Di persimpangan dilema..erk..?!


Assalamualaikum dan salam buat semua...

Hari ini (16 Feb 2010) aku sudah kembali ke bumi Kuala Lumpur yang permai dan tenang. Esok aku akan kembali memulakan kerja setelah beberapa hari bercuti.

Dalam penulisan aku kali ini, aku sekadar nak bercerita tentan apa aku dah lalui semasa aku bekerja di tempat baru ini. Sebenarnya dah lama aku nak menulis, tetapi disebabkan kekangan internet, maka aku batalkan sahaja hasrat tersebut.

Ok, aku dah maklumkan pada kalian bahawa aku sudah bekerja sebagai Eksekutif Pelancongan (aku singkatkan sebagai ToE). Kerja TOE ini adalah lebih kepada customer service + management dan operation. Sebagai bekas guru, memang agak sukar aku nak masuk dalam bidang baru ini. Pada mulanya aku sangkakan kerja ini mudah sahaja, iyalah..sekadar jual produk atau pakej melancong. Tapi sangkaan aku meleset. Ia bukanlah semudah disangka.

Pertama, aku kena belajar sistem dikenali sebagai AMASDEUS. Sistem ini seolah-olah C++, melalui sistem ini aku boleh menempah, memeriksa tiket penerbangan dengan mudah. Selain tiket, kita juga boleh menempah hotel, mendapatkan maklumat visa dan sebagainya. Memang hebat, tapi macam orang baru seperti aku ini, sudah semestinya agak mengambil masa.

Minggu lepas, madam (gelaran aku beri pada SV aku) telah menyuruh aku berpindah ke tingkat atas untuk membantu seorang senior dalam group trip atau MICE. Huhuhu..susah ke? so far, aku sekadar membantu, belum terlibat secara rasmi dengan mana-mana group trip ini. Aku diletakkan di bawah outbound department. Department ini khas untuk pelancongan antarabangsa kecuali UMRAH. Pendek kata, aku akan belajar bagaimana untuk menempah pakej-pakej pelancongan dari seluruh dunia.

Kedua, aku belajar berinteraksi dengan pelanggan. Erm..yang ni pening sikit. Walaupun majoriti pelanggan adalah melayu, tetapi mereka adalah golongan atasan (yang ada gelaran ler). Huhuhu..ada yang baik, berhemah, tapi tak kurang juga yang tiada budi bahasa. Marah tak tentu pasal. Kadang-kadang aku terpikir, apalah nak jadi dengan orang Malaysia ni...

Nampak seronok bukan?? secara kasar, aku suka kerja ini. Tapi memang agak payah untuk aku menyesuaikan diri. Bukan apa, dulu biasanya aku mengajar, tensyen dengan pelajar, tapi kali ini situasinya lain sangat. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk aku terima secara bulat-bulat.

Dengan kata lain, penghijrahan aku dari seorang guru (GSTT) ke kerja private ini ada banyak sebabnya. Mungkin ada mengatakan aku menolak tuah menjadi GSTT, tapi aku terpaksa lakukan untuk masa depan. Dan kini, aku berhadapan dengan pelbagai dilema untuk memilih manakah laluan terbaik agar apa yang kita lakukan pada hari memberi kesan positif untuk masa depan.

Adakah aku gembira di tempat baru ini? sukar untuk aku jawab, tapi apa yang aku boleh katakan aku berusaha untuk menerima apa yang ada disini sebaik mungkin. Ia bukan mudah, dan mengambil masa. Terus terang jiwa mengajar aku masih kuat dan sukar untuk aku lupakan. Jadi, aku tak tahulah berapa lama aku boleh bertahan di syarikat ini.

Sekarang, aku mungkin diberi petunjuk oleh Allah untuk aku membuat pilihan..dan sekali lagi aku berhadapan dengan dilema. Hurm...harap aku menemui jalan yang betul. Aminn....!

Aku hanya boleh berdoa...

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...