apa yang dah aku buat?

Salam sejahtera...

Dah lama aku tak menyentuh blog ini,iyalah asyik dengan facebook je. Tapi jangan risau, blog aku masih aktif. Oklah banyak sebenarnya berlaku pada aku minggu lepas. Jadi aku nak share dengan kalian semua, pembaca budiman.

Last week, minggu agak sibuk bagi aku. 3 hari aku kena pergi Pejabat Pelajaran daerah, menyiapkan Laman Web dengan jayanya. Alhamdulillah, laman web ppd sudah pun siap. Kalau anda nak layari, sila klik sini....

Pada jumaat lepas (9 Oct), laman web ini secara rasmi telah dilancarkan. Terima kasih pada semua yang membantu, terutama pada team aku-Zam, Ain dan Baizura. Tanpa mereka, aku yakin kita tak dapatkan hasilkan laman web ini. Juga aku ucapkan tq sangat pada Encik Zaki, Encik Hazadi dan beberapa orang pegawai PPD yang beri sokongan. Tak lupa pada pengetua dan pentadbir (macam ucapan menang award pulak).


Khamis lepas aku sekali lagi berperang dengan peralihan.Tak tahu lah kenapa yer, time aku masuk jer ada jer budak nak gaduh. Dah tak larat aku nak marah..memang akan cepat tua..hehehe. Inilah cabaran kalau jadi cikgu, kalau dimarah tak makan saman..kalau tak marah, degil..taknak dengar cakap..sabar jerlah.

PMR akan tamat pada hari esok. Lepas ini aku akan jimat 3 waktu. Iyalah kelas 3A tak perlu aku ajar. Mereka akan buat aktiviti selepas PMR. Jangan-jangan ada yang tak datang selepas PMR ni.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI DEEPAVALI pada semua anak murid aku dan juga rakan-rakan aku yang meraikannya...thanks gak yang jemput open house nanti!!

Chaiyok!!! Bye!!

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...