Perpisahan



Salam bahagia

Hari ini merupakan permulaan untuk bulan tujuh ( bulan Julai). Sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu. Aku terasa baru semalam aku mendaftar masuk mengajar di sini, rupanya dah tujuh bulan aku disini.

Hari ini juga bilik aku sunyi kerana 4 orang GSTT yang aku sudah anggap sebagai kawan rapat telah pergi. Seorang telah bertukar ke SK Bandar Raub untuk menjadi GSTT pemulihan. Yang tiga orang lagi menyambung belajar di UPSI bagi kursus diploma pendidikan lepasan Ijazah.

Aku sebenarnya suka berkawan dengan mereka. Haireen, Zaini, Noryn dan Haslina. Mereka berempat memang sporting. Haireen adalah orang yang ceria sekali. Dan dia memang sekepala dengan aku. Al maklum ar, dia juga bekas jurutera macam aku. Lazimnya, kalau ada soalan matematik yang aku tak tahu, Haireen lah tempat rujukan aku. Dan, Haireen juga adalah orang yang paling senang nak minta tolong terutama kalau bab berkaitan subjek. Hehehe...

Zaini adalah cikgu yang banyak membantu aku ketika Projek Drama Pengganti Zen yang lepas. Memang penat, tapi bila dia ada datang membantu, alhamdulillah, banyak perkara dapat dipermudahkan. Selain drama, aku dan dia suka cakap sarawak..hehehe. Dok klaka sarawak kitak ya tok!! Sik paham...?? hehehe...bukan apa, Zaini dah 4 tahun belajar di UNIMAS. Jadi tak hairanlah, aku suka bercakap dan belajar cakap Sarawak dengan dia. Bila sebut cakap sarawak ni, teringat gak kat Mel, Syikin dan Tito. Hehehe...

Noryn seorang guru yang happy go lucky. Paling best, dia ni jenis suka psycho budak-budak. Aku suka tengok cara dia mengajar. Hehehe..lazimnya aku akan berkongsi cerita mengajar sivik tingkatan lima. Aku juga suka berkongsi cerita budak kelas 2H, yang mana dia selalu digosipkan dengan seorang budak india kelas tersebut. Kelakar bila mengenangkan cerita itu..hehehe.

Haslina guru baru masuk pada Mei lepas. Tak banyak sangat aku tahu pasal dia, tapi sejak 2-3 minggu ni, aku banyak perkara yang kami kongsi bersama. Dia suka bercerita pengalamannya mengajar diSMK Chemomoi. Huhuhu...

Begitulah lazimnya kehidupan. Pasti akan perpisahan. Tapi kalau ia berlaku ia tidak bermakna dunia akan berakhir. Banyak lagi saat manis akan menanti. Bila disebut tentang perpisahan, takut jugak aku..hujung tahun ini penentu segalanya.

Jika aku tak dapat menyambung kontrak, maka aku harus mencari kerja lain. Jika dapat sambung, aku harap biarlah di sekolah ini juga (ini doa aku!). Rasional aku mudah..kerana ini adalah sekolah aku dan SMK Karak lah yang menjadikan aku seperti ini pada hari ini...

Terima kasih...

Comments

FendyHekka said…
Bleh pakai ke rasional tu... macam ada agenda tersembunyi jer...
Melody M. said…
perpisahan memang tak best. tp sekarang aku sudah lali dengan perpisahan. <---saja buat ayat konon² keras hati. haha.
Raja Azrul said…
fendy:-
-berhati-hati bila berbicara...

melody:-
-tahu takpe..tapi ini dah adat dunia nak buat macam ne..
hairin said…
hai....

sorry it's to late to reply...
baru dapat wireless connection.
phone coverage very5x poor nikan plak broadband w1 ke etc. korang cam ne kat sana? life suck kat cini. we've been treated unfair. cian kat kiteorang. aku x blajar kat kampus tp kena kuarantin kat proton city. hari2 aku tengok roli trailer bawak kuar kete persona, gen2 tapi yang pelik 2 savvy pun kuar lg. aku duk kat hujung dunia tanjung malim berbackgroundkan palm oil estate and banjaran titiwangsa..
tapi noryn lagi hebat........
jalan masuk dahla sunyi tepi2 jalan 2 rumah kedai yang dah kena tinggal dekat plak ngan jirat cina. aku pun takut nak g lawat dier.. jadual tak sama dia bdak sivik aku bdak teknikal. jadual tak sama jadi jarang jumpa.lagipun hari jumaat aku free 1 hari dia ada kelas dari kul 3-5 sambung plak 8-10 mlm. haslina lagila masa orentasi je aku jumpa die. aku rindu kat bunyi loceng......hahahaha
kla..
kem salam kat kawan2 kita.
kak ina mesti dh sarat kan?
pesan kat die hati2!
hairin said…
besook aku datang sekolah......
jumpa sok.......
Anonymous said…
hai...
assalamualaikum..
kalau x silap aku minggu ni ko jadi guru bertugas kann? so cam ne? best x? ko ke yang berucap hari isnin lepas?
aku tengah bosan kelas ari ni cancel sebab h1n1. hahahahaha.....
xtau sampai bila yang pasti kes belum comfirm.
haireen said…
hai....
assalamualaikum...
upsi confirm h1n1.
about 7 people ismp students infected with this virus.
tapi yang musykilnya ada pelajar yang infected bleh kuar dari tempat kuarantin and beli tiket keretapi balik kg. betapa sengalnya bdak 2. ingat virus ni bleh buat main agaknya.pelajar upsi diberi cuti sampai 9 ogos. tolong bgtau kawan zam yang ambik master kat upsi 2. aku lupa nama dia. takut dia tak tau. tapi pelajar pasca siswazah aku tak tau prosedur ganti kuliah dia cam ne.
noryn pun dah 2 hari demam. tapi bukan kena virus 2. besok aku balik kg. siap pakai mask lagi......hahahaha.. untuk safety. sanyang nyawa ('',)takut virus ni dah spread kat pekan tg. malim.

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...