Mudah-mudahan...


Assalamualaikum...

Huh?? Diam tak diam, dah masuk bulan Nov 2009, sedar tak sedar juga aku dah hampir setahun bekerja sebagai guru (GSTT) ni. Seronok ke? Adalah gak yang seronok, ada gak tak best..tapi nak wat mcam mana..ini adalah kerja kita. Huhuhu...

Oklah..bulan Nov ni banyak lah kerja yang aku kenal settlekan. Baik kerja rutin ataupun peribadi, semuanya harus diselesaikan sebelum cuti sekolah. Minggu ini, pelajar sibuk dengan peperiksaan. Mutu peperiksaan?? entahlah..kalau melihat generasi muda hari ini memang sedih. Ramai yang tak dapat jawab soalan peperiksaan, ada yang tidur, ada juga yang hantar kertas kosong. Inilah generasi yang bakal memimpin negara. Tak tahulah apa nak kata. Kalau nak disalahkan guru, saya rasa tidak wajar, kerana pelajar tersebut memang tidak mahu dan tak tahu nak menjawab. Alamatnya..fail lah...hehehe...

Itu cerita pasal exam. Cerita yang aku nak share pula ialah pasal reunion Ex-Senandika. Kenapa ex?? Ada sebabnya..jadi buat ahli senandika di UMP..sabarlah yer, korang keep practise untuk MAKUM bulan Januari ini. Insyallah, ada masa kami datang bertandang. Bagi Ex, nantikan makluman yang aku akan berikan dalam blog ini, dan kita akan buat reunion ini di KL. Tolong maklumkan pada mereka yang susah nak bertenet...hehehe.

Cuti sekolah akan bermula 21 Nov. Aku tak tahu apa perancangan cuti ini. Sebenarnya banyak perancangan nak buat..reunion lah,balik kampung ler, pergi debatlah..hehehe..macam-macam. Tapi satu pun tak confirm lagi. Insyallah, awal cuti aku akan ke UMP, untuk berlatih debat. Oh yer, bukan aku berdebat, tapi adik-adik kat UMP. Terpaksalah sebab debat diraja akan diadakan di UM pada 3 Dis hingga 8 Disember 2009.

Itu pasal debat, satu lagi plan masih lagi samar-samar. PLan apa? aku rasa aku malas nak tulis dalam blog. Biarlah rahsia dulu. Kalau jadi, baru aku cerita, kalau tidak...biarlah aku jer yang tahu. Tapi aku berharap plan ini jadi. Sudah lama aku merancang dan menantikan saat ini..Yang penting Allah tahu niat aku, dan aku berhadap Dia mempermudahkan segala urusan aku ini...amin.

Oklah..time for class. Kejap lagi aku nak masuk kelas tingkatan 1A. Untuk subjek pendidikan seni (exam). Nanti lewat pula. Hehehe..aku bangga lah gak, at least blog aku masih bernyawa lagi..bukan macam sesetengah blog kawan aku yang kira dah boleh mendaftarkan diri ke Arkib atau Muzium Negara...jangan marah yer!! See you soon!!

Bye dan wassalam...

" Mudah-mudahan apa yang kita rancang dipermudahkan olehNya kerana aku yakin apa yang berlaku dan segala dugaan yang menimpa ada hikmahNya!"

Comments

FendyHekka said…
"PLan apa? aku rasa aku malas nak tulis dalam blog. Biarlah rahsia dulu. Kalau jadi, baru aku cerita, kalau tidak...biarlah aku jer yang tahu. Tapi aku berharap plan ini jadi. Sudah lama aku merancang dan menantikan saat ini..Yang penting Allah tahu niat aku, dan aku berhadap Dia mempermudahkan segala urusan aku ini...amin."

Tahniah raja nk kawen... wah dalam diam2 xciter pn. citer la dalam blog... ko kan penulis blog rajin dalam zaman ini. blog kawan2 yg lain dh bleh daftar dalam arkib negara. kalo ko citer bleh kita sama2 gembira dgn perkhabaran ko nih. btw siapa perempuan yg 'bertuah' n 'berRaja' dalam hati ko tuh?

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...