Santau : Menyantau di pawagam


Assalamualaikum dan salam sihat buat semua,

Nampak gayanya satu lagi filem seram terbaru sudah menjengah di pawagam. Judulnya unik, iatu SANTAU. Kalau melihat kepada trailer filem ini, ia agak menarik, seram, suspen dan mengerikan. Namun, macam biasa, tidak semestinya trailer menarik akan menjadikan filem itu menarik. Betul tak?

Saya telah menonton santau petang Ahad, dan nyatanya ia suam-suam kuku. Bukanlah ia filem tidak menarik ditonton, cuma ada banyak elemen yang boleh ditambah supaya Santau menjadi naskah yang kemas dan menarik. Plot cerita agak perlahan, elemen seram dibuat tidak banyak, dengan kata lain, penonton mahukan elemen betul-betul seram tetapi ia tidak ditambah di dalam Santau. Cuma meletakkan Seram di tahap sederhana.

Plot dan jalan cerita santau dikatakan diambil dari kisah benar. Saya sendiri tak pasti bagaimana kisah menjadi bualan orang boleh digarap dengan baik di dalam filem. Secara kasar, kita tahu dengan mudah jalan ceritanya. 15 minit pertama pun kita dah tahu hala tuju filem ini dan pengakhirannya bagaimana.

Namun, Santau ada juga kekuatannya. Lakonan hebat Putri Madriana dalam filem ini menjadi nadi utama kepada jalan cerita Santau. Putri berjaya menghidupkan watak wanita dirasuk, dan wataknya memang berkesan. Saya pernah melihat bagaimana tok bomoh tradisional melawan kuasa jahat dalam rancangan MISTERI NUSANTARA. Memang tak ubah elemen itu diserap di dalam Santau. Watak Putri yang mempermainkan kalimah syahadah, mengejek tok bomoh dan sebagainya. Juga bagaimana tok bomoh bertanya dan meyoal jin yang ada di dalam wanita dirasuk. Ia memang satu ritual yang berkesan dan hebat, dan yang saya kira antara babak menarik dalam santau.

Pelakon lain, saya rasakan biasa sahaja. Tidak ada yang betul-betul "all out", tetapi tidaklah mengecewakan. Dari segi teknikal atau kesan khas, Santau lagi kemas berbanding dengan filem-filem seram melayu sebelum ini. Cuma elemen biasa atau typical dalam filem melayu, seperti asap, perempuan tua, orang duduk bawah selimut dan macam-macam lagi.
Kalau boleh, biarlah ia betul-betul menghasilkan momentum seram seperti perkara yang tidak kita duga. Itu adalah sewajarnya.


Kesimpulan yang boleh saya buat, Santau ada plot dan cerita tersendiri. Dan, kita sendiri pun tahu cerita orang disantau bagaimana. Kalau anda datang ke pawagam, menonton Santau dan mengharap seram tahap klimaks, lupakan sahaja. Tetapi sekiranya anda inginkan cerita berkaitan ritual santau, anda harus tonton. Mungkin cerita ini akan jadi menarik kalau ia dibuat seperti Long Khong (Filem Thai yang juga mempunyai unsur Santau). Saya rasa ia akan menjadi bonus besar kepada Santau untuk meraih kutipan box-office. Saya rasa tak salah kalau kita mengambil idea dari filem-filem Thailand yang baik untuk dimasukkan elemen seramnya, dan kalau filem ini digarap dengan lebih kreatif, ia boleh menjadi satu naskah filem yang bailk.

Jadi, semuanya terpulang kepada anda. ( star : 2.5/5)

---> Geram dengan gelagat penonton filem melayu. Asyik mengomen sahaja, siap ketawa lagi. Tak faham aku, kalau filem melayu ada sahaja adegan tak logik atau tak masuk akal, kita akan komen ar, kutuk ar. Cuba kalau filem-filem barat, berlambak-lambak adegan tak masuk akal, boleh pulak kita terima kan.

Satu jerlah nasihat saya kepada prosedur filem, buat sahaja lah filem komedi. Itu jalan terbaik untuk industri filem melayu. Kalau kita buat filem macam star wars, atau harry potter, ada je yang tak logik, pasti penonton wayang akan gelakkan kita.

Tak sabar nak komen Niyang Rapik, kalau drama aku rasa best..tapi tak tahulah kalau diangkat menjadi filem. So, tunggu jerlah...!

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...