Jadual aku sebelum raya



Assalamualaikum..

Ada sorang member aku beria-ria suruh aku buat facebook..so aku dah buat. Sesapa nak add aku, sila-silalah...raja.azrul@gmail.com. Aku ni masih baru, so banyak lagi benda nak explore. Malas sket nak wat facebook ni, bukan apa, sure nanti berkubur...hehehe..

Ok..stop kejap cerita pasal facebook.2 minggu lagi nak raya..adoi..apa persediaan aku?? Nasib baik baju raya dah beli siap ngan samping skali. Satu je..tahun ni sure kena bagi duit raya.

Tapi mulai esok (8 hb 9) aku sudah mempunyai jadual sedikit ketat. Hehehe..mengalahkan artis pulak. So, kalau blog aku lambat dikemaskini..sorilah bro!!

Kursus Dreamweaver (8/9-10/9)

Dreamweaver?? apa tu?? juadah berbuka puasa ke? hahahaha..ia adalah satu software tuk buat website. Aku akan menjadi fasi ( maknanya kena mengajarlah) guru-guru daerah bentong tentang membuat laman web. Aku sebenarnya tak tahu pun pakai dreamweaver, nasib baik Zamrie dari Sabah membantu aku. Bagilah sikit-sikit info tentang benda ni.

So, tiga hari aku berkampung di Hotel Federal Bukit Bintang. Nasib baik kat tengah bandar, so senanglah kalau aku nak fly shopping raya kejap..MOTIF!!

Reunion 6 Pintar 1996 Sek. Keb Karak.

Hah..ada satu lagi, aku akan ada reunion..bukan Senandika, bukan UMP atau Ben, bukan gak MRSM, tapi reunion sekolah rendah aku. Tapi tuk bebudak kelas 6 Pintar tahun 1996. Lokasinya di Restoran Satay Haji Sahmuri, Kajang. So, kalau sesapa yang baca ni adalah bekas claasmate aku, bolehlah contact aku.

Tarikhnya pada hari Sabtu (12/9). Hehehe..tak sabar nak jumpa member yang sama-sama main masa kecik-kecik dulu. Adoi..teringat kenangan lama!!


KL Got Crazy (Isnin-14/9)


KL lagi...?? Gila ke aku ni?? aku akan segigihnya tuk ke KL hari isnin tu..tuk apa?? adalah...tapi bukan nak jumpa orang tersayang yer!!


KL Got Crazy 2 ( Khamis-17/9)


Sekali lagi aku gila!! Ke KL..tapi ini arahan mama..supaya aku mengambil a.k.a menjemput dua orang adik aku yang sedang belajar di KL. Maybe mama ikut gak sebab dia nak shopping raya. Hehehe...

Balik Kampung (Sabtu-19/9)


Kalau takda aral melintang, aku akan pulang ke kampung pada hari Sabtu. So...Selamat Beraya!!!

Comments

patungcendana said…
amboi jadual...

I tahu siapa yang suruh u buat facebook tu....hehehe...
jumain said…
over jadual...
he3

apa2 pun slamat menghabiskan pose dan slamat hari raya...
ampun maaf di pinta...he3
Melody M. said…
jadual kosong sejak rabu lepas. saja nak cakap yang aku dah mula cuti. haha.

selamat hari raya.
maaf zahir batin.
Raja Azrul said…
madam:-
-hehehe...azwan yang suruh, tapi i macam malas sket nak bukak..

jumain:-
-selamat hari raya gak!!

mel:-
-lor..yeke?? bestnya dah stat cuti!! aku jer belum lagi

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...