Travel

Travel

Mengira detik

Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad : Touch

Salam bahagia...

Sekali lagi dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian Allaharyam Yasmin Ahmad, sutradara terkenal perfileman tanah air. Buat mereka yang tak kenal, Yasmin Ahmad merupakan seorang pengarah filem seperti Sepet, Gubra dan Talentime. Selain itu, dia juga merupakan pengarah bagi iklan pendek yang lazimnya dibuat oleh Petronas.

Kehilangan beliau bermakna kita kehilangan sebutir lagi mutiara di tanah air ini. Aku bukanlah peminat filem Yasmin Ahmad, kerana kebanyakan filem dia bagi aku macam ada yang tak kena. Tapi aku suka cara dan penghasilan karya beliau. Antara yang aku suka ialah Filem Talentime yang aku tonton pada Mac lepas.

Tetapi itu sudah adat dunia, yang datang pasti akan kembali. Buat penggiat filem tanah air, kita seharusnya mencontohi karya Yasmin yang lebih mirip pada konsep Malaysian...tahniah!!

Apa-apapun..dia telah pergi. jadi kita sama-sama sedekahkan beliau Al-Fatihah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat...

2 comments:

- j o h a r i - said...

kalo la terpaksa gak tgk filem malaysia kt wayang, aku lebih sanggup tgk crte2 yasmin ahmad drpd tgk crte2 prof razak mohaidin

azwan bamadhaj said...

al-fatihah