Apa yang aku belajar?

Apa khabar semua?

Blog ini masih bernyawa ye..hehe. Oklah...sekarang dah nak masuk penghujung bulan 5 2010. Sekejap sahaja aku rasa..tup-tup dah nak pertengahan tahun.

Begitu cepat putaran masa. Aku pun tak sedar rupanya dan masuk 3 bulan aku di sini. Banyak benda aku belajar di Unit MICE, Triways ini. Kesimpulannya ialah:

1. Kenal dengan ramai orang:dapatlah juga menambah kenalan dari dalam dan luar negara.

2. Belajar berkomunikasi : Nampak mudah kan? Tapi sebenarnya kemahiran komunikasi ini bukan mudah dan ia perlu dipelajari setiap hari.

3. Berfikir secara rasional : Sudah pasti kerana setiap tindakan kita akan ada akibat. Pelajaran ini aku sudah rasai semasa aku menjadi guru, cuma di sini terpaksa melayan karenah pelanggan pelbagai jenis.

4. Fokus : Ini prinsip yang perlu ditanam..bukan senang, banyak je dugaan..tapi bila kita fokus, sudah pasti kita boleh mencapai kejayaan.

5. Strategi: macam nak berperang pula kan? Tapi ini aku belajar bagaimana cara terbaik untuk membuat pemasaran dan menarik pelanggan. Insyaallah, boleh digunakan semasa aku jalankan bisnes sendiri nanti.

6. Kesabaran: Ada banyak karenah manusia, maka kenalah bawa bersabar. Kalau kita marah pun, salurkan ia dengan cara profesional.

7. Profesional: Hurm..ini boleh dipupuk..dan aku sudah semakin matang untuk ke arah itu.

8. Dihargai: Inilah perkara yang aku tidak dapat nafikan dan aku hanya dapat rasakan selepas aku keluar dari kepompong GSTT.

Masih banyak aku perlu belajar..masih banyak aku kena terokai..dan masih banyak aku perlu capai. Aku harap jalan yang aku pilih ini bukan suatu kesilapan..

Terima kasih.

Comments

Mr Final said…
semoga hari2... seterusnya.. semakin ceria dan gumbira.. + duit pon masyuk~ huhu
Melody M. said…
selagi hidup tak akan habis belajar. :)
patungcendana said…
pembelajaran sepanjang hayat. :-)
Raja Azrul said…
afifi:-
-thanks! Insyallah

Melody:-
-setuju sangat!

Mdm:-
-sudah semestinya..sesuatu yang baru i belajar

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...