MODE : BEKERJA DAN BEKERJA


Assalamualaikum...

Rajin benar aku mengemas kini blog pusaka ini. Sebenarnya aku dalam perancangan nak tukar layout blog ini, tapi biarlah aku mencari masa yang sesuai. Buat masa ini, rutin aku hanya kerja..kerja...kerja.

Pagi, aku bangun,masuk kerja jam 9 am. Disebabkan jarak tempat kerja tak jauh dari rumah aku..aku hanya berjalan kaki sahaja. Lebih kurang jam 8.45am, baru aku gerak. Kol 1 waktu Lunch, aku akan balik rumah. Tapau nasik, makan je kat umah. Solat pun kat sini. Dalam jam 1.50 baru aku jalan balik ke opis.


Petang, kadang-kadang aku balik lewat. Dlm jam 6, 6.30pm, so memang dah biasa aku akan jalan kaki gak. Malam,kalau bosan, barulah aku stat enjin kereta dan pergi jalan-jalan ke IKEA, damansara dan sebagainya.

Kalau takda apa-apa, biasanya aku akan bertenet dan tidur..itu adalah yang terbaek sekali!!

Itulah rutin aku setiap hari bekerja. Tapi dalam minggu depan, rutin aku lari sikit. Pertama, sabtu ni (6 Mac) aku kena pergi kursus E-Card, dekat Jalan Ampang berhampiran KLCC. Nasib baik setengah hari, so lega ar sikit. Kedua, Kursus AMADEUS..

AMADEUS?? Binatang apakah itu? Huhuhu...sebenarnya kursus ini lebih kepada programing, nak check tiket, nak book tiket..huhuhu! Kursus ini 3 hari dari isnin sampai rabu. Penat?? Mungkinlah kot....

Itu yang kedua. Ketiga, aku akan menjaga booth Matta Fair bermula 11 Mac sampai lah 13 Mac. So kalau korang nak tengok macam mana aku jaga booth (perlu ke?) datanglah ke Matta Fair kat PWTC. Banyak tahu pakej2 melancong yang murah2!! Memang tak rugi punya...

Kerja sekarang seronok ke??

Ada gak yang tanya..aku boleh jawab, so far aku enjoy kerja ini.Walaupun gajinya masih ciput (jangan marah yer En.Akil..hehehe) tapi aku suka kerana aku dapat belajar banyak benda. Aku dapat melihat pelbagai ragam dan karenah manusia. Aku belajar bekerja cara profesional. Aku belajar kerja pengurusan dan operasi. Dan banyak lagii.......

entahlah..aku masih lagi belum boleh beri kata putus..apakah terbaik yang aku lakukan untuk hidup aku. Prinsip aku mudah...berani mencuba lebih baik dari diam dan tidak berbuat apa-apa!!

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...