Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, March 10, 2009

Ini macam hampeh...

Kita semua sama…percaya tak?

Kadang-kadang kita sering label seseorang itu kuat membebel, sensitive, tak pandai jaga hati kawan, suka buat hal sendiri, selalu cakap tak sure….

Tapi pernah tak kita fikir bahawa perkara itu ada pada kita?

Contohnya, kita kata mulut kawan kita jenis mulut takda insuran, tapi kita pun sama…mungkin metadologinya lain tapi hakikatnya sama…

Kita gaduh sebab kawan kita tak pernah nak berutus sms ataupun bertanya khabar, tapi kita pernah ke buat begitu pada kawan-kawan kita?

Kita pernah kata kawan kita sensitif, tak boleh terima teguran orang lain, tapi adakah kita ini berfikiran terbuka untuk terima kutukan orang lain…

Entahlah…

Fikirlah sendiri yer…

****


Seorang guru mengajar murid-muridnya.

Guru: Murid-murid, apa perasaan awak kalau kawan awak berkata, Lantak ko ler!!

Ada beberapa orang murid memberikan respon…

Murid A : Saya marah…sebab dia tak fikir perasaan saya!

Murid B: Entahlah cikgu, saya pun malas nak ambil tahu..biar jer…!!

Murid C: Kalau saya, saya sedih. Sebab dia betul-betul mengharapkan sesuatu dari saya, dan saya berdalih taknak berikan pada dia…saya benar-benar buat dia kecewa!

Cikgu: Mana awak tahu dia kecewa?

Murid C: Gaya dia cakap macam dah give up dengan saya..!


Erm…dalam dunia ini, semua orang ada pandangan dan perasaan masing-masing. Tak kiralah sama ada ia benar atau salah. Kadang-kadang kita kecewa dengan sikap seseorang sampai kita berfikir…”Lantak ko ler” …erm, kalau kes itu, aku rasa akan memberikan kesan kepada nilai sesebuah persahabatan…percaya tak?

Terpulang… !!

aku ni jenis suka kecoh ke?? erm...

3 comments:

patungcendana said...

err...did I miss something?

azwan bamadhaj said...

hello bro..


lain macam je ayat ko nie...

apapun sabar la yer....
kta tetap kawan walau aku nie kadang2 emo x tentu pasal kan...

hahahahah...

xnak emo....xnak emo....

Pegawai Khalwat said...

Ermm....