Posts

Showing posts from July, 2009

Ingat senang ke jadi cikgu??

Image
Alhamdulillah..dah masuk 7 bulan aku menjadi guru..erm..apa yang anda tahu tentang guru?? hehehehe.... Cabaran kalau nak jadi cikgu... 1. Kalau masuk kelas, perkara utama ialah menyuruh murid-murid memberi salam. Jangan terkejut kalau anda masuk kelas, ada murid yang buat bodoh jer..inilah masyarakat Malaysia. Hehehehe... 2. Selepas beri salam, anda kena periksa bilangan pelajar dalam kelas tersebut. Kena tahu siapa yang tak hadir, siapa yang ponteng dan siapa yang gediks ke tandas.... 3. Then, anda kena kawal kelas, pastikan semua murid diam. Jangan sangka murid yang sedia ada dalam kelas itu baik-baik belaka. Ada antara mereka yang bercakap, tidur dan tak kurang juga asyik berjalan mengganggu kawan-kawan yang lain. 4. Selepas itu, pastikan semua diam, barulah kita boleh bercakap tentang topik nak diajar. Kalau menulis di whiteboard, sesekali kena pandang gak anak murid di belakang, takut-takut ada yang curi keluar. 5. Dah siap tulis, anda kena pastikan semua pelajar menulis nota di h

Yasmin Ahmad : Touch

Salam bahagia... Sekali lagi dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian Allaharyam Yasmin Ahmad, sutradara terkenal perfileman tanah air. Buat mereka yang tak kenal, Yasmin Ahmad merupakan seorang pengarah filem seperti Sepet, Gubra dan Talentime. Selain itu, dia juga merupakan pengarah bagi iklan pendek yang lazimnya dibuat oleh Petronas. Kehilangan beliau bermakna kita kehilangan sebutir lagi mutiara di tanah air ini. Aku bukanlah peminat filem Yasmin Ahmad, kerana kebanyakan filem dia bagi aku macam ada yang tak kena. Tapi aku suka cara dan penghasilan karya beliau. Antara yang aku suka ialah Filem Talentime yang aku tonton pada Mac lepas. Tetapi itu sudah adat dunia, yang datang pasti akan kembali. Buat penggiat filem tanah air, kita seharusnya mencontohi karya Yasmin yang lebih mirip pada konsep Malaysian...tahniah!! Apa-apapun..dia telah pergi. jadi kita sama-sama sedekahkan beliau Al-Fatihah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat...

bilik tengah kemaskini

Adoi... sejak isnin lepas beberapa orang kontraktor masuk ke bilik aku, untuk mengemaskini bilik termasuk melakukan kerja-kerja wiring. Terpaksalah aku duduk memerhatikan kontraktor ini membuat kerja. Bukan apa, buku-buku semua tak boleh dialihkan. Ruangan agak sempit. Jadi, tiada pilihan selain terpaksa membiarkan mereka membuat kerja. Aku faham, tujuannya adalah untuk kebaikan kita juga..huhuhu. Melihat mereka memasang wire, aku teringat zaman aku belajar dulu. Semasa lab wiring kendalian En.Azlan, aku dan Azwan mengendalikan projek Wiring. Siap kena tegur lagi lah dengan instructor lab pasal pemasangan wayar yang salah...hehehe. Memang seronok time tu, penat tapi seronok. Bila hasil dia dah berjaya, rasa keseronokannya...tapi kalau nak suruh aku buat lagi, erm..takkot. Sebab aku dah malas nak buat kerja-kerja berkaitan elektrik ni. Cukuplah 5 tahun aku mendambakan diri dalam perkara yang aku tak minat. Bila tengok mereka wat kerja ni, at least aku tahu gak pemasangannya. Huhuhu..cum

Kem Pemantapan Debat

Image
Pada 18 dan 19 Jun 2009, aku dengan gigihnya ke UMP bersama kawan aku, Azwan. kerana apa?? Ada kem pemantapan debat di Pantai Balok Kuantan Pahang. Sebenarnya kem ini anjuran Kelab Orator dan ia bertujuan merapatkan ukhwah antara ahli debat dengan Alumni debat UMP sendiri. Aku menunggu Azwan sejak dari jam 6 pm petang jumaat. Azwan sampai jam 7.30pm terus kami bertolak. Naik kereta, Azwan kata laparlah...!!! Ces, kenalah pergi makan dulu, so kami berhenti kat temerluh. Dah makan, kami terus ke UMP. Terus ke DK5. Lama sungguh tak jejak DK 5 ni. Banyak kenangan tersimpan!! Tengoklah kejap budak-budak junior aku praktis debat alam sekitar. As usual..komentar sekali. Dah selesai, terus ke umah tito..makan-makan, dan tidur!! Tapi aku tak tidur sebab......?? hehehe Esok pagi, Hafizul dah kejut aku!! "Bang Raja!!! Bangun!!!!" aku pun bangun..tapi bila aku bangun...Azwan tak bangun lagi, ces!! Kami mandi siap-siap, stat keta..dan terus ke balok. Singgah kat area restoran Zaman, hanta

