Lagenda Budak Setan, Prince Of Persia.,Shrek 4,

Salam...

Entah kenapa bulan Jun ini saya menjadi fanatik wayang. Bukan apa, bulan lepas, saya tiada masa untuk menonton filem dan kebetulan pula sibuk dengan kerja.

Jadi, di awal Jun, saya sedaya upaya untuk menonton beberapa filem kegemaran saya. Antara yang memang saya nantikan ialah Prince Of Persia : Sand Of Time. Tajuk filem ini pun best, dan juga trailer dia jugak mantap. Jadi, tak hairanlah sememangnya saya menantikan filem ini.

Filem ini diadaptasi dari game terkenal, prince of persia. Saya sendiri pernah main game ini, best jugaklah...cuma susah jugak, kena pakai cheat code. Huhuhu..jadi apabila tahu game ini akan difilemkan jadi, saya tak melepaskan peluang untuk menonton filem hebat ini.

Komen Prince Of Persia:-

Saya komen ringkas sahajalah..malas nak tulis panjang-panjang. Buat semua yang dah tonton, pasti tak rasa kecewa kerana filem ini boleh dikatakan lengkap. Cukup dengan aksinya, kelakar, romantik, tradisi dan juga jalan ceritanya. Jalan cerita nya cukup kuat, dan tersusun. Lakonan pun agak baik dan saya suka dengan watak Helina. Memang cantik, seksi dan mengagumkan.

Kesan CGI dan komputer dalam filem ini agak baik dan kemas. Paling terbaik ketika adegan berperang dan menggunakan pisau masa ( pisau yang boleh mengembalikan masa silam). Saya rasakan bahawa filem ini akan ada sambunganya cuma saya tak pasti bila.

Ini kerana kalau anda main game dia, jalan ceritanya tak sama dengan filem ini. Buat mereka yang inginkan kelainan hujung minggu, maka saksikanlah Prince of Persia..percayalah, anda tak rugi.

star : 4.5 *

Komen Lagenda Budak Setan:

Masuk minggu kedua, saya kembali menonton satu lagi filem. Lagenda Budak Setan, adaptasi dari novel Ahadiat Akashah. Saya rasa penonton sukakan filem ini kerana novelnya memang terkenal dahulu. ( masa saya mula-mula lahir). Tapi novel menarik tidak semestinya menjadikan filem itu menarik.

Kenapa? Saya menonton budak setan dengan keadaan pawagam separa penuh. Ramai jugaklah couple yang datang menonton. Saya memang peminat karya Ahadiat Akashah kerana novel-novelnya yang kreatif dan sentiasa dekat dengan pembaca. Tetapi sayang, suku filem tersebut agak hambar. Lakonan Farid Kamil dan Lisa macam dibuat-buat. Tak romantik. Saya lebih suka lakonan Farid dalam Anak Halal berbanding filem ini.

Garapan pengarah terhadap cerita ini longgar. Maksud saya, filem ini terlalu cepat story line nya. Mungkin kerana nak adaptasi 900 muka surat, maka filem ini nampak seperti kita menonton slide show. Kalau ditengok trailernya, memang best, tapi pergerakan filem ini biasa sahaja.

Saya mengharapkan filem ini sekemas filem Cinta atau Sepi, paling tidak pun macam filem Mira Edora, tapi sangkaan saya meleset. Lakonan?? Humm..tiada yang bagus, Lisa memang susah nak menangis, Raja Farah..adoi, macam tak kena saja lakonannya.

Lakonan terbaik boleh saya beri kepada Fazura dan Que Haidar. Simple, tapi sweet sangat. Lakonan pelakon baru ( saya tak tahu nama dia) pun hampeh!

Saya boleh beri kredit kepada lagu tema filem ini. Memang best, kalau ada sambungan, harap2 filem ini lebih baik dari filem pertama ini.

star : 2*

Komen Shrek 4:


Shrek kini kembali dengan aksi yang menarik dan menghiburkan. Saya menonton filem ini secara percuma kerana dianjurkan oleh AMADEUS MALAYSIA ..Terima kasih. Filem berdurasi 1 jam 30 minit ini masih mengekalkan karektor lama dan menambah beberapa karektor baru bagi menjadikan filem ini menarik.

Mungkin ia tidaklah sebaik filem shrek 1 dan 2, tapi perjalanan filem ini masih boleh dilayan. Ia amat sesuai untuk kanak-kanak kerana kaya dengan mesej kekeluargaan dan kasih sayang.

Suara Shrek dan karektor lain masih diberi pada orang yang sama. Dan ternyata shrek juga merupakan satu naskah yang cukup menghiburkan. Plot ceritanya disusun kemas, namun ada beberapa adegan agak perlahan dan boleh diramal. Tetapi keaslian shrek masih boleh dirasakan.

Shrek boleh dijadikan hiburan hujung minggu dan sesuai untuk tontonan umum.

star : 3 *

Comments

Melody M. said…
LBS : aku suka giler ngan Que dalam citer tu..ko tau aku bleh emo tgk watak azmi berbanding kasyah-ayu. sedih part azmi je..part kasyah hampeh..

tapi mmg laju giler movie tu,semua nak dipadat..bagi aku kalau dia buat sampai takat kasyah tau sape emilia sebenar pun takpe..kisah ayu hilang ingatan n kate suka kasyah tu, tayah nak sumbat2 pun takpe kot..

aku nak tengok shrek tapi tak sempat! uwaa..
Raja Azrul said…
watak azmi memang menjadi..aku rasa ada peluang Que Haidar nak dapat award lagi ni..

Shrek?? Tengok ar..dan lagi satu ko kena tengok ialah Toy story 3..memang boleh layan!

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...