Travel

Travel

Mengira detik

Sunday, April 05, 2009

Fiesta SENANDIKA- komentar


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada Sabtu (4 April 2009) saya telah diundang oleh pihak SENANDIKA untuk menonton 4 naskhah teater yang dipentaskan di Taman Budaya, Pahang. Terima kasih kepada saudara Azlan Umar kerana menjemput saya, dan alhamdulillah, 3 persembahan telah saya tonton selama saya berada di Kuantan.

Dalam entri saya kali ini, saya hanya akan memberikan komen secara umum berdasarkan pemerhatian saya terhadap 3 naskah yang telah saya tonton. Oleh itu, saya harap pada mereka yang terlibat untuk bersikap terbuka dan menerima komentar ini dan anggaplah ia sebagai titik permulaan sebelum anda ke Festival teater yang lebih besar.

Teater : Ubat

Teater Ubat merupakan karya adaptasi dibuat sendiri oleh pengarahnya, Azlan Umar. Dari segi persembahan, teater ini saya anggap hanya sederhana sahaja. Ini kerana watak-watak dalam teater ini tidak dikembangkan dengan baik (kurang menonjol dari sudut lakonan).

Dari segi teknikal, kemudahan pentas tidak dimaksimumkan sebaik mungkin. Pencahayaan agak lemah, dan unsur muzikal diterapkan tidak jelas. Dari segi lontaran suara, ada watak yang tidak jelas berdialog seperti par-pari, budak dan lelaki muda. Watak orang tua tidak menggambarkan bahawa dia adalah tua (kurang kajian terhadap karektor).

Susun atur pentas bagi saya hanya sederhana. Cuma kredit boleh diberikan kerana pengarah meletakkan unsur muzikal dalam persembahan. Suara latar yang digunakan pada akhir cerita berbunyi samar-samar dan tidak jelas. Ia mungkin boleh menyebabkan penonton hilang fokus terhadap jalan cerita keseluruhannya.

Kelemahan yang wajar dibaiki adalah watak pari-pari. Watak ini tidak begitu menjadi kerana pelakonnya tidak pandai menjadi pari-pari yang sebenar. Watak pari-pari ini tak ubah seperti manusia, dan sifatnya sama seperti manusia.

Pujian harus diberikan kepada usaha pengarah menggerakkan pelakon untuk menghidupkan karektor. Saya juga puji lakonan watak budak kerana ada elemen sedih yang ingin dibawa, cuma ada beberapa bahagian watak ini agak longgar. Saya harap pihak produksi dapat memperbaiki cerita ini untuk menjadi cerita ini lebih kuat kerana saya yakin andai kata teater ini diperkayakan dengan unsur teknikal (yang baik) ia mampu menjadi suatu naskah yang cukup hebat!!

*1 bintang

Teater : Teruk

Saya tertarik dengan tajuk teater ini. "Teruk"..ia sama seperti teater misi yang cuma mengangkat 2 karektor sahaja iatu Adib dan Alisyah. Maaf, saya masuk agak lewat, jadi komen saya hanya berkisar tentang apa yang saya tonton sahaja.

Teater ini mudah sahaja. Tiada props digunakan (sebab tak perlu guna) dan sedikit elemen pencahayaan digunakan. Tapi pelakon ada kalanya tidak berlakon dalam ruang yang sepatutnya. Watak Alisya kadang-kdang terlalu ingin menonjol sehingga ia tidak melambangkan seseorang yang sangat sayang akan kekasihnya.

Watak Adib nampak gaya ada pelbagai intonasi dimainkan. Wataknya dimainkan dengan penuh karektor. Cuma ada masa dan ketika, watak Adib tenggelam (mungkin lontaran tak jelas).

Kesan teknikal sedikit tidak kemas terutama ketika lagu dimainkan. Pujian diberikan kepada produksi kerana berani untuk membawa teater yang berbentuk begini kerana elemen yang wujud di sini sebenarnya sukar untuk dibawa bagi mereka yang tidak mempunyai asas teater yang kukuh.

* 2.5 bintang

Teater: Tambat kaki

Bagi saya ini merupakan teater yang ada kelainan dalam persembahannya. Dua watak yang wujud iatu watak Yang Berhormat dan watak Mat Gian (penghisap dadah). Memang bagus, tapi boleh diperkemaskan lagi bagi menghasilkan sesuatu naskah yang menarik.

Lakonan YB bagi saya sederhana sahaja. Ada sesetengah perkataan tidak dilontarkan dengan baik, tapi ia cuma kesalahan yang minimum. Watak pembantu YB juga menarik, tetapi apabila ia terlalu keterlaluan sebenarnya boleh menghilangkan watak YB yang sedang berucap..

Watak Mat Gian menimbulkan sedikit tanda tanya pada saya. Adakah mereka ini mat gian yang gila atau mat gian yang sedang berkhayal? Bagi saya ketiga-tiga watak ini boleh digali dengan lebih dalam untuk menghasilkan sesuatu yang memberi kesan kepada penonton. Lontaran vokal ada kalanya kurang jelas, malah cerita disampaikan pun kadang-kadang saya sendiri pun tak faham. (lontaran perlahan)-saya berada antara barisan belakang.