Laskar Pelangi

Aku diperkenalkan oleh Azwan dengan satu filem dari Indonesia bertajuk Laskar Pelangi..... 1. Jalan Cerita:- memang best cuma ada part yang agak slow 2. Muzik latar:- best!!!! Terutama lagu Laskar Pelangi- Nidji 3. Lakonan:- Memang hebat, dia amek pelakon yang mantap!! 4. Set:- amat kena dengan story line cerita ini.... 5. Olahan:- ada sedikit kekurangan..tapi tetap tidak mengecewakan.. Kesimpulan setelah menonton filem berdurasi 2 jam ini, banyak mesej tersirat dipamerkan dalam filem ini..... ( Amaran: Filem ini sesuai ditonton bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang sama seperti aku sahaja!!! Aku tidak bertanggungjawab andai kata setelah anda menonton filem ini dan anda mengatakan ia adalah BOSAN!!) Terima kasih...

Sukar untuk ditafsir

Image
Ada beberapa perkara dalam hidup ini kita terpaksa rahsia..malah, kita rahsiakan bukan sahaja dari kawan-kawan tapi juga keluarga...tapi kenapa?? ada sebabnya..bukan untuk menipu, tapi untuk mengelak sesuatu yang buruk tidak berlaku.. Ada juga perkara yang kita tidak boleh berterus terang. Bukan untuk tidak jujur, tapi untuk mengelak salah faham dan sakit hati. TAPI...kenapa ada yang masih belum faham!! Benarlah, hanya kita sahaja yang faham apa yang kita rasa...ada perkara yang terlalu kompleks untuk dicerita dan hanya boleh dikongsi dengan orang yang benar-benar fahami....

Yes...dah berjaya!!

Image
Alhamdulillah..program Lawatan PPD Sabak Bernam ke sekolah aku berjalan dengan lancar. Walaupun semalam hujan mencurahi bumi, segala program diatur berjalan dengan lancar. Seramai 80 orang guru datang ke dewan untuk berkongsi idea mengenai kegiatan Ko-Q di sekolah. Tugas aku?? Biasalah mengendalikan persembahan. Persembahan kumpulan tarian yang disertai pelajar tingkatan 1 dan 2, dan alhamdulillah, mereka mempamerkan hasil yang menarik semalam. Prinsip aku..practice make perfect!! Walaupun jadual latihan tarian agak padat, dengan beberapa perkara yang tak dielakkan, persembahan mereka terbayar semalam. Dikesempatan ini, aku juga memohon maaf kepada beberapa orang guru kerana terpaksa mengambil beberapa orang pelajar sewaktu proses PNP, tapi semua itu dilakukan kerana terpaksa... Oklah..aku sertakan beberapa gambar mengenai program semalam..(ada juga program makan durian!!)

Kerja aku : S.E.N.A.N.D........

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Fuh, penat juga minggu ni. Bermacam-macam perkara aku kena lakukan untuk selesaikan satu per satu perkara. Esok akan ada lawatan khas pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam ke sekolah aku. Seperti lazimnya aku terlibat dengan persembahan pelajar. Untuk kali ini, aku hanya mengendalikan tarian sahaja. Malas aku nak buat lakonan, lagi pula persembahan ketika tetamu sedang menjamu selera. Tapi latihan masih lagi rongak. Sabtu dan Ahad lepas terpaksa aku membatalkan latihan kerana beberapa urusan yang tak dapat dielakkan. Petang Isnin pun aku terpaksa membatalkan latihan kerana aku terpaksa menghantar kereta ke bengkel, cermin sisi kereta aku pecah. Ces.... Jadi hari ini, merupakan masa genting untuk aku melatih pelajar supaya persembahan esok berjalan dengan lancar. Esok adalah hari penentunya. Biasalah, aku agak cerewet kalau melatih pelajar buagt persembahan ni..hehehe. Teringat aku pada Senandika. Entah kenapa dua tiga menjak ni aku teringat kepada

