Posts

Showing posts from November, 2009

Sesi latihan tarian SKJR 2009

Image
Sekali lagi, untuk tahun ini aku melatih bebudak darjah 4 dalam persembahan tarian untuk Hari Anugerah SKJR 2009. (Sekolah Kebangsaan Jambu Rias, Karak) Seronok aku bersama mereka...yang best, mereka komitmen..walaupun ada masa banyak main-main.. dan semua sudah selesai..aku upload kan picture untuk semua menonton...adios!! Penari utama - semua darjah 4...hehehe Anak murid aku..depan kamera nampak baik tapi belakang...nakal ya ampun! Untuk makluman, aku mengajar kat sekolah menengah. Ini kerja part time jer ajar budak sekolah rendah menari. Tapi ingat tahun depan nak wat tuisyen pulak ler... Adios!!

Good bye for a while (erm..maybe)

Assalamualaikum... Nampak gayanya, hari ini merupakan hari terakhir aku bersekolah ( i mean menjadi guru) untuk tahun ini...Seperti biasa, sebelum sekolah ditutup, ada banyak perkara yang perlu diberi perhatian umum... Pertama ialah..mengemas bilik. Alhamdulillah, bilik sudah dikemas. Terima kasih kepada 4 orang anak murid aku-Haqim, Amirul, Alif dan Hafiz kerana membantu. Selesai sudah kerja mengemas ni..dan bilik aku berada dalam keadaan bersih... Kedua..menyelesaikan urusan semakan tugas. Dah lengkap, cuma tinggal dua lagi tandantangan...Dan yang pasti, last sekali tandatangan GPK dan Pengetua. Huhuhu.. Ketiga..memulangkan buku stok, hari ini juga perlu aku pulangkan buku stok bengkel kerja kayu kepada guru kemahiran hidup..bagi memastikan semua urusan berjalan dengan lancar. Memang lega kalau kerja dah siap! Jadi, masa bercuti boleh lah aku berehat sepuas-puasnya. Oh yer, oleh kerana kerja aku ni kontrak (isk..isk) maka aku tak tahu lagi masa depan aku bagaimana. Sama ada disambung

Belajar untuk menghargai

Hidup ini cuma sekali... Maka, kadang kala kita tidak dapat lari dari ketentuanNya. Kita kena percaya, bahawa rezeki sudah ditentukan olehNya. Maka sebagai manusia, mengapa kita masih ingin mempertikaikan lagi rezeki orang lain...mengapa kita perlu wujud hasad dengki, cemburu, dan tidak boleh lihat orang lain hidup senang? Bahasa aku mudah...kenapa kita asyik melihat keburukan orang lain? Kenapa kita tidak nampak perkara yang elok tentang manusia lain? Bila bercakap mengenai profesional, kita harus bertanya pada diri kita..profesional kah kita apabila kita bekerja dengan membiarkan emosi menyaluti kita? Inilah yang aku lihat dalam dunia ini. Kadang-kadang status menjadikan kita ego, dan mudah mencari salah orang lain. Tapi kadang-kadang kita kena belajar menghargai apa yang orang lain sumbangkan kepada kita. Ingatlah walaupun sumbangan orang lain tidak sebesar mana, tapi sumbangan ini jugalah menjadi sesuatu yang kita hajati tercapai. Mudah...tapi sentiasa tak jadi mudah....

Reunion ex-Senandika

Image
Masih ingatkah anda dengan gambar-gambar di bawah? Adakah anda .....?? a. berumur 20 tahun ke atas b. Lelaki atau perempuan c. Bekas ahli kumpulan SENANDIKA ( bekas sahaja tahu!!) d. Sudah bekerja atau keluar UMP ( bukan masih belajar di UMP) -tengah praktikal pun ok!! e. Mempunyai perwatakan riang, gila-gila, happy, sporting dan tak mudah moody!! f. Pernah terlibat beberapa projek SENANDIKA seperti Fest. MAKUM (06/07), aktiviti kelab kebudayaan, hang out dan macam-macam lagi. Anda sukacita dijemput untuk Reunion Ex-Senandika (Ehem...ehem...) yang akan diadakan di : Tempat : Kuala Lumpur Masa: bermula jam 8.30am-12.00am Tarikh: 12 dan 13 Disember 2009 Aktiviti menanti anda:- 1.Balingan maut!!:- - Masih ingatkah anda pada team gatai, gebu?? Bonang?? kini aksi membaling akan menjadi kenangan manis buat anda semua....kumpulan mana yang hebat? pemain mana yang mantap..anda akan jadi saksi!! 2. Pecah tekak!!:- -Hebatkah suara anda?? Adakah suara anda semanis Siti Nurhaliza atau palin

Mudah-mudahan...

Image
Assalamualaikum... Huh?? Diam tak diam, dah masuk bulan Nov 2009, sedar tak sedar juga aku dah hampir setahun bekerja sebagai guru (GSTT) ni. Seronok ke? Adalah gak yang seronok, ada gak tak best..tapi nak wat mcam mana..ini adalah kerja kita. Huhuhu... Oklah..bulan Nov ni banyak lah kerja yang aku kenal settlekan. Baik kerja rutin ataupun peribadi, semuanya harus diselesaikan sebelum cuti sekolah. Minggu ini, pelajar sibuk dengan peperiksaan. Mutu peperiksaan?? entahlah..kalau melihat generasi muda hari ini memang sedih. Ramai yang tak dapat jawab soalan peperiksaan, ada yang tidur, ada juga yang hantar kertas kosong. Inilah generasi yang bakal memimpin negara. Tak tahulah apa nak kata. Kalau nak disalahkan guru, saya rasa tidak wajar, kerana pelajar tersebut memang tidak mahu dan tak tahu nak menjawab. Alamatnya..fail lah...hehehe... Itu cerita pasal exam. Cerita yang aku nak share pula ialah pasal reunion Ex-Senandika. Kenapa ex?? Ada sebabnya..jadi buat ahli senandika di UMP..sabar

penangan nur kasih

Salam bahagia.. Semalam hari Jumaat, kalau namanya hari jumaat salah satu rancangan yang aku takkan miss ialah Nur Kasih. Kenapa? Banyak sebab aku suka cerita ini, nanti aku akan bagitahu satu per satu. Drama Nur Kasih ini adalah drama bersiri arahan Khabir Bhatia (pengarah filem Cinta, Setem) . Pelakonnya terdiri dari Tiz Zaqyah, Fizz Fairus, Remy Ishak dan ramai lagi. Pada mulanya aku taklah tengok sangat drama ini, tapi setelah direkomen oleh adik aku (abang de) untuk menonton, aku mula mengikut episode 15. Tupp..tupp terus aku melekat. Apa lagi, terus aku cari dalam internet episod 1 sampai 10. Episod yang selebihnya aku amek dari Ain, kawan aku di Bentong. Gigih aku menonton dan akhirnya aku berjaya juga sampai ke episode 21. Banyak faktor kenapa aku suka cerita ini. Pertama ialah jalan cerita drama ini. Penuh islamik dan kuat. Apa maksud aku? Bagaimana susunan cerita bermula sehingga ia dikembangkan satu per satu. Uniknya Nur Kasih ialah pelakonnya tak ramai, tapi garapannya kema