Travel

Travel

Mengira detik

Monday, June 21, 2010

Sentiasa Beringat!

Salam buat semua,

Ternyata Allah itu Maha Adil, Dia akan menguji kita supaya kita jadi lebih matang dan beringat selepas ini. Kenapa aku mengatakan demikian? Ini kerana semalam (20 Jun 2010) berlaku satu tragedi yang cukup membuatkan aku terkesima...

Rumah sewaku di Taman Tun telah dipecah masuk dalam sekitar jam 6pm. Sewaktu kejadian, aku telah keluar rumah bersama dengan rakanku ke Mutiara Damansara. Ternyata kebijaksanaan pemecah itu berjaya membawa lari 3 jenis laptop (komputer riba) kepunyaan aku, kawanku dan teman serumahku.

Semasa aku pulang dari damansara, terus aku mendapati pintu bilikku dikopak dan dipecahkan, aku masih tergamam. Tidak mampu berfikir dan terdiam seribu bahasa. Dalam fikiran aku satu sahaja, kenapa orang Malaysia begitu bodoh? Kenapa perlu masuk dan mengambil hak yang bukan mereka punya??

Punya banyak peluang kerja di atas muka bumi ini, tapi kenapa kerja-kerja yang bodoh ini juga mereka ambil? Inilah manusia...sudah dilahirkan dengan akal, tetapi tidak boleh berfikir...

Tidak mengapa, aku anggap apa yang berlaku ini ada hikmahNya. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku menjadi matang dan lebih berhati-hati. Jadi, buat semua pembaca, aku nasihatkan agar sentiasa beringat dan berwaspada. Pencuri sekarang dah seperti helang ataupun singa. Mereka akan mencari peluang yang ada dan jika kita leka, padah akan menimpa.

Satu cara terbaik ialah jangan beri mereka peluang itu dan sentiasalah mengunci kereta, laptop, rumah anda dengan kelengkapan terbaik sekali....

Wassalam...

5 comments:

Melody said...

Pencuri memang durjana!
Sabar, aku faham perasaan ko. Teringat laptopku yang dikebas pencuri last year. Huhu. Laptop hilang boleh dicari lagi, kenangan yang tersimpan dalam laptop tu yang lebih mahal.

InsyaAllah semoga bertambah murah rezeki ko nanti.

Raja Azrul said...

mel:-
-Yup memang durjana!
Mengapa akal yang diberi tuhan tidak digunakan untuk membuat sesuatu yang berfaedah buat negara? Ini pula sibuk nak mengambil hak orang lain, thanks mel kerana memahami..

Mr Final said...

oh... sian abg raja, sabor jek laa k.. semoga pencuri dibalas perbuatan die, dlm laptop xde ape2 seperti Areil Peterpan kan?? hehe [just joking]

Nyda Zamani said...

huhuhuhu...
sorry to hear that..
jahatnye diorg
haihhh..manusia...manusia..
manusia ke????

Raja Azrul said...

afifi:-
- Memang tengah bersabor lah ni..kalau tak,sure abang akan cari dia sampai ke lubang cacing...jangan risau, semua ok!

nyda:-
-binatang pun kalau mencuri sebab terpaksa..itupun curi makanan..manusia ni ada akal, patut gunakan akal untuk bantu orang..bukan nyusahkan orang!