Terima kasih: PPSMI

Image
Assalamualaikum... Lega mendengar berita di nTV 7 pada 8 Julai 2009, tatkala PPSMI dimansuhkan. Berita ini merupakan kemenangan pada mereka yang beria-ria memaksa kerajaan memansuhkan PPSMI. Bermacam-macam resolusi dibuat, tapi akhirnya sistem lama juga dipakai semula. Bagi mereka yang tak setuju ia dimansuhkan, fikirkan lah balik apa kah kebaikan utama PPSMI? saya rasa takda.. memang banyak pelajar saya yang mengeluh bila belajar sains dan math dalam BI. Saya bukanlah anti BI, tapi biarlah subjek BI itu dikemaskini. Kualiti guru bahasa inggeris juga harus ditingkatkan (contoh- macam madam mala, best english teacher in Pahang..hehehee)... Saya terbaca satu artikel dalam the star, ada parents yang tak puas hati, tapi rata-rata adalah parents dari keluarga bandar. Dan paling kelakar, ada parent yang nak hantar anak mereka belajar kat Singapura?? Gila kan?? Tapi sebagai rakyat Malaysia, kita kenalah bangga dengan bahasa kita. Kata nak jadi 1 Malaysia, maka kenalah sokong dan yakin dengan

anak wayang vs pilih kasih

Image
Anda peminat rancangan realiti?? Hurm...jika jawapan anda ya? anda mungkin pernah menonton dua rancangan terbaru mengenai rancangan realiti berkaitan dengan lakonan pula. Iyalah, semenjak dua menjak ni, Malaysia asyik dihidangkan dengan rancangan realiti berkisar nyanyian sahaja. Hasilnya lahirlah lambakan penyanyi yang menyanyi lagu ntah hapa-hapa dan mengharapkan glamor semata-mata... Anak wayang:- Anak wayang rancangan terbaru di astro. Rancangan ini mengkehendaki peserta berlakon secara spontan dan diberikan watak-watak khas berdasarkan drama kecuali cintamu. Bagi aku, rancangan ini hanya melahirkan pelakon berwajah glamor sahaja. Buktinya sewaktu Pentas Anak Wayang, pelakon kebanyakannya kelam kabut dan terlalu 'over' dalam berlakon. Ada antara peserta yang tidak dapat mengikuti tugasan dengan baik. Contoh paling mudah, sewaktu sesi Pentas Anak wayang bagi memilih watak pembantu peribadi. Peserta diberi tugasan melakonkan watak berkaitan dengan dialog negeri. Ada peserta y

Melaka

Image
Hari ini aku nak upload beberapa picture aku di melaka. Hehehe..tahniah pada cikgu Suria kerana telah berjaya mengendalikan lawatan ini. Kalau ada rezeki, tahun depan buat lagi..!! ( Aku bergambar dengan meriam buatan belanda-cewah!!) ( Dihadapan muzium Samudera) (Aksi anak murid aku-Haqim dan Syafiq) (Aku dan Haqim) (aku bersama rama-rama) ( Posing guru-guru dan anak murid) Beberapa foto di dalam muzium:

Perpisahan

Image
Salam bahagia Hari ini merupakan permulaan untuk bulan tujuh ( bulan Julai). Sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu. Aku terasa baru semalam aku mendaftar masuk mengajar di sini, rupanya dah tujuh bulan aku disini. Hari ini juga bilik aku sunyi kerana 4 orang GSTT yang aku sudah anggap sebagai kawan rapat telah pergi. Seorang telah bertukar ke SK Bandar Raub untuk menjadi GSTT pemulihan. Yang tiga orang lagi menyambung belajar di UPSI bagi kursus diploma pendidikan lepasan Ijazah. Aku sebenarnya suka berkawan dengan mereka. Haireen, Zaini, Noryn dan Haslina. Mereka berempat memang sporting. Haireen adalah orang yang ceria sekali. Dan dia memang sekepala dengan aku. Al maklum ar, dia juga bekas jurutera macam aku. Lazimnya, kalau ada soalan matematik yang aku tak tahu, Haireen lah tempat rujukan aku. Dan, Haireen juga adalah orang yang paling senang nak minta tolong terutama kalau bab berkaitan subjek. Hehehe... Zaini adalah cikgu yang banyak membantu aku ketika Projek Drama Penggan