My Spy: Klakar habes...!!

Disebabkan kebosanan aku duduk di kampung, maka hari ini aku memutuskan untuk pergi ke Seberang Prai city (Jusco) kat Bukit mertajam. Tujuan utama bukanlah nak bershopping, tapi nak tengok buah tangan terbaru, Afdlin Shauki iatu MY SPY.

TGV Prai ini baru dibuka. Kebetulan aku pulak sampai jam 12.30pm, punyalah awal, jadi aku membeli tiket jam 1pm. Sementara tunggu show, sempatlah gak bermain tekken 6 kat arcade sebelah TGV.

Filem ini bukanlah antara filem terbaik afdlin. Ia dibuat secara suka-suka je. Kalau korang pernah tengok Lost and Faun, konsepnya lebih kurang sama je. Takda beza pun. Tapi aku suka susunan cerita ini dari Los dan Faun. Tak merepek, tapi biasa sahaja.

Dari segi lakonan, memang pujian diberi kepada kesemua pelakon kerana berjaya memegang watak dengan baik. Aku suka karektor Maria Carey lakonan Hannah Tan..simple, elegant dan Sexy!! Begitu juga lakonan Daphne Iking yang bercakap pelat cina inggeris dan Carmen soo yang turut memegang watak dalam filem ini. Suka sangat dengan karektor tiga gadis ini. Macam tengok filem Charlies Angel pulak.

Watak AC dan Harun Salim Bachik memang kelakar. Hehehe..adegan spontan dan membuatkan kita ketawa dari awal hingga akhir filem.

Bestnya filem ini kerana ia menampilkan gajet-gajet hebat diadun dengan teknologi dari KRU. Ditambah pula dengan latar belakang lagu Menggegar dunia nyanyian Stacy dan Adam, memang best!!

Cuma..skrip dan lawak dalam cerita ini banyak double meaning..dengan kata lain lawak lucah. Terpulang pada kita untuk mentafsirnya, tapi aku tak berapa rekomen untuk budak-budak tengok filem ini..hehehe....

Jadi, kalau anda tensyen dengan kerja, assignment ataupun apa sahaja..pergilah bawak awek tengok filem ini...meletops!!!

(malas nak upload gambar...korang tgk jerlah...)

rajaazrul: Tak sabar tunggu Santau..Azwan!! Ko jangan tengok santau lagi...kita tengok sama-sama lepas shidi pulang dari Australia!

Comments

Wanpetunjuk said…
Hurrmmm....shidi pi Australia???. Bercuti ke???

Jom pi tengok Santau sama2...hehehe
Melody M. said…
Aku dah tengok Santau petang tadi!!
Aku tunggu korang tengok, nanti kita ulas sama-sama.
Raja Azrul said…
dayat:-
-dah balik pun..sekarang ni lepak2 kat KL

mel:-
-ok..tak sabar nie
patungcendana said…
santau tu my sis in law berlakun...tapi I tak tangok lagi.

Salam Maal HIjrah Raja. :-)

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...