13 Mei 2009

Hari ini adalah 13 Mei 2009…

Aku bukan nak buka lipatan sejarah apa yang berlaku pada masa lepas, tapi aku nak bercerita mengenai keadaan aku pada masa kini..

Beberapa hari lagi adalah hari persembahan drama Pengganti Zen. Memang penat untuk menghasilkan persembahan ini. Banyak lagi ruang kosong yang belum aku tampal.

Sebenarnya, semasa aku membuat projek ini, aku teringatkan SENANDIKA. Entah kenapa aku amat rindu saat-saat manis bersama teman lama seperti Azwan, Zamrie, Mel, Azril, Syikin, Nida dan beberapa orang junior aku (tak mampu aku nak sebutkan di sini). Tapi kenangan bersama mereka amat aku rindui!!!

Seperti pengalaman lepas, projek aku ini tak terlepas dari pelbagai masalah. Ada juga suara sumbang mengatakan projek aku ini sia-sia. Entahlah, bagi ia bukanlah suatu usaha sia-sia. Bagi aku, drama adalah medan yang paling sesuai melatih pelajar menjadi seseorang yang berkeyakinan tinggi. Aku juga ingin melatih mereka belajar dari sudut pengurusan yang mana ia amat penting ketika kita berada di IPT nanti.

Aku tutupkan mata, pekakkan telinga…teringat pesan Rozaini, kawan aku sama-sama GSTT yang turut terlibat dengan persembahan in i…dia juga menasihatkan aku supaya fokus dan buktikan bahawa Hari Persembahan nanti akan menjadi platform awal seni pementasan SMK karak.

Memang tertekan juga dalam menghasilkan projek ini. Niat aku baik, bukan untuk merosakkan pelajar, tapi bertujuan melatih mereka membuat sesuatu yang berfaedah. Dari sudut lakonan, entahlah..2 hari Haqim tak datang, kerana dijangkiti demam. Risau gak, takut Haqim tak boleh berlakon. Tapi setakat latihan terakhir pada hari Isnin lepas, kesemuanya dalam keadaan baik ( masih boleh diperbaiki).

Dari segi persediaan props dan kostum..urgh..banyak betul nak kena buat!!! Tapi aku anggap ini adalah cabaran…so far, kostum sudah sedia, Cuma props akan disiapkan selewat-lewatnya pada Khamis petang….

Hari ini juga merupakan permulaan bagi peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 5 dan
4 .Aku taklah risau sangat sebab aku hanya mengajar dua kelas tingkatan 5. Cuma aku agak risau prestasi pelajar kelas aku iatu 5 sains ( aku kan guru kelas sekarang ini) hehehe…tak tahulah bagaimana mereka nak menjawab Add Math yang majoriti mereka agak lemah dalam subjek ini…..

Cuma aku nak berkongsi pandangan dengan pembaca budiman…sudah pasti kalian semua pernah mengalami stress ketika bekerja. Kadang-kadang kita bukan stress disebabkan kerja, tapi orang sekeliling…ooppss…bahaya kalau aku coretkan di sini..tapi sebagai orang professional, sudah pasti kita kena terima dengan hati terbuka.

Bagi aku, apabila kita sudah bekerja, kunci utama adalah dapatkan “passion” terlebih dulu. Apabila kita sudah dapat “passion”, maka semestinya kita akan bekerja sehabis baik….

Erm…apa lah yang aku merepek ni..ok ar..lebih baik aku sambung kerja aku menyiapkan poster, kad jemputan dan pamplet berkaitan Pengganti zen..ada masa aku akan cerita lagi…
Oh yer..ini beberapa gambar pelakon dan produksi Pengganti Zen..kiranya, bakal pelapis SENANDIKA ar agaknya..hehehe (picture semasa latihan)









Comments

patungcendana said…
bagus la...at least ada gak experience budak2 smk karak dlm bidang theatre.

aku promote kawan aku aloy_paradoks punya event...

Gua menjemput sahabat bloger dan bukan bloger sekalian sudi tampil membuat persembahan bertemakan "Dunia Gelap" di pondok buruk kami di Laman Budaya. Masih format yang sama,, bersila, berpuisi dan berakustik serta ditambah elemen permainan teater. Anda mahu bermonolog? Bernyanyi? Bersajak? Memetik Gitar atau apa saja? hubungi kami agar dapat bersama menjadikan seni itu lebih bermakna.

Dan kali ini gua menjemput insan yang pernah sesat hidupnya dalam "Dunia Gelap" untuk berkongsi cerita dengan kalian tentang pengalamannya.

Hubungi kami seawal mungkin dan kami mahu nama anda atau kumpulan anda untuk dimuatkan dalam poster.

Tema Kejadian : DUNIA GELAP
Tarikh Kejadian : 19 Julai 2009
Tempat Kejadian : Laman Budaya Shah Alam (Pondok Buruk Kami)
Masa kejadian : 8.15 Malam sampai Habis.
Hubungi :
Aloy 012-6293327
Adam 017-3288562
Reza 013-2001097

you minat theatre kan...masuk la blog dia...dia memang pelakun pentas...ada link kat blog I.
Nyda Zamani said…
kata orang jangan diambil pusing sangat
hidup dengan kata orang bleh mati wooo..huhuhu
mungkin diorang tak faham niat kita
all the best abg raja
kami sentiasa sokong kamu!!
FendyHekka said…
erm... wah kipas gitew... dgn aku xnk timer kasih ke? ha3
azwan bamadhaj said…
tahniah.. hidup memang penuh pancaroba...

namun aku yakin ko boleh mengatasinya..

alah, kalau dekan hep pun ko bleh lepas.. inikan pula cikgu sekolah..

hahahahah
Raja Azrul said…
madam:-
-ok..nanti i tgk dulu dalam u punya blog...hehehe...

nida:-
-yup..orang mudah membuat tanggapan tapi tak tahu hal yang sebenar...

fendy:-
kipas?? napa nak terima kasih pada ko?? oh yer pasal tolong download dulu..yup, tq!!

azwan:-
-memang begitu hidupnya..UMP banyak mengajar aku erti cabaran di tempat kerja..nasib baiklah aku aktif time kat UMP dulu..hehehe.
- j o h a r i - said…
bagus2
mane la tau satu hari nnti bdk2 ni jadi pelakon teater yg popular, mesti ko gak yg bangga kan
caya la
Melody M. said…
aku paling suka komen azwan yg part last tuh...sokong!! hehehe.. chill, zrul!

n aku setuju sgtlah pasal kita kena buat keja kita dgn full of passion tuh. memang betul. all the best utk projek nih!
Raja Azrul said…
mel:-
tq sangat2...tapi tuan ukyo kena demam pulak..hampir seminggu tak datang sekolah...takutnya aku!!!
Mr Final said…
kepada abg raja, seorang individu yang sgt berdedikasi.. Selamat Hari Guru!

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...