Travel

Travel

Mengira detik

Wednesday, January 06, 2010

blog vs facebook


Assalamualaikum...

Sedar tak sedar kita dah masuk tahun 2010. Tahun ini aku boleh katakan ia adalah tahun mencabar buat aku. Aku letakkan 3 azam (matlamat utama) tahun ini. Tapi tak tahulah, ia dicapai ataupun tidak. Semuanya bergantung pada usaha, rezeki dan juga takdir.

Baiklah, penulisan aku di blog ini masih rancak. Dengan erti kata lain, blog aku masih belum mati. Walaupun takda orang komen (hehehe) aku yakin ada orang yang masih membaca blog ini. Mungkin agak leceh nak membuat komen di blog kan. Aku pun paham..tapi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca blog aku ini.

Blog aku sudah aku buat sejak tahun 2007. Banyak jugalah perkara aku telah ceritakan di sini. Dari masalah setempat, perkembangan terbaru, komentar dan tak kurang juga lawak-lawak bodoh. Hehehe..biasalah!

Trend sekarang, Facebook. Boleh dikatakan berjuta manusia ada FB ni. Baik yang muda ataupun yang berumur. Bagi aku, FB ini mudah. Jauh lebih mudah digunakan berbanding Friendster ataupun MySpace. Kita hanya taip apa yang kita rasa, dan akan ada orang memberikan komen. Lebih interaktif, menarik dan mesra pengguna. Aku rasa inilah faktor utama kenapa ramai yang gila FB. Malah ia boleh diakses menggunakan handphone, jadi senanglah nak update makluman terkini mengenai diri kita.

Berbeza pula dengan blog. Blog sebenarnya bukanlah laman web kenalan (friend finder web). Ia adalah diari dunia maya. Anda perlu rajin menulis dan kalau anda suka menulis, blog adalah medan terbaik buat anda. Melalui blog, kita dapat menulis apa yang kita suka (kadang-kadang boleh menghasutlah), dan mia bloeh menjadi popular dan terkenal. Blog juga menjadi medan utama untuk berkongsi pandangan dan pendapat. Aku yakin kuasa blog masih lagi kuat! Melalui blog, aku dapat banyak makluman dan pandangan tambahan tentang sesuatu perkara.

Walapun ada FB dan apa-apapun, aku rasa aku masih sayang pada blog aku ini.Ia boleh diibaratkan website peribadi aku, dan aku bebas menulis apa disini.


Menjadi guru:-

Alang-alang aku dah menulis ini, biarlah aku ceritakan bahawa aku masih lagi menjadi guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di sekolah yang sama. Huhuhu....tahun ini agak mencabar dalam kerjaya aku, kerana aku kena mengajar subjek Sejarah tingkatan dua dan Geografi tingkatan Satu. Aku juga memegang kelas 2F, fuh...lagi mencabar. Kelas hujung. Pegang kelas ni banyak kerja tapi yang seronok dapat belajar banyak perkara.

Bertukar kerja?? Erm...masih dalam pertimbangan. Tapi tak mustahil aku akan pergi dari dunia pendidik ini....

4 comments:

Mr Final said...

prestasi student PMR yg lepas mcm mane cikgu??

Raja Azrul said...

afifi:-
-tahun lepas 6 orang dapat 8A. Peratus biasa saja, subjek sejarah meningkat 4 %.

azwan bamadhaj said...

apa pendapat cikgu tentang perkembangan pelajar hari ini?

Raja Azrul said...

pelajar..ces..pening!