Selamat Pagi cikgu...!!



(Rakan-rakan GSTT SMK KARAK-aku je kumbang tahu di kalangan bunga, hehehe)

Assalamulaikum dan salam sejahtera...

Sudah melebihi dua minggu aku tidak mengemaskini blog pusaka aku ini. Secara kasarnya, dua minggu ini terlalu banyak aktiviti yang perlu aku sertai, dan aku mempunyai kekangan internet. Apa-apapun, pada hari ini, (20 April) sekolah aku sudah mempunyai akses internet. Jadi agak mudah untuk aku mengemaskini blog selepas ini.

Baiklah, aku nak cerita apa yang aku lakukan sepanjang dua minggu lepas...


Kumpulan drama SMK Karak:


Minat aku pada drama dan teater memang tak dapat dibendung. Jadi, pengetua lama (cikgu Rahman) telah menyuruh aku membuat persembahan drama semasa Karnival Bahasa. Setelah kejayaan drama semasa karnival Bahasa pada 2 April lepas, sekali lagi aku diamanahkan oleh Cikgu Maria dan Cikgu Syed untuk melatih pelajar membuat persembahan semasa Lawatan IAB pada 7 April lepas.

Secara kasar, pasukan drama ini masih dalam "underground". Tak ramai lagi pelajar yang sertai. Aku pun malas nak amik pelajar ramai-ramai. Buat masa ini, jumlah ahli tak sampai pun 15 orang. Yang boleh berlakon?? masih di tahap sederhana. Aku percaya, andai aku gilap bakat mereka, mereka boleh menguasai pentas di tahap yang baik.

Sekarang ini aku dalam proses melatih mereka untuk 'Projek Pengganti Zen" yang akan dipersembahkan semasa Hari Guru nanti. Risau jugak, tapi lebih baik aku mulakan dari awal. Bukan apa, aku ingin mereka menguasai latihan asas sebelum melakonkan watak yang sebenar.

Disini, perana aku bukan sebagai cikgu biasa sahaja. Tetapi aku berminat melatih pelajar-pelajar supaya minat dan menghargai teater. Di sini juga aku ingin memaklumkan bahawa pementasan lakonan bukanlah perkara yang main-main. Alhamdulillah, pelakon untuk pengganti zen sudah aku dapat. Huhuhu...


Hi-Tea dengan mantan pengetua:


Macam AF juga, pengetua sekolah aku juga mengalami transformasi. Cikgu Rahman, atau nama panggilan ayahanda Rahman telah bertukar ke SMK Seri Bentong. Jadi, kelab guru telah mengadakan majlis Hi-Tea di Hotel Awana, Genting Highlands pada 8 April lepas. Huhuhu...seronok juga sebab lama sudah aku tak pergi ke Awanan ni. Makanan dia pun not bad...

Perkhemahan Kadet Polis.

Entah kenapa tetiba nama aku dipilih sebagai salah seorang guru pengiring semasa perkhemahan di Hutan Lipur Lentang. Alasan normal ialah aku adalah guru lelaki dan masih bujang. Jadi, aku gagahkan diri berkhemah di sana pada 7-9 April. Walaupun selama 3 hari, suasana di sana seronok!! Tenang melihat desiran air sungai, tanpa perlu aku memikirkan keserabutan kelas di SMK Karak.

Disini, aku hanya menjadi pemerhati buat segala aktiviti. Dan, pada malam penutup, aku dilantik menjadi hakim untuk Malam Kebudayaan. Siapa sangka SMK Karak telah menang dan menjadi johan peringkat daerah dalam 4 acara dipertandingkan termasuklah Malam Kebudayaan. Tahniah pada semua murid yang terlibat!!


Oklah..sebentar lagi aku ada kelas. Hehehe..kelas peralihan. Bahaya kalau lewat masuk kelas ini. Bukan apa, pelajarnya tak reti duduk diam. Minggu lepas, 3 nama budak peralihan aku telah berikan pada Cikgu Socka, 5 beg aku telah lempar ke depan dan 3 buah buku aku dah lempar!!! Hehehe..jadi cikgu bukan senang tahu!!

Huhuhu...jumpa lagi!!

Comments

Melody M. said…
bila ko ckp kumpulan drama ko underground, sikit org, tak ramai yg join, aku teringat sejarah mula2 drama team kuktem dulu. (aku ni takde lain kan, nk terkenang2 je kejenye)

lempar beg? lempar buku? huh..hehe..tak heran...aku pnah nampak ko jemur org kat tgh panas, suh org ketuk ketampi atas pentas, dan sebagainya..ko ni mmg garang jgk eh.. (membayangkan ko yg sedang marah di depan kelas)


jadi cikgu memang bukan senang. tapi tahniah sbb ko sedang berusaha utk mendidik anak2 muda. bkn semua org boleh buat. :)
Raja Azrul said…
yup..thanks mel. Memang betul bukan senang nak jadi cikgu. Baru je aku kluar dari kelas peralihan..guess what? ada seorang budak cedera di tangan kerana bermain tingkap...

aku kekadang garang..kekadang kena baik gak..huhuhu..actually, aku memang rindu senandika dahulu...entahlah kenapa yer?
- j o h a r i - said…
weh..
seronok plak rasanya jadi cikgu beb
dpt camping semua
krg hari guru msti ko dpt byk dpt hadiah kan..bg aku skit ok
patungcendana said…
hehehe...selamat pagi cikgu azrul...anak murid u panggil u cikgu apa?

bila nak turun kuantan lagi?...I nak naik kereta u...
wiwita said…
wehh.. cikgu rahman halib ke x pengetua ko tu?? huhuhuuu... die tu cikgu aku dulu masa kt sek.men.bentong.. huhuhuhu... mmg aku xleh larik dari die laaa..
Raja Azrul said…
johari:-
-alah..biasa je..seronok bila dapat budak-budak sekepala ngan kita...

madam:-
-anak murid i panggil i cikgu raja azrul..huhuhu. Datang kuantan?? malas lah..kuantan tak best!!

wiwit:-
-cikgu rahman bekas pengetua aku, sekarang dia kat SMK Seri Bentong, yang bestnya..cikgu rahman tersangatlah kenal mak aku, bapak aku dan pak ngah aku!!!
Wanpetunjuk said…
Salam brother,

Lama sungguh aku tidak mencemar ruang legar ini. Tersenyum bila melihat kau semakin serasi dgn apa yang kau hadapai sekarang....Alhamdulillah tanda kita bersyukur dengan pemberiaannya.....

Aku ada pulang ke Kuantan tempoh hari selama 11 hari...tidak sesekali berkesempatan bertemu rakan2...pecutian singkat yang telah dihadiahkan dengan pelbagai ujian dan cabaran....

sesekali melalui Karak...sudah pasti teringat akan kau...ingin berhenti melihat seseliling barangkali jasad kau tidak semena berada di sana....semuanya angan2 bukan???

Selamat maju jaya....kau tetap berada di ingatan ini sahabat!
law said…
morning sir..
baca ttg kisah ini terkenang jgk msa sya mengajaq sbntar sbg guru ganti sblm msk ump nie..
hmm..kenangan yg xdpt sya lupekn.. :)

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...