Bumi Melaka dan Batu Pahat



Assalamualaikum…

Maaf lah yer wahai teman kerana sudah lama tak mengemas kini blog aku ini. Alasan kuno, tiada internet dan tiada internet…hehehe. Sebenarnya sekarang tengah cuti sekolah, jadi aku telah ronda-ronda..erm boleh kata macam cuti-cuti malaysialah jugak, sepanjang minggu ini.

Huhuhu, pertama sekali, aku nak ucapkan tahniah pada Azwan. Ini kerana dia telah terpilih menjadi pegawai pendidikan a.k.a lecturer di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. Nampak gaya, cita-citanya nak menjadi pendidik dah tercapai. Insyallah, ada masa nanti aku jenguklah dia kat sana..hehehe (jangan marah yer, Azwan).

Kedua, cerita aku masa cuti. Sebenarnya aku telah ke majlis kahwin kawan aku di UMP iatu Johari. Plan ini telah bermula seminggu sebelum majlis bermula, dan yang ikut serta aku ialah Azwan dan Fendy. Untuk menjadikan aku lebih baik dari segi memandu, aku sendiri membawa kereta Naza Suria ke sana….hehehe.



Menyusuri lebuhraya:

Perjalanan bermula…tepat jam 9.30 pagi aku telah bertolak ke Melaka bersama dengan Fendy. Mood aku agak kureng sikit pagi tu, ntahlah sebab apa yer…tapi perjalanan lancar. Kami singgah di Nilai, itupun hanya berhenti beli air dan sedikit makanan ringan dan meneruskan perjalanan.

Sampai sahaja di Alor Gajah, Azwan sudah mula menelefon Fendy. Dia sudah berada di Melaka Sentral. Fendy tersengih sambil menjawab, “ Ko tunggu saja di sana, kami dah on da way!!”…

Sampai tol melaka (Ayer Keroh) aku memecut dalam kadar sederhana terus ke Melaka Sentral. Nasib baik Fendy ada, at least dia tahu gak jalan kat melaka ni, (memang ler, dah orang melaka). Kitaorang ikut short cut, dan sampai di Melaka Sentral dalam jam 12pm.

Setelah jumpa Azwan…apa lagi, bergerak ler kami semua ke Jusco. Bukan apa, nak beli barang sket…hehehe.

Dalam jam 1.30 pm, kami mula bergerak ke rumah Fendy di Jasin. Sampai di rumah, mak oii…semua adik beradik dia ada kat situ. Dah macam reunion keluarga pula. Kami menikmati Asam Pedas dan Kari Ayam Kampung masakan bondanya. Sedaplah juga, kalau tidak, takkan aku dan Azwan tambah nasi lagi.

Sementara menunggu ketibaan petang, kami semua lepak-lepak di beranda rumah Fendy, sambil menikmati panorama petang yang cukup indah. Sambil itu, melayan anak sedara dia yang cukup agresif. Hehehe…sambil itu jugaklah berbual mengenai kenangan masa kat UMP dulu…adoi, memang best!!

Tetiba, aku terpacul menyatakan nak makan Mee Bandung Muar. Al maklumlah, aku ini bukan pernah ke Muar, makan mee bandung yang betul-betul ori pun tak pernah. Setelah memberikan idea kepada Azwan dan Fendy, kami setuju nak bertolak ke Muar, dan seterusnya ke Parit Sulung ( Kawan aku bersanding jam 8 malam).

Perjalanan ke Muar.

Muar, Bandar maharani, terletak dalam 45 minit perjalanan dari Jasin, Sepanjang perjalanan, Fendy dan Azwan berdebat untuk menentukan mana jalan yang betul ke kedai Mee Bandung. Aku hanya angkat bahu, iyalah aku bukan orang situ. Azwan kata jarak kedai mee bandung adalah 10 KM dari Muar dan kena lalu Second Bridge.

Hampir setengah jam kami tersesat (hurm…azwan nak konfirmkan jalan) sebab Azwan tetiba jadi boink dan lupa mana arah nak ke kedai Mee Bandung. Fendy dah start berkhutbah, dan aku hanya menjadi makmum sahaja. Malas nak campurtangan! Azwan terus menelefon sepupunya, tapi jawapan nya hampa.

Aku terus cakap kat Azwan..” Azwan, cuba selawat banyak-banyak!” Azwan terus selawat. Tak sampai sepuluh saat, Azwan terus ingat jalan ke kedai Mee Bandung, dan kedainya terletak di seberang jambatan pertama (dekat Sahmura). Ces..aku ingat jauh sangat!! Rupanya tak jauh mana pun.

