Travel

Travel

Mengira detik

Sunday, March 01, 2009

Wakakakaka....



Assalamualaikum.

Bertemu sekali lagi dalam penulisan blog aku ini. Minggu ini tak banyak perkara menarik berlaku. Kelas berjalan seperti biasa, dan aku pun menjalankan tugas seperti guru lain.

Oh yer, minggu lepas, Johari dan Rasyada ( Budak BEN) telah melangsungkan perkahwinan mereka di Bera, Pahang. Huhuhu, tapi aku telah maklumkan pada Jo yang memang aku takleh pegi. Sebab minggu tersebut aku telah melawat adik aku di Pulau Pinang. Sebenarnya, ramai sudah budak BEN yang dah mendirikan rumah tangga, tapi rasa bersalah pulak, kerana aku tak pergi melawat mereka. Huhuhu..insyallah, ada kesempatan, aku kena pergi lah melawat mereka nanti. Huhuhu.




Dalam minggu ini, aku telah menerima dua tugasan khas dari pengetua. Pertama, mengenai projek Dewan terbuka SMK Karak. Atau nama glamour yang kawan-kawan gstt aku beri iatu projek 2.5 juta. Kertas kerja projek ini telah dibuat oleh Cikgu Siti Afizah, dan dibantu oleh aku dan Cikgu Haireen. Kenapa kami bertiga?? Alasan pengetua kerana aku, Siti dan Haireen mempunyai Ijazah dalam bidang teknikal. Aku dalam bidang elektrikal, Haireen pulak mekanikal engineer, dan Siti pulak dalam bidang Ukur Bahan. Hehehe…tak sangka pula, ingatkan dah jadi cikgu ni, aku dah lupa bab-bab engineer ni, tapi lain pulak jadinya. Takpelah, itu kan sebahagian dari kerja….

Projek kedua yang aku terima ialah melatih dan membuat persembahan teater kepada Ketua Sektor semasa Karnival Bahasa peringkat daerah. Kalau bab teater ni, aku tak risau sangat, maklumlah..dah memang ‘makanan’ aku sejak dulu lagi. Tapi aku rasa ia agak mencabar kerana aku terpaksa melatih pelajar yang belum ada asas dalam teater. Selain itu aku kena tengok juga, adakah latihan aku sesuai dengan skrip yang dipersembahkan…huhuhu. Nasib baik aku hanya jadi jurulatih, bukan untuk keseluruhan persembahan.

Karnival bahasa itu dijangka diadakan pada awal April. Aku tak ambil tahu sangat, tapi yang aku tahu ada Pertandingan Bahas (ataupun Debat). Hehehe..rasa cam kelakar pulak bila aku baca usul bahas sekolah menengah ni. Iyalah usul dia banyak yang direct, dan isu pun lebih berkisar tentang isu pelajar dan sekolah jer. Lazimnya bahas sekolah ni dimonopoli oleh kaum wanita, dan teks pulak dibuat oleh cikgu. Hehehe…aku malas nak menawarkan diri, walaupun aku adalah bekas pendebat. Biarlah cikgu-cikgu lama yang mengendalikan wakil sekolah ini. Lagi pula aku bukanlah guru bahasa melayu, aku hanya guru moral…hehehe.

Oh yer, cakap pasal tugas mengajar, alhamdulillah, banyak peningkatan moral yang berjaya aku serapkan pada pelajar aku. Aku memperbanyakkan aktiviti bercorak permainan dalam kumpulan supaya mereka enjoy ketika kelas aku. Untuk kelas hujung, aku kena terapkan permainan bahasa supaya mereka boleh menguasai bahasa melayu dengan baik. Tak tahulah apa hasilnya…

Lagi satu, aku terima sms dari presiden Orator, memberi khabar bahawa Kelab Orator ada anjurkan friendly match dengan UiTM dan UIA. Sekali lagi, aku mintak maaf kerana tak dapat datang. Huhuhu…insyallah, latihan-latihan lain aku akan turut serta nanti.

Baiklah, penat dah aku menaip. Takde idea lagi nak tulis apa…Cuma aku nak beritahu satu jer….

“ Jangan terus menilai dan menghukum seseorang itu andainya anda belum mengenalinya…”


Sekian…

4 comments:

azwan bamadhaj said...

menilai mungkin boleh.... kerana pandangan pertama itu dalam maksudnya...

menguhukum mungkin tidak..... tapi prejudis tetap ada...

Otit said...

saya lah wakil skolah dalam pertandingan bahas skola dulu.
hahaha.

~~Noli said...

bizinye cikgu nih..hehe

nyda said...

datang penang tak ckp pun
huhuhu..
cam knal je signboard tu..hihihi..
simpang ke arah rumah sewa saya