Travel

Travel

Mengira detik

Monday, May 11, 2009

sesuatu yang lain...



Terus terang aku katakan..semasa aku mula-mula membaca akhbar mengenai kemengan filem ini, naluri aku sudah berkata, bahawa filem ini memang hebat!! (Tanpa melihat trailer atau sneak peak).

Akhirnya apabila aku mendapat softcopy daripada Fendy, aku terus menonton filem yang berdurasi 1 jam 45 minit. Memang hebat, superb…marvelous…terbaik…sampai aku sendiri tak tahu apa lagi bentuk pujian yang wajar aku berikan.
Memang tak hairanlah filem ini menang besar semasa Anugerah Oskar baru-baru ini..dan aku setuju dengan komen majority wartawan bahawa inilah antara filem terhebat dalam sejarah Hollywood…

Aku boleh katakan, selama aku menonton wayang ataupun filem..inilah naskah yang cukup kemas dan menggamit aku untuk menonton dari awal hingga ke akhir. Aku tabik dari segi sinematografi, jalan cerita dan lakonan dalam file m ini. Aku juga puji lagu-lagu dan muzik yang berkumandang di sepanjang durasi cerita ini.

Paling aku suka kerana filem ini menggambarkan akan suasana sebenar masyarakat di India. Filem yang sarat dengan banyak nilai moral sudah semestinya wajar ditonton oleh semua orang…




Aku tabik…SLUMDOG Millionaire…..TAHNIAH!!!!

Erk…apa kaitan filem ini dengan aku?? Takda kot!!

5 comments:

Melody said...

aku dah tengok! beberapa kali. memang superb!

Raja Azrul said...

mel:-
-yup..memang tak dinafikan lagi..aku tengok dah banyak kali...

azwan bamadhaj said...

yup. memang best...

Richeal Phil @ Ritz ^-^ said...

best bangat... mengalor air mata tgk (hilang macho tuk 2 minit) keke

Raja Azrul said...

azwan:
-yup...

Richeal:-
-mengalir air mata?? takkan hilang macho pun...