Kerja baru?? Best ke?

Assalamualaikum..

Maaf sangat tak berkesempatan mengemas kini blog pada minggu ini. Bukan apa, terlalu sibuk dan kekangan internet buat masa ini. Nasib baik duduk di KL, adalah juga sumber internet.

Oklah, aku berceritalah apa kerja terbaru aku sebagai TOUR EXECUTIVE...atau nama mudahnya Eksekutif Pelancongan. Di sebuah syarikat pelancongan bumiputera terkenal di Malaysia iatu TRIWAYS TRAVEL AND NETWORK. Kebiasaanya orang KL tahu syarikat ini. Syarikat ini menjual tiket kapal terbang, pakej-pakej melancong dan Umrah.

Kerja dia agak sibuk, dari jam 9 sampai 6. Bukan macam jadi cikgu, kerja ini macam dalam cerita-cerita koperat dalam TV. Merasa jugaklah aku jumpa client di KLCC. Best..best...

Tapi dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran, ada juga tidak best...apa dia?? Nantilah aku cerita. Malas nak taip panjang2.

Apa yang pasti, aku tak tahu berapa lama aku bertahan di Triways. Cuma aku boleh katakan...aku cuma berdiam...jangan biar aku bersuara!

Comments

jumapx said…
god luck kat tempat kerja baru~
Melody M. said…
all the best weih!! ^_^

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...