Kerja aku : S.E.N.A.N.D........

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Fuh, penat juga minggu ni. Bermacam-macam perkara aku kena lakukan untuk selesaikan satu per satu perkara. Esok akan ada lawatan khas pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam ke sekolah aku. Seperti lazimnya aku terlibat dengan persembahan pelajar.

Untuk kali ini, aku hanya mengendalikan tarian sahaja. Malas aku nak buat lakonan, lagi pula persembahan ketika tetamu sedang menjamu selera. Tapi latihan masih lagi rongak. Sabtu dan Ahad lepas terpaksa aku membatalkan latihan kerana beberapa urusan yang tak dapat dielakkan. Petang Isnin pun aku terpaksa membatalkan latihan kerana aku terpaksa menghantar kereta ke bengkel, cermin sisi kereta aku pecah. Ces....

Jadi hari ini, merupakan masa genting untuk aku melatih pelajar supaya persembahan esok berjalan dengan lancar. Esok adalah hari penentunya. Biasalah, aku agak cerewet kalau melatih pelajar buagt persembahan ni..hehehe.

Teringat aku pada Senandika. Entah kenapa dua tiga menjak ni aku teringat kepada kumpulan teater tersebut. Perasaan aku masih sayang pada Senandika walaupun mereka sudah jauh dengan aku. Aku yakin, bulan ini akan bertambah lagi ahli Senandika kerana kemasukan pelajar baru ke UMP.

Aku menelefon Azril hari Ahad lepas, dia pun sama, mengatakan bahawa dia pun tak berapa ambil tahu pasal Senandika. Entahlah..aku tak kisah sangat, tapi kalau ada kesempatan memang teringin benar nak berjumpa dengan pelapis-pelapis senandika. Ingin berkongsi cerita, dan bermacam-macam lagi lah..huhuhu.

Buat masa ini, aku hanya fokus kan pada pasukan teater sekolah aku. Sebenarnya aku telah ditawarkan oleh seorang juri teater negeri Pahang untuk menghantar pasukan ke kuantan, tapi kebetulan waktu festival bertindih dengan beberapa event sekolah, maka aku terpaksa membatalkan hasrat terebut. Tak mengapalah, jika ada rezeki tahun depan boleh cuba lagi.

Bercakap juga pasal teater, ada beberapa teater akan dipersembahkan di DBKL dan stor DBP. Aku berhasrat nak bawa pelajar-pelajar ini menonton teater. Hmm...kalau bolehlah. Bukan apa inilah masa nak dedahkan mereka dengan teater yang sebenarnya.

Oklah, ada banyak lagi kerja nak aku selesaikan. Kalau ada rezeki, budak-budak junior debat kita akan berjumpa hujung minggu ni. Bolehlah berkongsi idea dan pengalama..(perlu ke?) hehehe..adios!!

Comments

azwan bamadhaj said…
tempat jatuh lagikan dikenang,

inikan pula tempat bermain.....
PuTeRi CaHaYa said…
pendedahan awal...bawa je..
puteri br je abis show utk festival teater..
blh la tahan penat nyer...
huhu...

toing!!
salam
(",)
Melody M. said…
lebih dari sekadar tempat bermain, aku kira. :)

aku nak lah join ko tgk teater tu. bila baca mesej ko, teringat pulak masa kita bengkel lakonan dgn fauziah nawi. hahaha.
Raja Azrul said…
azwan:-
-inikan pula tempat bekerja (sambungan..)

puteri:-
-memang penat kalau nak buat satu pementasan..kita akan puas bila melihat penonton puas menonton persembahan kita...

mel:-
-boleh jer..aku ok jer..kalau ko datang KL, kita leh tengok sama-sama...

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...