Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, January 12, 2010

AJL ke -24??Siti??

Sebelum aku tulis apa-apa, aku ucapkan tahniah pada Aizat dengan lagunya "Pergi" yang menang AJL baru-baru ini.

Bagi aku, keputusan juri adalah tepat, ini kerana lagu Pergi cukup kuat dari segi melodi, penyampaiannya dan juga liriknya. Aizat pula mempunyai vokal yang gemersik ketika mendendangkan lagu ini. Tahniah sekali lagi!!

Buat yang tak berpuas hati, kita redha jerlah. Tak bermakna lagu yang kalah itu tidak bagus. Sejarah pun dah banyak buktikan. Contohnya lagu Terlalu Istimewa kalah dengan lagu Awan yang terpilu semasa AIM 2007, tapi menang juara lagu. Lagu Pulangkan nyanyian Misha (kalah Juara Lagu 2005), tapi menang Hits Satu pada tahun yang sama.

Dengan kata lain, jika dalam pertandingan itu ada yang kalah ia bukanlah kayu ukur menyatakan lagu ini tidak bagus atau berkualiti. Ia hanyalah pertandingan semata-mata. Tekaan aku sebenarnya kepada Bunkface dan Yuna. Tapi mungkin kekuatan "Pergi" membuatkan lagu ini hebat ketika didendangkan.

Sebenarnya, aku tak menonton pun AJL kali ini. Aku hanya mendengar di radio. kenapa? Kerana ketika itu aku menghantar adik aku ke Shah Alam. Jadi, tak sempat nak tengok mana-mana persembahan termasuklah persembahan pembukaan.

Siti?? Erm...balik-balik siti...hehehe. Sebenarnya aku bukanlah anti siti, tak minat siti atau apa sekalipun. Cuma entah kenapa sejak dua menjak ni aku agak kurang minat kat siti. Mungkin penampilan dia yang tidak sesuai kot (bertudung singkat). Selain itu, lagu-lagu siti kebanyakan tidak kuat seperti zaman dia mula-mula masuk ke industri muzik dahulu.

Kini, siti kembali dengan album baru. Single pertama "Amarah" dimuatkan dalam album duet bersama Kris Dayanti. Erk...bagi aku, lagu yang ini biasa sahaja. Tidak menarik pun...cuma aku rasa lah...ia akan dapat mendaki carta-carta lagu kerana ia dinyanyikan oleh Siti dan KD. Cuba kalau lagu tersebut dinyanyikan oleh Isma dan Rosma AF, anda yakin ke lagu tersebut meletup? Ok, maybe rosma dan Isma tak popular, aku letaklah lagu tersebut dinyanyikan oleh Ning Baizura dan Jac, boleh meletup ke?? Mungkin tak kot.

Sebenarnya aku rindu sangat nak tengok siti buat comeback dengan lagu-lagunya yang hebat dahulu seperti C indai, Purnama merindu, Balqis, Nirmala...erm...harap-harap begitulah.

(jangan marah yer peminat siti...!)

2 comments:

azwan bamadhaj said...

PERCAYALAH.......

WanHidayat said...

...kasih mu lama tersulam...

hahahah, aku tolong sambung part Azwan jeak...