Hari guru sekolah aku

Assalamualaikum…

Lima hari aku tak update blog. Biasalah..aku kan tengah sibuk dengan persediaan menyiapkan soalan peperiksaan bagi tingkatan lima. Oklah..untuk penulisan kali ini, aku nak ceritakan bagaimana kejayaan sambutan Hari Guru di sekolah aku.
Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. Tapi untuk 2009, 16 Mei jatuh pada hari Sabtu. Maka sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada hari Isnin (18 Mei 2009). Kalau dahulu, setiap kali tibanya hari guru, aku akan menyambut dengan mengucapkan “Terima kasih cikgu” tapi kali ini berbeza. Anak murid aku pula yang mengucapkan perkataan keramat tu. Tak kurang juga beberapa rakan aku yang turut mengucapkan perkara yang sama pada aku!! Terima kasih.

Bila dah jadi guru ini, baru lah aku faham bagaimana perasaan terharunya seorang guru apabila ada anak murid kita mengucapkan SELAMAT HARI GURU!! Besar sangat maknanya!! Iyalah, kalau aku jadi jurutera..belum tentu aku dapat merasakan nikmat ini (hehehe..mana ada hari jurutera?? Betul tak?) Buat semua warga pendidik…aku ucapkan terima kasih amat sangat!! Aku berbangga kerana aku mengajar di sekolah lama aku sendiri!! Aku tak lupa pada beberapa orang cikgu lama sekolah aku itu yang telah mengajar aku seperti cikgu Socka, Cikgu Yap, Cikgu Lee Mei Yi, Cikgu Chan Mei Fong dan Mr. Ooo…hehe!! Tanpa mereka, tiada lah aku seperti sekarang ini.

Sambutan Hari Guru sekolah aku diadakan dalam keadaan sederhana tetapi meriah Buat pertama kali, aku kena menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Ikrar guru. Rasa kekok pula kerana dahulu aku hanya melihat guru-guru aku menyanyikan lagu tersebut. Hehehe..tapi its fun!!

Seronok…simbolik perasmian, apabila Tuan pengetua menyalakan api di tengah dataran menandakan simbolik guru sebagai lilin membakar diri.
Oklah..itu cerita pertama. Cerita yang aku nak share ialah kejayaan drama “Pengganti Zen”. Alhamdulillah..setelah sebulan praktis, pelajar-pelajar aku telah membuat persembahan dengan jayanya pada sambutan hari guru. Dewan Terbuka penuh dengan ratusan murid dan puluhan guru. Iyalah, cerita ini aku turut promosikan melalui kad jemputan dan poster. Hehehe….

Aku mengambil adaptasi teater yang pernah dipersembahkan oleh UM semasa festival teater, dan aku rendahkan tahap cerita supaya sesuai dengan tahap sekolah menengah. Alhamdullillah, pelakon-pelakon cilik ini dapat menghayati watak dengan baik. Cuma ada sedikit gangguan teknikal dan gangguan bunyi dari penonton menyebabkan cerita ini tidak dapat disampaikan seratus peratus.

Dari segi props, mungkin ada sedikit kekurangan..al maklumlah, mana ada banyak bajet. Tapi cukuplah sekadar ada..kerana bagi aku, mutu teater adalah terletak pada pergerakan dan lakonan pentasnya. Hehehe..dan kostum pun Nampak menarik. Iyalah, aku dan Rozaini hanya menggunakan apa sahaja yang ada untuk mencipta kostum pelakon-pelakon ini.

Practice make perfect!! Itulah prinsip aku dalam membuat kerja..aku sering nasihatkan anak murid aku, bahawa dalam seni persembahan..kita perlu ada latihan secukupnya sebelum membuat persembahan. Walaupun persembahan kita hanya 20 minit, kadang-kala kita perlukan lebih dari 2 minggu untuk membuat latihan. Huhuhu, itulah dunia teater sebenarnya..

Setelah menyiapkan projek pengganti zen ini, aku kena fokus kan pula pada murid-murid yang nak ambil exam. Ada beberapa orang pelajar dah berjumpa dengan aku dan minta aku mengajar Matematik. Ada juga pelajar kelas Sains minta aku ajar Add Math.

Adoi..terpaksa lah aku buka pula buku-buku lama bagi mengingatkan kembali apa yang telah dipelajari. Bukan apa, kalau tak tolong, rasa kasihan pula. Hehehe.
Dalam dua tiga hari ini, aku terpaksa lah membuat kelas tambahan Matematik kepada pelajar tingkatan dua dan satu. Huhu..minggu depan, mereka semua akan exam. Dan selepas pengganti Zen, ada beberapa guru mintak aku buat cerita melalui dalam KOMSAS pula, erm..aku rasa nak buat penunggu pusaka?? Amacam ok tak??

Oklah..aku rasa itu sahaja aku nak cerita kali ini. Actually aku tengah tunggu Azril, sebab dia kata nak wat reunion ex-senandika pada bulan Jun ini. Entahlah..aku pula rasa nak bawak anak-anak murid aku ni jumpa bebudak Senandika..mana tahu..boleh dapat inspirasi. Oklah..aku upload kan beberapa picture..korang tengoklah yer (sori ada picture blur sket..)..tq!!

“The mediocre teacher tells
The good teacher explains
The Superior teacher demonstrates
The great teacher inspires…”









Comments

lintah said…
bukan salah produksi "pengganti zen" tapi...

allooo bro..
tahniah! pementasan yang hebat dengan bakat cilik yang berbakat.

semalam aku memang tunggu sangat pementasan ni. buarpun hanya pementasan yang 'kecil'.
semua orang teruja...sebab tu penonton semua cempera bila pementasan dah mula.

cerita, prop, promosi dll memang menarik bro... tapi sound system KO la bro... bukan salah produksi...

aku yang duduk di barisan guru... apa pun tak dengar.. aku memang bergantung kepada sinopsis untuk tahu hala tuju cerita...
yang aku dengar jelas...
"alamakkkk.... bini aku..."

thanks
- j o h a r i - said…
aduhai cikgu raja..
kalo dulu mngkn badanya sama dgn budak2 sek itu, tapi sekarang sudah nmpk semakin membesar..
senang hati ke jadi cikgu ni? hehehe
Wanpetunjuk said…
Salam...

Selamat hari guru buat kamu!
Melody M. said…
tahniah, berjaya jugak ko mementaskan pengganti zen ni. pastinya hari guru tahun ni ko sambut dgn perasaan berbeza kan. all the best!

p/s: ala...nk pergi jugak reunion ex-senandika!! tak aci! tak aci!
Raja Azrul said…
lintah:-
-huhuhu..thanks sangat2..sebenarnya, teknikal adalah di luar kawalan saya..tapi tak mengapa, ada rezeki, akan dipentaskan lagi khas buat semua guru...

johari:-
-senang hati lah juga..ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..

dayat:-
-Thanks...

melody:-
-reunion?? sure aku akan pastikan ko terlibat sama..hehehe. Kita kan sehati sejiwa..cewah!!
Melody M. said…
bagus...aku tunggu berita projek ko tuh. ehe.
Raja Azrul said…
mel:-
-projek?? hehehe..tak tahu ar bila leh wat..

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...