Setem dan FFM




Hari ini aku nak cerita dua perkara berkaitan perfileman kita..huhuhu..sekadar pandangan dari insan biasa..

Setem:

Aku dengan gigih dan jayanya menonton Setem dek kerana membaca beberapa review positif dari kawan-kawan dan wartawan. Dengan mengada-ngada, aku book tiket dengan menggunakan tiket online dan terus menontonnya di Berjaya Time square, bukan KLCC..hehehe.

Seronok beb bila menonton filem ini. Ia berjaya memancing aku dari babak pertama hingga lah terakhir. Dari aspek sinematografi, memang itu sudah mainan Khabir Batia. Maka, filem ini berjaya diolah dengan cukup kemas sekali.

Selain itu, lakonan mereka juga cukup berkesan terutama watak Sathiya, Mr. Ani (tak tahu nama sebenar) dan juga Vanidah Imran. Memang asasnya cerita ini adalah cerita komedi,tapi ia juga turut menggabungkan unsur dramatik dan aksi.

Aku pun malas nak cerita lebih-lebih, so korang kena tengok filem ini. Sokong industri kita, tak rugi pun. Tapi satu je aku maklumkan awal-awal, ada beberapa unsur dalam cerita ini tak logik, tapi boleh lagi diterima akal. Yerlah, kalau filem barat tu, lagi berlambak adegan tak logik kan??

Hehehe..satu lagi filem aku rekomen korang tengok ialah The Proposal..Yup!! Memang best, percayalah!!


FFM:



Festival Filem Malaysia kini kembali. Keputusan kita sudah ketahui, iatu Filem Papadom menang filem terbaik. Aku rasa ini pertama kali filem terbaik dimenangi oleh sebuah filem yang belum lagi ditayangkan kepada umum. Menurut Finas, filem ini akan ditayangkan dalam bulan Oktober 2009. Lambat lagi...

Tahniah pada Afdlin, Liyana Jasmay, Jac, Arwah Yasmin, dan juga Salina yang menang award malam tu. Secara overall, majlis malam itu sebenarnya hambar, nak buat macam oscar, tapi tak jadi pun...

Iyalah, ada gimik yang bosan, persembahan dari artis ntah hapa-hapa, pengacara dan sebagainya...hurm....

Tapi takpelah, boleh lagi dibaiki pada tahun depan. Aku punya ramalan ialah filem Talentime dan Setem, tak sangka pulak filem Afdlin menang...

Huhu..rezeki dia..Tahniah!!

Comments

Melody M. said…
oh, aku ingatkan aku seorang je yang merasakan FFM sedikit hambar.

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...