Posts

Showing posts from January, 2009

Cuti Tahun Baru

Image
Assalamualaikum dan salam semuanya… Selamat Tahun Baru Cina..Gong Xi Fatt Chai..buat semua. Masih berada dalam mood cuti, rasanya ada antara kita yang merancang macam-macam dalam cuti ini. Bagi aku, cuti selama seminggu sudah bermacam perancangan aku telah aturkan. Pertama , pada awal cuti lepas, 24 Jan 2009 aku telah ke Ipoh bersama Mama, Abang De, dan juga adik bongsu aku. Memandu dan meredah kesesakan lalulintas di Lebuhraya Utara Selatan. Kesesakan bermula dari Behrang sampailah ke Tapah. Dan kesesakan paling kritikal, di Tol Ipoh Selatan sampailah ke Gopeng. Jauh giler… Memang hangin jugak, bayangkan perjalanan ke Ipoh memakan masa hampir 5 jam dari rumah aku. Memang sakit hati betul. Nasib baik kami semua ikut jalan lama. Jadi, taklah sesak sangat (walaupun ada kesesakan di beberapa Bandar). Aku tiba di Ipoh dalam jam 6pm dan pulang semula ke rumah sekitar jam 8pm. Alhamdulillah, perjalanan pulang agak lancar..walaupun laluan agak berkabus di Genting Highlands. Kedua, ke Kuala L

Gong Xi Fa Chai

Image
This year is Cow's year?? Yes...it will coming this monday...actually, i also celebrate chinese new year..In karak, the celebration very exciting (including dragon and lion dance. I love CNY because of Limau Mandarin. Hurm..so Delicious...!! Ok...i wish all my chinese friends...Happy Chinese New Year 2009.. To my Chinese Benz Friends, my ex classmate (form 3 SMK Karak), all my chinese teacher - Ms. Lee Me Ying, Miss Christine, Ms Christle, Mdm Chia...and also the talkative women in earth...MADAM CHIAM!!! Happy Chinese New Year!!!!!! Gong Ci Fa Chai ~To Mel, don forget to sms me, ur KL Plan..!!

Sang putera berbicara lagi...(part 2)

Image
Assalamualaikum dan salam semua… Agak lewat aku mengemaskini blog ini. Agak sibuk dengan beberapa urusan disamping dengan kekangan internet. Hurm…dalam entry kali ini aku nak cerita beberapa perkara dengan kalian semua, pembaca budiman. Aku dan papa:- Membaca blog teman-teman yang sibuk dengan ayat-ayat pondok buruk, tak ubah seperti menyesali dengan apa yang terjadi. Bagi aku, persahabatan memang kompleks, dan apabila terlalu memikirkannya, ia boleh menjadi duri dalam daging. Kalau nak diceritakan melankolik ataupun kesedihan, aku juga mempunyai perasaan demikian. Pada 23 Januari 2009, genaplah 10 tahun aku hidup tanpa belaian seorang ayah…ayahandaku tercinta YM Raja Adnan YM Raja Adam, Aku tidak seperti orang lain, mempunyai keluarga yang cukup sempurna. Ayah, ibu, abang, kakak, adik dan sebagainya. Tapi aku sedar ini adalah ujian dari Allah S.W.T. Papa pergi meninggalkan aku ketika aku berumur 15 tahun dan adikku yang bongsu seusia 2 tahun. Papa pergi ketika aku masih muda, baru ing

