Alice in Wonderland (3D)

Teringat masa aku kecil-kecil dulu, ini antara cerita yang aku suka. Bukan apa, ia mengisahkan pengembaraan seorang budak perempuan ke alam khayalan, bernama Wonderland. Sememangnya karya barat memang banyak mengisahkan kanak-kanak tersesat lalu mengembara ke alam khayalan. Contohnya Narnia, Bridge to teribhitia dan banyak lagi.



Maka, Walt disney sekali lagi menghasilkan filem bernama Alice In Wonderland. Kali ini dalam bentuk filem arahan Tim Burton. Sedia maklum, karya Tim Burton memang cozzy atau dengan kata lain "menyeramkan". Buktinya semasa filemnya sebelum ini seperti filem Nightmare before christmas.

Baiklah, komen aku untuk filem ini. Sudah semestinya aku akan terus membuat perbandingan dengan animasi Alice sebelum ini. Jika bentuk animasi, alam Wonderland indah-indah belaka. Cantik, lucu, dan menarik!! Tak lupa juga watak permaisuri jahat berbadan gempal dan berkepala besar.

Itu animasi..tapi apabila ia diterjemah dalam bentuk filem, maka hasilnya menjadi lain. Kenapa? Mungkin ia perlu kekuatan dari banyak aspek. Aku menonton dalam bentuk 3D. Menarik juga..tapi kalau anda tonton dalam bentuk biasa pun tak jadi masalah.

Permulaan cerita ini agak lembap. Ditambah pula tiada sarikata (mungkin dalam 3D-tiada sarikata), jadi agak lambat aku nak masuk dalam filem ini. Tetapi filem ini mula "bernada" setelah Alice masuk ke alam Wonderland. Tapi alam Wonderland dalam filem ini bukanlah indah seperti alam Narnia. Ia kelam, kusam..dan misteri.

Mungkin ini agaknya stail dan cara Tim menghasilkan karya beliau. Penggunaan teknologi dalam filem ini adalah sama seperti filem-filem barat yang lain. Mungkin ia belum setanding Avatar atau Transformers, tapi masih belum nampak kecacatannya.

Lakonan? Tiada apa yang menarik atau kuat. Lakonan Johny Deep bagi aku tak ubah seperti wataknya dalam filem Charlies and the choclate Factory. Mungkin itu adalah cara dia kot. Lakonan lain-lain biasa sahaja cuma aku suka watak Blue Cat dan Permaisuri Jahat dalam filem ini.

Filem ini tak banyak unsur komedi. Ia lebih kepada penceritaan. Jadi, filem ini nampak semakin berat plotnya. Tak banyak sangat aksi, cuma pada pengakhiran adalah sikit-sikit ketika Alice bertarung dengan naga.

Secara amnya, bagi mereka yang pernah mengikuti (membaca/menonton) Alice in Wonderland mungkin sedikit kecewa dengan filem ini.Tapi bagi mereka yang datang dengan otak kosong, mungkin bolehlah memberi sedikit hiburan.

Filem ini tidaklah mengecewakan cuma kalau lah Tim boleh menghidupkan Wonderland, maka ia berupaya menjadi suatu naskah menghiburkan.

Apa-apapun, anda masih boleh menontonnya di pawagam sebagai satu cara untuk berhibur di hujung minggu.Selamat menonton!!

---> 3 bintang

*Tak sabar nak tunggu Shrek: Final Chapter, Toy Story 3 dan Car 2..aku yakin ia takkan mengecewakan!

Comments

azwan bamadhaj said…
ceh, propa dekat aku mcm filem taraf 5 bintang, rupanya 3 jer...

hehhehe...
Raja Azrul said…
azwan:-
-bila masa aku propa macam filem 5 bintang, hehehe
Melody M. said…
tak seronok. tak wonderland pun. tapi bolehla untuk layan masa terluang. 3d yang sgt tak best. tgk yg biasa je dah memadai.
Raja Azrul said…
mel:-
-stuju ngan ko, memang agak slow..ntah napa ar boleh sold out...3D?? biasa saja..klu tgk tak 3D pun dah ok

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...