imej baru dia buat aku kurang berkenan.

Tapi album Siti paling aku suka ialah Cindai, Safa, EMAS dan Hadiah Daripada Hati. Tahniah siti...!! Erm..dato siti....

3. Giler tonton filem.

Duduk di rumah aku asyik menghadap tv. Bulan ini aku langgan astro box office. Entah kenapa aku nak langgan, tapi movie dia kali ini banyak yang best. Aku suka tengok filem Budak Kelantan, unik dan menarik! Begitu juga filem Bhootnath..hebat!! Nak pula lakonan Juhi Chawla dan Shah Rukh KHan..kombinasi yang superb!!

Selain itu, aku tonton balik filem-filem yang ada dalam laptop aku ini!!! Baru tengok filem transformer..memang best!! Ada kritikan terhadap dasar amerika!!

4. Pengorbanan guru..

Tahniah buat kawan-kawan aku, Rosli dan Johari kerana bakal mengajar di sabah dan sarawak. Rosli dapat mengajar di Mukah Sarawak. Khabarnya di sekolah Kampung Tekejong, Dareah Daro. Huhuhu..Joe pula katanya di Sipitang.

Jauh mereka merantau yer!! Inilah pengorbanan guru. Nampak remeh tapi sukar ya amat!! Tahniah juga pada Irwan, Nisa...khabarnya dapat KPLI.

Aku?? Huhuhu...kita tunggu jer lah!!

****

Sorilah aku agak bizi beberapa hari ini. Ada perkara yang nak kena settlekan!! Buat semua teman..jangan gaduh-gaduh!! Kalau ada salah faham, cuba terus terang untuk jernihkan keadaan. Lagipun, kita semua dah kenal lama. Tak elok dipanjangkan cerita....

huhuhu..aku pun faham sebab aku pun pernah gaduh jugak!! Erm..dengarkan lagu rawan dari Azharina..one of the best this year...memang sedap giler..feel habislah....

Comments

Mr Final said…
...Siti dan Kak Pah sama je...


wah... statement...! teheeee :P
redzuwan said…
Pelik bila raja cakap lenggok Bienda ngan Waheeda lebey baik dr SITI.....
Raja Azrul said…
mr.final:-
-huhuhu...statement wartawan..

dekwan:-
-erm..untuk lagu2 arab, mereka agak ok jika dibandingkan dengan siti.
patungcendana said…
err...ada orang bergaduh ke?...
abg raja..bpe ek harga tiket PGL bulan 2 ni.?

bru je plan ngan budak2 ni..xtau jadi gi tgk ke x..

lalalala~
Raja Azrul said…
madam:-
-ada lah kot..

bob:-
-entahlah ada lagi ke tidak..cuba kol tiket axcess..
raja..johari mne yg mengajar kt sipitang tu????....
Melody M. said…
nk tgk pGL jugak...
Wanpetunjuk said…
Deqwan...aku pun setuju sebenarnya....Raja kalau mengkritik pasal lakonan, drama, filem dan teater barang kali aku mmg setuju ngn kritikan dia tapi kalau bab2 menyanyi....kurenglah....hahahaha...sorry Raja....u are no into music actually...u are obviously into film...kan Azwan....setujulah!!!...


Aku dah beli album tuh dan aku boleh cakap...the songs all good...tambahan pula...Jelmakanlah AyuMu ciptaan PakNgah....so intelligent...siap Razak Ahmad berqasiddah dalam tuh.....the melody....so fresh.....hehehehe

Raja...bila kita leh jumpe lagik nih???, dah lama tak jumpe ko kan....
Raja Azrul said…
yusri:-
-jo..budak matriks aku ler..

melody:-
-ok...bulan januari kita jumpa..insyallah!!

dayat:-
-erm..aku komen berdasarkan pendapat peribadi aku. Aku tahu ko peminat fanatik siti..so apa yang siti buat semua adalah terbaik..hehehe...btw, i respect ur komen..
Melody M. said…
Zrul...temankan aku tengok teater ni boleh? Aku nak sangat-sangat pegi, temankan aku boleh?? Ajaklah sapa2 yang lain yang sudi tgk sekali.

http://rumahanakteater.blogspot.com/2009/01/projek-koken-konsep.html

Aku tak sempat join korang tengok PGL, so korang temankanlah aku tgk teater ni. Boleh kan? kan? kan? *mata berkelip-kelip penuh pengharapan*
Melody M. said…
Yang sebetulnya, aku tak tau jalan nak ke Stor DBP tu, tu pasal la mintak teman. Hehe.
FendyHekka said…
ha3... kalo org dh ske camner pn tetap menarik... lg2 yg fanatik... ala raja... mcm ko minat ina naim dlu... ha3
- j o h a r i - said…
weh raja..
aku rasa mcm nk tgk la teater PGL tu
mane aku nk dptkan tiket
how much eh?

p/s : bkn johari yg mengajar di sipitang

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...