Kami tiba di kedai dalam jam 6.00pm. Seterusnya menikmati Mee Bandung. Azwan kata inilah mee bandung paling sedap di dunia.( Mee Bandung Sentral) Aku pun rasa sehirup, “Wow ia memang sedap!”. Sebab ia pekat dengan rasa udangnya. Tapi Fendy cakap ada lagi Mee Bandung yang lagi sedap yang pernah dia makan time dia kecik dulu. Hurm…itu aku no komen.

Cabaran ke Parit Sulung

Dah makan mee, masa untuk ke Parit Sulung (dekat Batu Pahat). Kami mulakan perjalanan. Sampai di simpang Bakri, Fendy cakap suruh jalan terus, tapi Azwan kata dia nak ikut arah Parit Jawa dan Parit Sulung. Hurm, sekali lagi, aku hanya angkat bahu! Oleh kerana azwan jadi driver, maka jalan diikut adalah Parit Jawa.

Setelah jam menghampiri 7.35pm, kami tak nampak pun arah Parit Sulung. Azwan mula risau, takut-takut tersalah jalan. Aku cakap kat Azwan, “ Kalau sesat, kita balik JB saja..” Fendy memulakan khutbah keduanya. Iyalah, dia geram kerana Azwan tak mahu ikut jalan yang dia cakap tadi. ( aku no komen)

Ntah macam mana…kami ternampak papan tanda Parit Sulung, dan masuk ke simpang tersebut terus ke Jalan Bakri tadi. Memang agak jauh, tapi kami selamat sampai dalam sekitar jam 8.00pm tepat. Kami sampai kebetulan hujan mencurah bumi…..


Kenduri bermula.


Suasana kenduri amat meriah! Tak ramai kawan BEN yang turun. Hanya Par, Jaro, Sufi, Zila, Achik dan Fajar jer yang datang. Yang lain dah pergi masa belah pengantin perempuan di Pahang. Huhuhu…..

Jo dan Rasyada…dua mempelai masuk ke dewan. Perkahwinan mereka macam Raja Sehari. Siap ada pesilat, orang bawak bunga, dan tarian zapin (teringat Tito, Daoz, Jumain dan Yusri).

Hehehe..yang aku takleh bayang kalau Azril kahwin. Sure macam-macam benda dia nak buat nanti…hehehe

Majlis tamat sekitar jam 10pm. Kami bergambar dan pulang ke rumah Fendy. Perjalanan pulang tak lama, dalam jam 11.30pm kami sampai. Sampai rumah, terus tidur…hehehe!





Pagi di Bumi Berdaulat!


Melaka, bumi berdaulat! Pagi selepas sarapan kami merancang untuk berjalan di sekitar Banda Hilir sebelum pulang. Kebetulan Shidi mesej aku pagi-pagi lagi untuk turut serta lawatan kami ke Melaka.

Kami berjumpa di Jusco melaka, dan terus ke Banda Hilir. Destinasi pertama…Menara Taming Sari. Aku geram gak kenapa Menara tersebut fee dia berharga RM20. Rupanya RM20 untuk warga asing. Harga untuk Malaysian ialah RM10. Huh, nasib baik. Kalau RM20 aku rasa tak berbaloi…hehehe.

Kami naik menara tersebut dan menikmati pemandangan melaka. Nampaklah Selat Melaka terbentang luas dan Sungai Melaka. Cantik dan indah sangat

Dah naik menara, kami ke destinasi kedua. Muzium Kesultanan Melaka. Aku tak tahu angin apa pula, tetiba Azwan ajak pergi Muzium. Setahu aku, dia agak anti dengan muzium ni. Kalau yang suka muzium pun, just Madam Mala. Hehehe…

Tapi Muzium ni memang cantik. Seni ukir Istana Melayu Melaka. Banyak gak ilmu dapat terutama kisah kesultanan melayu melaka. Selepas muzium melaka, kami ke muzium Melayu dan Dunia Islam. Hurm, not bad muzium ini. Banyak ilmu yang kami timba. (erm..macam karangan budak sekolah pulak)

Setelah penat masuk Muzium, aku ingat nak ajak naik Bukit St.Paul, tapi Fendy taknak. Dia kata penat sangat!!! Hurm..jadi kami semua menikmati Macdonald yang terletak di Dataran Pahlawan. Setelah makan, kami pun pikir apa nak buat lepas tu.

Azwan cadangkan untuk tengok wayang, dia ajak tengok Race to Witch Mountain. Dia kata filem ni best giler…!! Jadi, kami pun tonton lah filem ni.

