Travel

Travel

Mengira detik

Sunday, October 25, 2009

Latihan debat


Assalamualaikum...

Ketika aku menulis enri ini, aku berada kembali di bumi UMP. Seronok jugak kerana sudah lama aku tak kembali ke sini. Memang dapat jugaklah mengimbau beberapa kenangan manis di sini.

Aku ke sini hanya satu, latihan debat UMP. Latihan ini dibuat atas jemputan Cik Masitah (Presiden Orator) dan kebetulan Azwan juga berada di sini. Hari ini, Ahad tiada latihan debat. Huhuhu...

Seperti masalah yang kerap dihadapi, jumlah mereka yang hadir untuk latihan sama sahaja. Kalau 10 orang hadir, memang muka tu saja. Memang susah nak dapatkan kehadiran optimum. Sepanjang aku berada di UMP (sejak jumaat) hanya 6 orang sahaja hadir. Aku tak pasti adik-adik yang lain pergi mana (termasuk seorang adik pendebat yang berada dekat dengan aku sekarang) ketika latihan. Adakah mereka sibuk dengan test? exam? discussion? atau ada juga yang sibuk bersiar-siar di TC?

Entahlah..kalau aku jadi Mas, mungkin aku hampir give up melihat prestasi junior kali ini. Bukanlah dari segi performance, tapi segi integriti. Maksud aku kehadiran. Jika kita betul-betul hendak berdebat, debatlah. Datang pada masanya, bagi komitmen, tolong mana yang patut. Ini tidak, rata-rata akan datang kalau ada pemilihan debat ke Sabah atau Sarawak. Ada yang gigih hadir semata-mata dengan harapan terpilih mewakili UMP ke sana.

Debat diraja akan menjengah dalam masa sebulan lagi. Kalau ditolak dengan cuti raya haji, peperiksaan, study week, aku rasa waktu latihan memang sedikit. Aku rasa agak rugi jika pasukan debat dihantar ke royal debate tapi masih mendapat keputusan yang sama...

Masalah kehadiran memang selalu berlaku kat UMP. As usual, budak UMP memang selalu 'sibuk'. Sibuk dengan apa, aku pun tak pasti. Tapi kalau kita profesional, kita kenalah pandai bahagi masa dengan belajar dan aktiviti sampingan. Debat pun penting juga. Ia ukuran prestasi kita semasa kerja. Sekiranya kita tak dapat hadir, apa salahnya memaklumkan pada pihak penganjur, bukan susah pun. Hanya SMS sahaja dan bagilah alasan konkrit.

Kalau hanya tak dapat datang kerana nak wat discussion atau bersiar-siar di TC, aku rasa mereka ini tak layak nak sertai debat (mungkin juga apa sahaja aktiviti UMP). Discussion boleh dianjak pada masa yang sesuai, begitu juga dengan jalan-jalan.

Kalau test dan kelas, aku faham sebab aku sendiri mengalaminya. Entahlah, aku tak nampak apakah pengorbanan yang ingin mereka lakukan. Terus terang aku ke UMP agar aku dapat berjumpa dan berkongsi ilmu debat dengan mereka sebaik mungkin. Aku terpaksa menganjak kelas bimbingan matematik tingkatan 2 semata-mata nak datang UMP. Aku terpaksa menolak pelawaan mak aku untuk balik ke kampung semata-mata untuk debat. Tapi bila aku lihat ada junior yang tidak mahu berkorban sedikit (paling tidak hadir untuk satu sesi latihan), aku pun tak faham

Kalau alasan final dah dekat, hurm...aku pun tak tahu. Silibus math budak-budak aku terpaksa aku rushing minggu depan. Aku juga terpaksa bersengkang mata malam ini menyiapkan soalan moral tingkatan 1.

Niat aku menulis disini bukanlah aku nak membangkit pengorbanan aku. Nasihat aku mudah, kalau anda semua (adik-adik) minat tuk berdebat, berdebatlah bersungguh-sungguh. Bagi komitmen..janganlah bersikap separuh jalan sahaja atau berdebat semata-mata nak elaun. Kalau anda rasa kurang selesa, tak payah sertai debat. Cakap sahaja pada MT yang "saya nak keluar Orator!!"

Bukan apa, kadang-kadang aku kesian dengan MT yang terkial-kial membuat kerja. Ingatlah juga suatu hari nanti anda juga akan mewarisi ini daripada mereka.Dan pada masa ini anda akan faham yang mereka rasa.

Hurm..sekadar pandangan. Kalau terasa ke, jangan disimpan. Ini hanya nasihat dari mereka yang mengalaminya.

Wassalam.

(buat semua ex-senandika-tunggu!!disember ini!! )

6 comments:

azwan bamadhaj said...

hidup memang begini...

Melody said...

masalah klasik!
aku hanya mampu senyum kelat.

Raja Azrul said...

azwan:-
-yup...

mel:-
-masalah yang mereka akan tempuhi nanti..

FendyHekka said...

masalah mmg klasik... cuma kadang2 korg yg dah veteran ni lupe... org dtg UMP nk belajar... debat tu hanya sampingan. tp bab merayau ke TC... no komen. kick jer...

Raja Azrul said...

fendy:-
-tujuan aku datang ke UMP adalah jemputan dari junior tuk latihan. Aku fhm semua orang ke universiti tuk blaja..tapi kalau dah kata nak join debat..bahagikanlah masa seadilnya...kalau tak boleh..jangan join debat!

Anonymous said...

debat x pernah meninggalkan org..org yg selalu meninggalkan debat..hahaha..-kery-