penangan nur kasih

Salam bahagia..

Semalam hari Jumaat, kalau namanya hari jumaat salah satu rancangan yang aku takkan miss ialah Nur Kasih. Kenapa? Banyak sebab aku suka cerita ini, nanti aku akan bagitahu satu per satu.

Drama Nur Kasih ini adalah drama bersiri arahan Khabir Bhatia (pengarah filem Cinta, Setem) . Pelakonnya terdiri dari Tiz Zaqyah, Fizz Fairus, Remy Ishak dan ramai lagi. Pada mulanya aku taklah tengok sangat drama ini, tapi setelah direkomen oleh adik aku (abang de) untuk menonton, aku mula mengikut episode 15.

Tupp..tupp terus aku melekat. Apa lagi, terus aku cari dalam internet episod 1 sampai 10. Episod yang selebihnya aku amek dari Ain, kawan aku di Bentong. Gigih aku menonton dan akhirnya aku berjaya juga sampai ke episode 21.

Banyak faktor kenapa aku suka cerita ini. Pertama ialah jalan cerita drama ini. Penuh islamik dan kuat. Apa maksud aku? Bagaimana susunan cerita bermula sehingga ia dikembangkan satu per satu. Uniknya Nur Kasih ialah pelakonnya tak ramai, tapi garapannya kemas. Kedua, lakonan mantap! Mungkin pelakon Nur Kasih taklah sepopular pelakon drama lain, tapi lakonan mereka benar-benar berkesan. Hebat!!

Ketiga, sinematografi yang cukup kemas. Dengan view kamera yang cantik, drama nur kasih memang lain dengan tipikal drama melayu yang lain. Keempat, sarat dengan mesej. Drama ini sesuai untuk golongan berumah tangga, dan ada perkara yang membuat kita berfikir, siapa yang betul sebenarnya..jadi inilah kekuatan drama Nur Kasih.

Aku tak tahulah apa pandangan orang lain, tapi aku suka drama ini. Ada juga kawan-kawan aku bertanya, “ eh,lelaki pun minat Nur Kasih ke?” Aku selamba jer menjawab “ Tak salah laki menonton drama ini, abes tu takkan laki kena tengok drama BIONIK jer..!!” Hehehe..kelakar kan? Rasa aku drama ini universal, bukan untuk makcik-makcik kat kampung jer..kiranya semua pun boleh tengok.Buktinya beberapa orang sepupu aku (lelaki) pun kaki Nur Kasih, dan sanggup tak keluar mana-mana takut miss drama ini.

Jadi, kalau anda ada peluang, tontonlah Nur Kasih dengan taglinenya…”Apakah yang anda sanggup korbankan demi cinta (kalau tak salah ler)! Huhuhu.

Comments

FendyHekka said…
ala sbb cite tu kabir bhatia yg wat.. tu je yg besh...
Anonymous said…
kan ;) mmg citer ni best! thumbs up!
- j o h a r i - said…
eh..mmg best la drama nur kasih ni. aku pon tgk gak..kalo remote kat rasyada la..
Raja Azrul said…
fendy:-
-jalan ceritanya pun ok

daoz:-
-yup..stuju

jo:-
-hehehe...
PuTeRi CaHaYa said…
salam....pernah tgk bbrapa episod...menarik.... mesej yg disampaikan....pun agak menarik...

kekuatan seorang wanita menerima insan lain yg bergelar madu, dalam hidup...hanya bergantung pada kekuatan iman...

kenal Allah, barulah faham erti poligami.... selagi tiada kepercayaan pada Allah, maka timbullah erti kata PERAMPAS....
Jadi di mana letaknya kedudukan POLIGAMI kalau tiap kali kehadiran insan ke 3 dikatakan sebagai perampas...

apabila orang ke 3 itu adalah lelaki, kemudian bercinta dengan isteri orang sehingga menyebabkan penceraian, br lah dikatakan lelaki itu merampas... @ kiranya insan ke 3 itu perempuan dan perempuan itu menyuruh lelaki menceraikan isteri yg sedia ada... itu br perampas...

Hehehe, melalut lak, org citer pasal NUR KASIH, puteri citer pasal POLIGAMI...ting...
sebenarnya...poligami ni baik bg yang memahami....


salam....

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...