Travel

Travel

Mengira detik

Wednesday, April 28, 2010

Melancong?? Nak murah sahaja?


Salam semua...

Fuh, hari ini aku dengan gigih nak update blog. Sayang kalau blog tak update. Betul tak? Huhuhu...sebenarnya hari ini aku nak menulis tentang melancong. Tak kira dalam negara ke , luar negara ke..

Konsep melancong ini mudah.....pertama pengangkutan. Mesti ada pengangkutan. Kalau tak macam ne nak pergi..hehe. Kedua, hotel...ataupun tempat penginapan. Kalau nak murah, boleh ah tumpang rumah member2 je, lagi jimat,. Ketiga, sight seeing..atau jalan-jalan. Yang ni part wajib, sebab kalau tak...apa gunanya melancong..betul tak?? Keempat..makan-minum. Sudah pasti kerana kalau tak makan..macam mana mau hidup!! Aiyak!!


Sebelum melancong, paling penting kita kena fikir ialah bajet. Bohong aku katakan, melancong tak perlu keluarkan duit...( kalau ditaja itu cerita lain yer). Ini kerana melancong memerlukan kos..terutama makan minum, penginapan..dan pengangkutan. Dalam menentukan bajet melancong..kita perlu rasional. Maksudnya munasabah lah sikit..bersesuaian tak harga-harga tersebut dengan tempat/destinasi yang kita nak pergi dengan duit kita.

Jadi, kat sini aku bagilah sedikit tips buat mereka kalau nak pergi melancong:

1. Kenal pasti bajet anda

Ini perkara paling penting. Jangan sesuka hati je nak pegi melancong kalau duit takda. Dan lagi satu jangan berhutang kalau nak melancong..rugi beb! Tapi kalau nak pergi luar negara, so far harganya memang melebihi RM1000 (tgk tempat ar gak).

2. Destinasi anda pilih:
Itu adalah perkara kedua. Kalau anda bajet RM500, adakah anda yakin boleh pergi ke Istanbul? Logik ar skit bro...kalau rm500, boleh lah pergi PD..kalau langkawi pun aku rasa susah sikit.

Ketika pilih destinasi, pilihlah mengikut bajet anda. Kalau nak pergi sangat over sea..cuba cari asia tenggara sahaja. Harganya murah berbanding dengan anda pergi ke UK atau Jepun.

3. Pakej dari travel agency:

Ini satu lagi perkara anda kena amek teliti. Jangan ingat pakej murah itu sudah hebat dan sesuai. Ada pakej2 ditawarkan harga yang murah, tapi layanan bila anda melancong macam hampeh. Tour guide takleh harap..hotel murah, buruk dan tak selesa..makanan tak cukup.

Huhu..sebab itu, bila anda ditawarkan pakej..cuba anda tengok betul2 apa yang ditawarkan. Jangan main sebat je..huhu. Biar berbaloi dan sesuai dengan wang anda.

Anda juga kena tahu, tugas travel agen untuk menawarkan servis bagi memudah anda melancong. Jadi, harga ditawarkan oleh agensi pelancongan lebih mahal skit berbanding dengan anda buat sendiri. Tapi bila kira-kira balik sebenarnya ia lebih mudah anda amek travel agen sekiranya anda ingin pergi tempat-tempat yang anda belum pergi.

5. Penginapan:-

Ni satu lagi..penginapan akan jadi murah kalau anda amek bajet hotel. Itu sahaja...anda akan dapat lah hotel yang biasa-biasa sahaja. Tapi untuk remaja, biasanya mereka tak kisah sangat, tapi kalau yang berkeluarga, aku rekomen ameklah hotel yang selesa dan selamat. Terutama kalau anda berada kat luar negara. Kita tak tahu hotel bajet tu jenis yang macam mana..apapun safety first!

6. Pengangkutan..

Nak murah? Jangan naik flite..naik keta...itu kalau anda nak pegi singapore, thailand..langkawi..hurm..logiklah nak naik keta..tapi kalau pergi Indon..bagaimana?

Naik kapal terbang memang mudah, cepat...dan ada masa kos dia lagi murah berbanding naik kereta. Mudah sahaja, kalau nak flite murah..amek sahaja Air Asia atau Firefly. Sentiasa alert dengan promosi2 yang mereka tawarkan. Masa dia offer, kenalah cepat2 grab...i mean trus beli..kalau nak tunggu bulan depan, harga mungkin melambung.


Faktor pengangkutan boleh menjadikan kos kita mahal. Contohnya kalau anda nak ke bandung...flite ke Bandung hanyalah Air Asia..jadi harga boleh mencecah RM1000 seorang. Jadi, kalau anda nak jimat..anda boleh mendarat di Jakarta ( dalamRM500 ) dan naik bas untuk ke bandung.

Jadi, anda perlu bijak mengatur mana yang sesuai dengan bajet anda. Contohnya kalau anda nak pergi Langkawi, anda boleh naik flite ke Alor Star dan naik feri ke Langkawi. Harganya mungkn murah dari baik flite trus ke Langkawi.

***

Pendek kata, melancong sebenarnya perlukan perancangan dan kaedah yang betul. Aku malas nk kongsi banyak2, kalau ada masa aku kongsi lagi.Tapi mentaliti sesetengah orang nak murah, tapi cuba fikir secara logik...

Harga tersebut sesuai tak? Ini kerana sesuatu pakej itu murah atau mahal bergantung kepada banyak perkara....yang paling penting..BAJET dan PLAN...

Itu paling tepat dan efisyen..

dan satu lagi perkara aku nak reveal...

PAKEJ ke BANDUNG sahaja memang lebih MAHAL berbanding PAKEJ JAKARTA-BANDUNG..

Kenapa...

Sebab flite ke BANDUNG memang mahal...jadi, kalau anda nak ke Bandung..ameklah flite ke Jakarta..dan dari situ leh amek bas ke bandung..

hehehe..susah2 melayan perangai pelanggan yang macam-macam peel ni..

Adiyos!!

5 comments:

Shamsul Fadhil said...

Kalau melancong x pakai ajen plncongan boleh tak?

Raja Azrul said...

Shamsul:

Tidak ada masalah. Cuma pastikan anda mengetahui tempat-tempat tersebut terlebih dahulu. Saya cadangkan tuk pakai agen terutama ketika musim peak.

Ha Na said...
This comment has been removed by the author.
Ha Na said...

Betul2..saya setuju pendapat anda mengenai melancong ni

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.