Rawan

Image
Salah satu lagu yang aku suka pada permulaan tahun ini.. Unik,menarik dan mempunyai lirik yang cukup puitis. Dinyanyikan dengan penuh perasaan oleh penyanyi yang baru bercerai...Azharina. Mungkin lagu ini ada kaitan dengan anda?? huhuhu...terpulang. Oh yer..aku ada banyak cerita nak kongsi dengan anda semua. Tapi nantilah dulu, apabila semuanya sudah PASTI aku akan maklumkan pada kalian semua.....!! Biar berjauhan namamu daku sebutkan Cukup untuk mengisi Sepi tika pilu menanti Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria Namun kau cahaya menerangi jiwa lara Berperang dengan curiga di firasatku Andai kau kembali merawat hati rindu Ku bahagia pabila kau tiba Kau lenyapkan rawan Tak usah dikau pergi Tak ingin lagi Meruntun hiba dengan sesalan Kini kuakui Segala kemaafan kupohon kepadamu Agar kau mengerti Hanya cintamu yang terbaik untukku Biar berjauhan namamu daku sebutkan Cukup untuk mengisi Sepi tika pilu menanti Berperang dengan curiga di firasatku Andai kau kembali merawat hati rindu

Sang Putera bicara..

Assalamualaikum.. 1. Tuan Puteri Kembali Inilah masa yang aku nantikan. Puteri Gunung Ledang kembali untuk musim yang ketiga. Seperti biasa, aku telah membeli tiket dan akan menonton bersama Azwan, Azril dan Peedot.. PGL memang tidak mengecewakan. Semasa musim kedua, aku berpeluang menonton di Istana Budaya pada tahun 2006 bersama Azwan dan Fendy. Ia memang menarik, teruja dan mengkagumkan. Elemen brodway diterapkan supaya teater ini nampak lebih antarabangsa. Aku tak nafikan, andai kata Tiara membawa teater ini ke luar negara dan dipertontonkan pada khalayak, ia mampu membawa ikon pada teater malaysia. Teater ini mampu mengangkat semula keagungan Melayu Melaka, Kisah masyarakat Nusantara, budaya Keraton Jawa dan tulah raja!! Hebat!! Ia mampu membuktikan bahawa Malaysia memang boleh. Bagi karyawan teater yang baru nak bertatih..tak mengapa!! Anda boleh lakukan yang terbaik..insyallah!! Teater kita akan dikenali suatu hari nanti. Yang pasti aku sekarang tak sabar nak menyaksikan kemist

Cerita sebelum tidur

Image
Salam... Pernahkan anda semua semasa anda kecil, ibu atau bapa anda menceritakan cerita dongeng? Ataupun kisah-kisah teladan? Hehehe..mungkin ini bukanlah budaya Malaysia kerana rata-rata kanak-kanak Malaysia akan didodoi oleh ibu/bapa mereka. Bagi aku, aku teringat bahawa datukku suka bercerita kepada cucunya sebelum tidur. Tapi bukanlah kisah Snow White, Beauty and The Beast atau Hansel and Gretel. Kisah yang aku ingat ialah hantu paku dan cerita pak pandir . Memang tergelak dan seram jugak dibuatnya. Huhuhu...yang aku nak cerita bukanlah pasal kenangan dulu-dulu, tapi komentar dan review aku tentang filem terbaru aku tonton iatu Bedtimes Story terbitan Walt Disney dan dilakonkan oleh pelakon komedi hebat iatu Adam Sandler. Jalan Cerita:- Filem ini bukanlah idea cedokan dari Filem lama bedtime story yang diterbitkan pada tahun 1964 oleh Pennebaker Production. Ia adalah idea baru yang mengisahkan Sketeer seorang juruteknik di hotel diasaskan oleh bapanya, telah bercerita ketika a

Adakah kita bertemu lagi?

Image
Dunia ini kecil... Ia dicipta untuk Adam dan Hawa... Dan jika dahulu, Allah pisahkan mereka, dan mereka mampu bertemu.. Mengapa tidak kita?? Kalau kita marah, atau benci sekalipun.. Atau suka dan gembira... Kalau ada rezeki, sudah pasti kita akan ketemu. Bak lirik lagu tegeleng-geleng, setiap yang berlaku tetap ada maksud dan hikmahNya... Permulaan bulan pertama 2009, Adakah kita akan bertemu? Mungkinkah ini rezeki aku? Mungkin ini juga cabaran buat aku? Kita merancang tapi yang menentukan hanya Dia yang Maha Esa...!! ...AMIN... ~HIDEKI~