Debat Astar kembali lagi ar...

Hari ini hari sabtu (20 Feb 2010)

Apa yang istimewa hari ini? Takda apa-apa pun..cuma aku sahaja berada di pejabat, menyiapkan beberapa kerja. Hebat tak? sempat gak aku mengemaskini blog ini. Bukan apa, hari sabtu ni lebih santai..so, kerja taklah beberapa berat sangat.

Oh yer, semalam aku dah berjumpa dengan Nuar,Zaimi, Shidi,Azwan dan Pidut. Mereka tidur hotel di kawasan bukit bintang. Cuma aku tak dapat sertai mereka kerana sibuk dengan kerja..sibuk ke? hahaha....

Takpelah, petang karang baru aku join. Cuma dikesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan UMP A ( Aisyah, Qusairi,Helmi dan Arni) yang telah masuk ke peringkat octo. Walaupun tak masuk suku, anda telah berusaha juga untuk membuat terbaik semalam. I'm proud with all of you. Buat satu lagi pasukan, tidak mengapa, anda masih punyai banyak masa. Apa yang penting, amik komen-komen hakim dan jadikan panduan untuk perdebatan masa akan datang.

Cuma, adalah kes-kes panas yang membuatkan seorang bekas pendebat UMP merajuk Rabu lepas. Hehehe..kelakar pun ada, tapi aku faham apa dirasakan oleh bekas pendebat tersebut. Buat adik-adik, belajar lah dari kesilapan lepas. Huhuhu...

Pada junior lain yang tak pergi, you should take note what I try to said, the UMP team A is quite improving!! So, jaga-jaga!! Hahaha..so, harap-harap pengurusan debat untuk masa akan datang akan lebih baik dari sebelum ini.

Pada kawan-kawan yang datang ASTAR, tahniah dan terima kasih (ces macam aku ni penganjur je). Aku datang pun sebab dekat. Cubalah kalau debat Astar tu kat UKM, rasanya ujung minggu baru datang kot.

Sekarang satu je aku tak sabar nak tengok. Hasil teater Senandika. Khabarnya mereka sudah bersedia dengan naskah terbaru untuk festival teater. Harap-harap ada kelainannya. Adoi, rindunya pada teater!!

Oklah..nak sambung kerja. Kita sambung untuk penceritaan akan datang. Bye!!

Comments

Melody M. said…
bila teater? MAKUM nak start dah ke? kalau dpt tengok sama2 ngan ko kan bagus. bila? bila?
Otit said…
hi raja.
memang betol.teringat zaman2 makan nasi bukhari kt rumah azwan kan.

hehe..xpe satu masa nnt kita akan kemabalikan zaman2 mcm tu.

kalau ada masa sure i gu umah u.dgr2 ada housemate yg kontroversi.hehehe.

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...