Kemenangan siti : suatu petanda

Salam bahagia,

Macam biasa, aku cuba sedaya upaya untuk memastikan blog ini masih dikemaskini dari semasa ke semasa. Banyak juga benda nak tulis, tapi bila dah balik rumah, badan penat dan jadi malas pulak.

Huhuhu..oklah berbalik kepada cerita artis. Lama pula tak cerita pasal artis kan? Selalunya Jumain yang terrer bab komen-komen artis ni (iyalah dia kan nak jadi artis jugak). Minggu lepas, Anugerah Bintang Popular (ABPH) telah berlangsung dengan jayanya. Semua dah tahu keputusannya iatu Siti Nurhaliza menang kembali anugerah bintang paling popular.

Tahniah buat Siti. Tahniah juga pada artis yang menang. Cuma bila menyorot kembali kemenangan siti, aku terfikir- takda artis ke kat malaysia ini? Asyik2 siti...semua benda siti. Apa siti buat semuanya betul dan terbaik...hurm...pelik jugak kan?

Dalam kemenangan siti, kita bukan salahkan siti sebab anugerah ini lahir dari undian peminat. Bagi aku, peminat tahu, siti adalah artis yang boleh dianggap lagenda. Kuat pengaruhnya sehingga susah nak jatuh. Artis lain sebenarnya perlu belajar bagaimana siti boleh mempertahankan popular pada masa sama berjaya menghasilkan album yang berkualiti setiap tahun.

Itulah siti. Aku antara peminat siti sejak dia mula menyanyikan lagu Jerat Percintaan lagi. Apa-apapun, bagi artis lain, seharusnya mereka perlu belajar bagaimana ingin memasarkan diri, pada masa menjaga hati peminat supaya peminat tidak lari begitu sahaja.

Apapun...thanks pada Mel kerana datang KL minggu lepas. Begitu juga buat Azril and the geng...thanks!!

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...