Watak makcik setinggan bagi saya tidak begitu berkesan. Dia tidak bijak dalam menukar emosi dari watak marah dan tak puas hati kepada watak sedih. Ada masanya, dialog dituturkan tidak jelas.

Cerita ini boleh diberikan kredit kerana jalan ceritanya begitu mendalam dan banyak menyentuh tentang isu sosial. Ia mengangkat nilai pemikiran mengenai masalah yang melanda negara pada masa kini.Tahniah pada produksi kerana bagi saya, pemilihan cerita ini tepat kerana ia wujud elemen komedi, sedih, marah dan gembira.

* 3 bintang

Secara keseluruhan, idea untuk membuat pementasan ini adalah suatu yang bijak. Ia mampu memberikan pendedahan awal kepada produksi bagi belajar mengenai kaedah yang baik dalam menghasilkan sesuatu pementasan. Banyak lagi yang perlu anda pelajari terutama sekali dari teknikal pementasan kerana ia amat penting bagi menghidupkan jalan cerita anda.

Selain itu, adalah amat penting mengkaji sedalam-dalamnya skrip, watak dan jalan cerita sebelum anda membuat persembahan. Nasihat saya, ambilah skrip yang mudah dan seronok untuk anda lakonkan, insyallah..ia mampu menghasilkan sesuatu yang menarik. Apa-apapun tahniah pada Senandika dan saya bangga mempunyai pelapis Senandika berbakat besar seperti anda.

Ingat Senandika..sweet sangat!!


Pesanan>>>>Abang Raja Azrul: Ex-Senandika 2009

10 comments:

Melody said...

Thanks for the review. Aku memang tunggu review dari kau. Maklumlah, aku tak boleh tengok, hanya boleh baca saja. (tak ada orang rakam ke untuk aku di kejauhan ni?)

Pada Senandika, tahniah juga dari saya di atas usaha anda. banyakkan belajar (dan praktikkan), barulah lebih berjaya.

Eh Azrul, by the way, cerita Teruk dan Tambat Kaki ni teater yg kita patut tgk sama2 kat KL ari tu tp ko plak kena balik awal. Haih.

Satu lagi. Aku tanak mengaku aku Ex-Senandika boleh tak? Amek keahlian seumur hidup tak boleh ke? Huhu.

Raja Azrul said...

huhuhu...yup, mereka berusaha jugak untuk menghasilkan yang terbaik!! Memang sesuatu yang boleh dipuji.

Aku memang nak tengok projek KOKEN tu..tapi takda kesempatan, takpe..yang penting aku dah tgk PGL (jengan jeles)...

Senandika dengan ex senandika adalah dua perkara berbeza..dan itu harus kita terima ...

Daoz said...

kak mel,sy pn xtgok teater tu sme wlupn ade kt ump..huhu..clash dg function laen plak..tp atliz mlm nnt tgok last teater,kerusi.

mocQachinno said...

Thanx for coming Abg Raja..insyaAllah mne yg kne perbaiki tu kami akan btulkan and improvekan lg. This is a first try for most of us. We've learned a lot in the process and there's still a lot more to learn.

Btw, once a Senandika always a Senandika.

Senandika...sweet sgt!!

Melody said...

"Senandika dengan ex senandika adalah dua perkara berbeza..dan itu harus kita terima ..."

Ko tau, inilah satu perkara yang aku tak boleh let go dari dulu sampai sekarang. (dan reason paling top mengapa aku tak boleh lupakan UMP) Degilnya hati aku nak terima hakikat ni. Huhuhu....

PGL? Huhu...3 kali aku terlepas!! Tapi kalau ko tengok dengan aku mesti lagi best kan? Setakat tengok dgn Azril mana best. Hehehe.. (Tak pasal2 Azril jadi bahan...Jgn mrh bro)

Sengal Ubi said...

salam. terima kasih kerana sudi hadir ke fiesta teater ini. saya sangat mengharap kerabat alumni untuk mementaskan teater di stor teater, dewan bahasa dan pustaka. jangkaan saya dalam semester depan. kami di sini boleh membantu dalam produksi. insyaAllah dalam semester depan, kami akan adakan fiesta monodrama pula.

patungcendana said...

I dah update...

bila u all nak datang sini lagi...best...sebab I tak payah drive...hehehe...

patungcendana said...

kita orang dah pegi karaoke dgn dayat dua hari lepas...best...

next time u dtg kita gi lagi...:-)

Pegawai Khalwat said...

Titik jangan tak titik.

Ketiga-tiga naskhah itu memang dari projek Koken yang sempat aku tengok. Pastinya kalau nak membandingkan hasil kerja Namron dengan depa ni tidaklah adil.

Cuma dari komen hang, aku nak berpesan pada yang nak berteater (kalau sudi mendengar), pilihlah naskhah yang kita rasa kita boleh faham dan angkat.

Aku pernah banyak kali buat kesilapan tu, hasilnya taulah sendiri. Kalau yakin, go ahead.

Raja Azrul said...

mel:-
-yess..aku stuju sangat!!

amir:-
-insyallah..abang akan datang kalau ada masa...

madam:-
-karaoke?? takpelah..we all akan karaoke di kuantan...

pegawai khalwat:-
-memanglah..saya tak bandingkan pun..saya hanya komen apa yang saya nampak..lagipula, adalah wajar ditegur untuk memperbaiki kelemahan diri...