Tuan Puteri kembali lagi!!



Puteri Gunung Ledang sudah kembali…



Dah masuk musim ketiga, terus terang aku katakan menonton teater ini tidak mengecewakan. Malah, ia boleh diiktiraf sebagai teater bertaraf 5 bintang. Inilah kuasa dan aura dalam pementasan teater ini.

Aku sudah menonton teater ini pada musim kedua, sudah pasti musim ketiga ini aku sudah ketahui jalan cerita serta lagu di dalamnya. Malah, ada juga yang menganggap, adakah menonton teater ini bagi kali kedua sesuatu yang merugikan? Aku jawab tidak. Dalam teater ini, banyak elemen baru ditimbulkan. Antaranya kesan khas dan magik..(ketika nenek kebayan muncul) dan banyak dialog dituturkan.

Dari aspek lakonanan…tahniah pada watak Bayan, Gustri Putri dan..Raja Ahmad. (hehehe). Watak Bayan memberi kesan terutama ketika menangis keseorangan dan bagaimana wataknya menggambarkan kesetiaan hamba kepada rajanya. Watak Gusti Putri lakonan Tiara cukup berkesan terutama ketika menjadi nenek kebayan dan ketika babak beliau bersama Sultan Melaka (watak akhir). Kemunculan adik Haziq sebagai Raja Ahmad memang mencuit hati. Dia melakonkan watak dengan bersahaja dan tiada nada gemuruh keluar. Malah, lakonannya kemas ketika bersilat dengan Hang Tuah.

Watak-watak lain juga aku puji. Semuanya superb…!!!

Dari segi teknikal..memang hebat!! Inilah kehebatan Istana Budaya..diaduk dengan kreativiti pengarah. Kesan khas memang menjadi. Elemen muzik dibuat dengan rapi tanpa sebarang cacat cela. Malah, aku sendiri hampir terbuai dengan muzik diarah oleh Roslan Aziz ini.

Sebenarnya terus terang aku katakan, tak rugi menonton PGLTM. Jika ia dibuat sekali lagi…aku pasti menonton. Malah aku dan Azwan sudah menbooking tempat di aras atas andai kata teater ini dibuat semula. Hehehe…

Cuma bagi mereka yang tak paham bahasa melayu, agak sukar untuk mengikuti teater ini kerana sarikata disediakan berada di sebelah kiri dan kanan pentas. Tapi itu tidak merencatkan perjalanan dalam memahami naskah teater ini.

Teater ini aku harapkam akan menjadi naskah wajib tonton dan boleh ditayangkan keluar negara sama seperti Mamma Mia, Jewel Of Tibet, Phantom Opera dan banyak lagi …..


Bagi mereka yang tak sempat tonton, tak mengapa..berdoa sahaja agar Tiara akan membuat persembahan ini sekali lagi pada hujung tahun atau tahun depan. Tapi rasanya tempat Tiara dan Stephen bagi digantikan dengan orang lain, kerana menurut Tiara, ini adalah lakonan terakhir beliau sebagai tuan puteri..hehehe…


“Kasih..pujuklah perasaan…!!!”

Comments

Melody M. said…
Cemburu!
Setiap kali restage, mesti aku takde rezeki nak tengok. Takpelah, mana tahu next season aku join produksi PGL kan (nak propa gak)
azwan bamadhaj said…
hati... pujuklah perasaan..

PGLM memang best..


aku dengan kau dah booking tempat duduk kat atas?? aku minta maaf...

aku mungkin dengan mel kat back stage masa tu....
hehehehhehe
Melody M. said…
Betul tu Azwan! Hehehehe!!
Raja Azrul said…
mel:-
-takpe, kalau dia buat lagi..ko kena datang!!!

azwan:-
-siut je!! takpe..aku kan duduk kerusi pengarah..so tengok korang berlakon je...
patungcendana said…
tak ajak i pun kan...huhuhu
sakura said…
ah ruginya. masa ada duit hendak membeli tiket, tiket telah habis dijual. sedih sungguh. nampak sungguh menyeronokkan sahaja

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...