Isu semasa Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia seharusnya peka dengan isu semasa yang melanda Negara. Dari isu politik, ekonomi hinggalah isu pendidikan, ia sewajarnya dibincang dan diteliti secara halus.

Isu PPSMI memang menarik perhatian saya sejak ia dilaksanakan pada 2003 lagi. Secara kasar, isu ini sudah tiba masanya untuk difikirkan kembali.


Pada pandangan saya:


PPSMI wajar dimansuhkan. Kerajaan seharusnya mengembalikan dasar lama. Sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda (sekolah rendah) dan bahasa melayu (sekolah menengah).

PPSMI tidak boleh meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris. Ini kerana pelajar hanya menghafal dan menjawab soalan di dalam kertas peperiksaan. Ia tidak mampu untuk meningkatkan kemahiran berbahasa inggeris.

Masalah bahan rujukan kurang dalam bahasa melayu boleh diatasi. Banyak sarjana kita yang telah berjaya menghasilkan karya sains dalam bahasa melayu, dan ia boleh diambil sebagai bahan rujukan.

PPSMI akan mewujudkan jurang antara melayu dan bukan melayu. Rata-rata masyakat bukan melayu akan menganggap bahasa melayu adalah sebagai bahasa lemah, bahasa tempelan dan hanya menggunakan bahasa melayu untuk berurusan dengan kerajaan sahaja.

PPSMI jelas membelakangkan perlembagaan Malaysia. Dalam Perlembagaan 152, bahasa melayu adalah bahasa rasmi negara, dan ia wajar diangkat dalam apa jua bidang sekalipun termasuk pendidikan.

PPSMI dikatakan untuk menjadikan seseorang itu fasih berbahasa inggeris dan boleh bersaing di peringkat global. Tetapi, banyak jurutera, doktor, usahawan, peguam yang dilahirkan oleh negara sudah terkenal dan mereka boleh berbahasa Ingeris dengan baik. Mereka ini lahir dari golongan mendapat pendidikan dari aliran bahasa melayu.

PPSMI akan membuatkan pelajar semakin keliru. Anda mungkin hebat berbahasa Inggeris tapi tidak semestinya anda hebat dalam sains dan matematik. Anda mungkin lemah berbahasa, tetapi tidak bermakna anda lemah dalam sains dan matematik.

Istilah dalam sains dan matematik banyak persamaan dengan bahasa melayu. Jadi, ia tidak menjadi masalah besar andainya bahasa melayu diajar bagi sains dan matematik.

Kebanyakan guru sains dan matematik bukanlah guru bahasa. Mereka diajar dan dididik dalam kursus perguruan dalam bahasa melayu. Hasilnya, untuk mengajar anak-anak muda dalam bahasa inggeris akan menjadikan keadaan seperti “Ketam mengajar anaknya berjalan”.

Masyarakat Malaysia (terutama melayu) akan terus menganggap bahasa melayu adalah bahasa kampung. Kesan akan dapat dirasakan dalam tempoh 10-20 tahun akan datang. Sedikit sebanyak bahasa melayu akan terhakis dan ‘perkasa’ dalam parlimen sahaja.

Bahasa Melayu akan dianggap hanya LULUS sahaja terutama golongan rendah. Masih banyak Bukan Melayu tidak fasih berbahasa melayu. Dan, sekiranya bahasa melayu tidak diperkasakan, tidak mustahil Malaysia akan gagal untuk membentuk bangsa Malaysia pada tahun 2020 akibat jurang antara melayu dan bukan melayu wujud.

Walaupun PPSMI diwujudkan, guru-guru akan tetap menggunakan bahasa yang mudah untuk diajar kepada anak-anak murid. Secara kasar, guru PPSMI akan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu tetapi hanya menggunakan Bahasa Inggeris ketika menanda kertas peperiksaan sahaja.

Untuk tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris:

Wujudkan mata pelajaran Bahasa Inggeris Komunikasi dalam matapelajaran sekolah. Pada masa sekarang, waktu Bahasa Inggeris hanya 8 waktu seminggu berbanding bahasa melayu (10 jam seminggu).

Mewujudkan English Day, dimana semua pelajar, staff dan guru wajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sesiapa yang tidak boleh berbahasa Inggeris akan didenda.

Memperbanyakkan aktiviti bahasa Inggeris seperti permainan bahasa, pertandingan dan sebagainya. Guru boleh menggunakan alat Bantu mengajar bagi melatih generasi muda meminati bahasa inggeris.

Guru hendaklah menggunakan teknik betul dalam mengajar bahasa Inggeris supaya pelajar meminati Bahasa Inggeris. Guru boleh melatih pelajar berbahasa Inggeris di dalam kelas terutama ketika pelajar ingin ke tandas.

Sekolah boleh mewujudkan English Motivation Committee (EMC) untuk mengadakan program-program khas bahasa Inggeris. EMC juga dilantik dari golongan pelajar yang bagus dalam bahasa Inggeris, dan mereka boleh mengajar dan membantu golongan yang lemah dalam Bahasa Inggeris.

Sekolah boleh wujudkan kelas tambahan khusus dalam Bahasa Inggeris bagi membantu mereka yang lemah dalam Bahasa Inggeris.


Kesimpulan:


Terpulang pada kerajaan Malaysia untuk tentukan hala tuju pendidikan negara. Setahu saya, belum ada negara di dunia ini menggunakan sistem PPSMI dan pada masa sama bahasa melayu di gunakan untuk subjek-subjek lain. Malah, di Singapura, mereka menggunakan Bahasa Inggeris 100 peratus kecuali subjek Bahasa Melayu sahaja. Jadi, system PPSMI ini dilihat lemah, walaupun peratusan peperiksaan meningkat saban tahun.

Percayalah, PPSMI akan wujudkan beberapa kesan iatu masyarakat Malaysia yang “mungkin” fasih berbahasa Inggeris tetapi pada masa sama mereka akan terus menganggap bahasa melayu adalah bahasa picisan. Apa yang pasti, golongan Bandar akan terus tersenyum dan golongan luar Bandar terus ketinggalan dari segi pemahaman bahasa.

PPSMI = Keliru + pelik + tak teratur- keagungan Bahasa Melayu + jurang antara kaum

Sekadar pandangan dari bekas pendebat Universiti Malaysia Pahang. Terima kasih.

Comments

Noli said…
go go Rajaaa!!!!
FendyHekka said…
erm... kata2 seorg guru wlpn xterlatih...
Anonymous said…
jom gune widget radiobox ni,..
kecik tapi ade macam2,..
music video pun ade!..

www.radioboxfan.blogspot.com

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...