Keluar wayang, aku dan Shidi hanya tersenyum..(erm best ke filem ni??) Azwan cover malu sebab dalam wayang dia tidur (lagi hampeh!)

Pulang ke realiti.


Dalam jam 5pm, kami bertolak ke Jusco. On the way ke Jusco, sekali lagi Azwan dan Fendy bertekak kerana memilih jalan paling cepat ke Jusco. Aku dan Shidi angkat bahu. Sekali lagi Fendy memulakan Khutbah ketiganya dan Azwan pula jadi pak Bilal..hehehe.

Sampai di Jusco, kami hi-tea di food court sambil bercerita kenangan lama. Macam-macam cerita terkeluar, termasuklah kenangan masa kat UMP dan semasa zaman muda dulu. Huh,,dalam jam 7pm aku ngan Fendy bertolak semula ke KL. Azwan pulak pulang ke JB ngan abangnya dan Shidi pula ke segamat dengan kereta atoznya.

Aduh..jalan pulang agak jam terutama di Seremban. Tapi aku ikut ELITE dan NKVE terus ke damansara. Setelah hantar Fendy, aku bertolak ke Karak dan tiba di rumah sekitar jam 11pm. Penat hari tu..tapi banyak kenangan yang tak boleh aku lupakan.

Bila fikir balik, itulah antara saat manis berjumpa ngan kawan-kawan. Bila lagilah dapat berjumpa mereka, dan berseronok macam di Melaka! Huhuhu….takpelah, still got time…!! Selepas saat itu, kami semua berhadapan dengan reality hidup. Aku terus menerus menjadi guru di sekolah. Begitu juga dengan shidi, mengajar. Fendy pula terus bekerja di Petaling Jaya. Dan Azwan, berkemas untuk ke Behrang.

Oklah penat taip. Terima kasih kerana sudi membaca. Buat korang yang terkena, jangan marah..juz gurau jer…bye. Wasalam.



Comments

Anonymous said…
nice blog raja ;)
kalu turun behrang nk jumpa azwan..turunla teluk intan skali k.hehehe.da dekat 2.
azwan bamadhaj said…
pembetulan fakta:

1 - ko x pernah suruh aku selawat okay..... aku selawat sendirian berhad... hahahahaha

2 - ak x cadang pun untuk tengok wayang, aku NAK MAIN BOLING...!!!! tp fendy x nak..... salah aku ker???

3 - fendy bukan berkhutbah... dia bagi ceramah perdana la....

hahahahahah...

apapun memang best jalan2 melaka n batu pahat tu.... lain kali kita jalan2

BALI, PHUKET, dan sebagainya..... huhuhuhu
Anonymous said…
oo..asal zapin jer trigt kitorg la?hahaha..at least igt jgak kan..
jumapx said…
meriah....he3

tapi mesti best abg fendy berkhutbah kan...

hahahahhaa

ayat paling kelakar...

“Wow ia memang sedap!”. hahahha

lalallaa
Melody M. said…
"Hehehe..yang aku takleh bayang kalau Azril kahwin. Sure macam-macam benda dia nak buat nanti…hehehe" - aku gelak bila baca part nih! Aku pun takleh nak bayangkan apa Azril nak buat. Hehehe.
patungcendana said…
azwan siap hantar mms kat i
tunjuk gambar museum...
ciss...saja je nak buat i jelous...motif sangat...
Raja Azrul said…
adot:-
-thanks..tapi tak tahu lah bila nak ke teluk intan...

azwan:-
1. Biasalah..aku kan suka tokok tambah..jangan pecah rahsia, k!

2. A'ah,memula ko ajak main boling, tapi lepas fendy say no, ko ajak tgk cerita pulak...

3. Erm..konsepnya tetap sama..hahaha.

daoz:-
-yelah, nama pun adik-adik abang..hehehe,

jumain:-
-memang best! nak try dengar abg fendy khutbah..hehehe.. (fendy-jangan marah!)

melody:-
-tahu takpe! alah mel, nanti ko pun sama..sure nak wat majlis cam tuan puteri..betul kan?

madam:-
-u jeles ke madam? kesian....
patungcendana said…
erk...jealous la jugak...huhuhu...
Melody M. said…
Haha.. Yer yer je ko tu ckp aku nk mcm puteri.. Jangan2 ko lagi nak grand...Tapi segrand kita pun aku rasa takleh beat Azril..Paling grand antara semua..Hehhehe

(Tak psl2 Azril jd bahan. Sorry bro! Sengaja.... =p )

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...