Monolog: Aku dan Rerama




Aku:

Aku kata diam!!!!! Jangan cuba bersuara, jangan bercakap dan jangan ketawa!!
Aku mahu cerita! Jadi kalian harus diam!!
Oh dunia! Kenapa orang tak faham!! Kenapa orang mudah salah sangka?
Si rerama datang pada aku, itu ketentuaNya…
Bukan aku pinta, bukan jua kalian pinta..
Aku tak punya apa-apa, aku sunyi..

Cuma aku ada si rerama..
Tapi salah aku jua kah? Terlalu asyik fantasi bersama Rerama..
Salah aku jua kah, bermain dengan ia!?

Aku tak faham mentaliti kalian..?Apa yang kalian mahu? Aku tinggalkan rama-rama?? Oh..oh..itu tidak mungkin..aku cakap..IMPOSIBBLE..
Kenapa? Saat aku sunyi, ia datang, saat aku tertawa, ia hadir. Benar, rama-rama cuma binatang, aku tak boleh bersama ia setiap masa, tapi aku gembira…salah lagikah aku??

Oh dunia!! Aku bahagia andai rama-rama hadir, aku asyik melihat ia terbang menari keliling alam..maka, benarkanlah ia hadir dalam diriku, biarpun tidak lama, tidak tiap detik..

Aduh!! Sakit bila berpisah..tapi aku mahu kalian sedar, aku juga punya naluri, aku tak boleh dikongkong tiap masa, aku punya hati dan sekarang aku mahu lihat RAMA-RAMA…

Terima kasih kerana diam wahai penonton..!!

Monolog diatas aku cipta sebagai satu ekspresi apa yang aku rasa dan gabungan idea dan pemikiran yang aku Nampak dan rasa. Buat mereka yang faham, terima kasih! Buat mereka yang tak faham, tak mengapa. Terima kasih kerana membaca.


Psstt…teringin sangat nak hasilkan teater, tapi kekangan masa, duit dan nak jumpa kawan-kawan. Huhuhu…

Comments

azwan bamadhaj said…
rama-rama adalah serangga, bukan binatang..


tetiba teringat... jangan bunuh rama-rama....
FendyHekka said…
erm... kenapa rama2 x kumbang atau pun mentadak... persoalan disitu...
Raja Azrul said…
azwan:-
-serangga kan kategori binatang lah kan...

fendy:-
-apa salahnya...
Melody M. said…
jangan bunuh rama-rama? aku selalu berangan nak jadi nut atma kalau kena baca teks tu kat sekolah dulu. haha. tapi cikgu tak pernah suruh baca.

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...