Kelebihan bekerja di sektor kerajaan

Aku dapat e-mail dari seorang teman...tentang kelebihan bekerja di sektor kerajaan. Huhuhu...korang baca lah dulu..

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==============================

Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


* Itu hanya pandangan beliau sahaja.


Secara kasar, bagi aku yang dah bekerja di sektor awam ni, dan juga anak kepada penjawat awam (mak dan ayah aku kan cikgu), aku rasa ada pro and con kalau kerja sektor awam. Antara cont nya ialah:-

1). Bonus :- kalau sektor swasta, bonus berduyun-duyun. 2 bulan gaji, hehehe. Kalau gov, sebulan gaji, tupun akan dibayar ansur-ansur.

2). Kenaikan pangkat:- memang sedap bunyinya, tapi peluang ini bukanlah semudah disangka .Kadang-kadang, mereka mengutamakan orang "dalam untuk kenaikan pangkat.

3). Kemahiran kendiri:- mungkin bagus kalau ada pekerja awam yang hebat, mantap dan terbaik. Tapi tak semua akan begitu. Kadang-kadang, kemahiran kendiri kita tidak hebat mana. Tak tahulah apa puncanya...

4). Terlalu bergantung:- kerja gov akan jadi kita lebih bergantung kepada kerajaan. Kalau nak naikkan gaji, terpaksalah meminta-minta dari pentadbiran atasan.

5). Kontrak:- kalau anda kerja kontrak, terutama gstt, jangan mimpilah kalau anda nak diserap masuk. Habis kontrak, habislah anda. Anda mungkin boleh sambung, tapi peratusannya kecil. Kalau sambung pun, belum tentu tetap. Jadi, gaji anda mungkin besar, tapi masa depan anda..erm..belum tentu.

6). Nak kaya:- kalau nak jadi jutawan ataupun kaya, mungkin susah sikit kerja kerajaan ni. Unless kalau kita ada side business. Kerja kerajaan paling hebat pun rm6000 sebulan. Dengan kata lain, nak senang boleh tapi kalau nak kaya..erm susah sikit kot.

Itu sekadar pandangan sahaja. Terpulanglah pada kita. Bagi aku, mana-mana kerja OK...cuma sama ada kita boleh bertahan ataupun tidak sahaja.

Comments

Melody M. said…
betul, masing-masing ada pro dan kontra..tapi aku seronok dengan apa yang aku buat dan dapat setakat ini. di masa depan, tak tahu lah macam mana, seronok atau tidak..
-daripada pekerja swasta-
Raja Azrul said…
mel:-
-macam aku tulis...terpulang pada kita ar...

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...