Travel

Travel

Mengira detik

Sunday, March 08, 2009

Selamat Pengantin Baru kawan aku!!

Pada hari Sabtu (7 Mac 2009) aku telah pergi ke kenduri kahwin Ruhelda dan Jamil. Ruhelda merupakan budak course aku semasa di UMP. Aku pergi bersama Wiwit, Afiq dan Fendy. Sebenarnya aku tak plan pun, tapi Wiwit telefon dan mengajak aku pergi, jadi aku pun pergilah…

Nak kata seronok? Erm..seronoklah juga sebab bertemu dengan ramai kawan lama. Antaranya Adot, Tikah, Achik, Fahmi, Sufi, Nisah, dan ramai lagi. Macam mini reunion pulak. Huhuhu….dan mereka semua sudah ada yang bergelar engineer berjaya. Tapi aku, tetap bergelar cikgu jer..(cam tak best pulak!)

Majlis bermula sekitar jam 2pm, iyalah kami pun sampai sekitar jam 2.30pm mengharungi pelbagai dugaan. Pertama, kelewatan Fendy sampai di Terminal Putra, kedua jalan jam dari Zoo Negara hinggalah ke Cheras, dan ketiga Wiwit nak ke tandas pulak…hehehe.

Dayat pula ada telefon yang dia berada di Kuala Lumpur. Sorilah dayat, tak sempat kita nak berjumpa sebab aku kena balik semula ke Bentong. Ada masa kita jumpa lagi….

Oklah..ini beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa di rumah Ruhelda di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, KL.





2 comments:

patungcendana said...

selamat pengantin baru raja...eh...raja pulak...silap orang...hehehe

re:...tak emo...tak emo...coool...

FendyHekka said...

prasan x kualiti 2 gambar kt atas tu berbeza dgn yg bawah2... tu sebab org profesional yg amik... ha3. kedua, kepada sape2 yg xpuas ati lagi atas kelewatan aku sampai ke terminal putra, sila cakap depan2 yer... motif sgt pos dalam blog. bukan ko yg drive pn... ha3
p/s: wat kata madam... tak emo... tak emo... coool...